♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, February 3, 2017

Cuti-Cuti Pembukaan Tahun 2017

Lama tak membebel kat sini. terasa malas betul nak mengarang ayat. 2017 pun dah sebulan menjengah. dah 2017 ni terasa berdebar2 sbb lagi byk cabaran yang akan ditempuh. dari segi mental, fizikal dan semestinya kewangan. dengan kos hidup meningkat mmg byk memberi kesan .Anak-anak makin besar, makin aktif, makin kuat makan. Tahun ni juga insyallah bakal dapat baby lagi. Baby keempat kami.

Untuk penutup 2016 dan pembuka 2017, family hubby ajak jenjalan pd. nak angin laut dan mandi kolam. seperti biasa, port faveret kami tentula Seri Bulan Condo. kami suka stay sini sbb kolam besar dan laut pun dekat je. sebelah je dengan teluk kemang. tak boleh masak xjadik hal sbb kami bawak portable dapur gas sekali. nak stay sini 3 hari 2 malam. mesti asyik lapar je kan. 

Anak-anak sampai je tak sibuk ajak terjun kolam. tgh panas terik kot. alhamdulillah kat sana belah malam ujan. dapatla mandi-manda siangnya.

 

 anak-anak mandi, mamanya tgk je
malas nak membasahkan diri


aqil yg aktif sgt
suka betul dia mandi kolam ni
byk kali buat aksi terjun, sampai kepenatan malamnya tido awal.. huhu..



pas puas mandi kolam, mandi laut pulak
skrg ni bile air pasang je waktu pagi turun tangga je terus laut
dah tak nampak pantai nak main korek-korek pasir
petang-petang jela baru ada can nak main pasir
 
 2 malam kat sana baru la rasa puas
kalau sebelum ni  1 malam je rasa penat pulak nak kemas barang nak balik esoknya
anak-anak pun puas berendam mandi dalam kolam sampai gelap muka memasing
bukak sekolah dengan muka burn.. huhu..




2 comments:

Nafira usof said...

xtvt yang anak2 suka. mandi kolam. hehehehe

Ayu Ayunie said...

mmg suka sgt mandi2 kolam ni.