♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, November 13, 2017

Family Bonding

Ala. dah november.  apa la malas benar nak update sini. nampak sgt dah terbiar lama. bersawang dah. huhu. nape kejap benar masa ni. dah nak sampai hujung tahun. macam-macam berlaku tahun ni. si kecik sofea pun dah 7 bulan. kuat menyusu, kuat makan. berat pun dah 9kg. anak-anak pun dah makin membesar, kakak echa dah darjah 5 tahun depan, kakak ayna darjah 1, boboi aqil rayyan pulak 5 tahun. tahun dpn mmg bz la menyetelkan urusan anak-anak masuk sekolah. ayna mmg kami konfiden tak nangis sbb dia kuat semangat. tp, tang boboi aqil la, cuak gak mama papa nya. sedangkan nak tinggal umah atok nenek pun dah menangis, ini kan pulak setengah hari kat sekolah. adoi.. huhu..



ni bambam kami
ayra sofea.. sgt baik dan jarang meragam
kuat menyusu dan kuat makan 
alhamdulillah, still fully breastfeed




aqil yg nak 5 tahun dah tahun depan
tp, still rasa dia baru 3 tahun
cakap pun dah pandai wat ayat tapi pelat, camne tuh?
makin banyak akal


untung ada kakak echa, dia yg jaga adik kalau mama sibuk wat keje umah


anak-anak penyeri kehidupan 

Wednesday, June 21, 2017

kelahiran keempat... tanda perut mengeras @ turun darah?

Tahun ni agak malas nak membebel kat sini. Sibuk pun ya. sbb byk sgt keje. ditambah pulak dgn pregnant, mmg mood nak mengarang ayat takde. nak update pasal perkembangan time pregnant pun takde. tak macam anak-anak yg lain. pantang gi klinik check up, sure update sini. untuk reference dan memori. yg kali ke-4 ni takde sgt. tup-tup citer pasal baby dah.

Alhamdulillah, 11 April 2017 yang lepas, aku dah selamat melahirkan anak ke-4. baby girl pada usia kandungan 39w1d. tak sangka jugak kali ni lambat juga baby kuar macam kakak echa (39w4d). tak macam kakak ayna (38w) dan abang aqil (37w). sbb bajet yg baby girl ni pun kuar awal jugak. since 36w, perut asyik mengeras je. tgk jam, ada yg tiap 30 minit, ada yg tiap 15 minit. selalunya kena biler ptg nak drive balik. mmg saspen jugak, tp still wat rileks je. tp, malam ok la pulak. pastu ok dah. biler dah 37w pun sama jugak. pastu ok. sebab anak-anak dulu semua kuar tanda turun darah, so, bajet kali ni pun sama. selagi tak turun darah, lom lagi la tu. tu contraction tipu-tipu je tu.

Ikutkan due baby ke-4 ni 17 April 2017. konon taknak amik cuti awal sbb rasanya cam cepat je baby ni kuar. target hujung mac 2017 baby dah kuar, macam biasa mmg akan slalu kemas meja dan update keje apa yg xsetel lagi. senang kawan yg tanggung keje nanti.

Tapi, biler dapat merasa 1 April 2017 dgn perut still memboyot, puyela happy. rasa cam tak percaya dapat gi keje lagi bulan April. huhu.

Biler dah dekat-dekat nak due, lagi kerap juga perut mengeras. still leh tahan lagi sbb tak sakit sgt. jap lagi ok la tu.. mmg betul pun, pastu dah ok.

husband pulak dah dkt due kerap lak outstation. selalu doa moga dia ada biler aku nak bersalin nanti. moga sakit awal pagi macam time abang aqil.

Terpaksa jugak amik cuti awal seminggu sbb dah tak larat nak ngadap jem pegi balik keje. Husband pun suh cuti awal dia risau kalau sakit kat opis. Terasa rugi pulak sbb kang tak bersalin, rugi la cuti bersalin. dahla baki ngam2 2 bulan je.

10 April 2017 tu takde rasa apa-apa. dah start cuti so kemas2 rumah, gi bank jap.

Pagi 11 April 2017, cam biasa tido tak bape lena. sbb dah sakit sana sini, sakit pinggang, lenguh kaki, biasa la kan.Kol 4 pagi terjaga, rasa perut dah mengeras. rasa nak membuang pun ada. tp takde pun. mungkin contraction macam sebelum ni kot. kejut husband, kata macam dah sakit.. macam lagi? hehe.. still rileks lagi. takpa kita tgk dulu baper minit sakit. gi toilet lagi nak tgk ada kuar darah. takde jugak. kali ni mengeras lebih lama dan kerap. macam dah sampai masa je ni. jomla awak gi hospital. kalau tak bukak jalan lagi, kita balik jela. takpun kalau dah bukak 3 ke 4 cm kite lepak la dulu umah alang kat selayang.

4.30 pagi - kejut anak-anak suh bangun ckp mama dah nak kuar baby. pantas je dorg bangun. kol MIL dulu bgtau nak antar anak-anak.

dalam kol 5.15 pagi - berjemaah kami kuar anak-beranak nak ke umah atok dorg. antar bebudak kat situ. riuh suara kami time tu. "yeayy... mama nak kuar baby dah"... "mama... nanti mama tido sepital ke?" "mama...mama...." adoi rasa sebak pulak tetiba.

kol 5.20 pagi - sampai umah MIL. dekat je pun.

gi toilet lagi, takde darah jugak. sakit mengeras makin kerap.

kol 5.30 pagi, terus ke hospital selayang. berdoa janganlah ramai orang.

sampai hospital selayang kol 5.45 pagi camtu. awal pagi jalan pun clear lagi. parking hospital pun banyak lagi.

sampai sana, terus ke dewan bersalin, gi bilik saringan dulu. tukar kain batik dulu. aikkk... kat katil saringan takde orang? misi-misi pun xde. kat kaunter je ada. ada sorg je kakak tgh jalan-jalan. ooo.. dia baru bukak 3 cm. alamak... kiter ni dah bukak bape cm ni? duduk dulu kat kerusi sementara tunggu misi panggil baring nak cek bukaan.

kol 6.05 pagi, misi panggil baring. dia pasang wayar kat perut. tp, xde pun cek bukaan. pastu dia pegi. yg kita ni tinggal sorang2 rasa cam meneran je ni. banyak-banyak zikir je time tu. Alhamdulillah, tetiba muncul doktor cina lelaki. "ehh... u sakit kuat ke?" "ya.. doktor"... "tgk u macam sakit kuat, dia angkat kain je terus jerit kat misi, full open.. full open..." Ya Allah, betul ke ni? tak lama dah ni... terus misi dua orang kelam kabut datang. kepit kaki, cabut wayar kat perut. dengar dia panggil nama waris. Ya Allah, kali keempat nak rasa lagi pengalaman tu. tetap takut. takut melahirkan. bagia berjuang di medan perang.

husband baru abis solat subuh, terkejut dia misi panggil.

misi tolak katil dari bilik saringan ke bilik bersalin. suh kepit-kepit kaki lagi. jangan teran dulu. mata ni tgk lampu siling dah berpinar-pinar.

dah sampai bilik bersalin, tukar katil dan pakaikan baju pink. pastu pecahkan air ketuban.

tanya husband kepala baby dah kuar ke? sebab masa nak teran sekali tu, kepala dah kuar, tapi biler aku stop, kepala masuk dalam balik.. hehe.. amik nafas dalam-dalam pastu terus pushhhhhhh.... terasa seketul besar kuar. Allahuakbar. cepatnya rasa. Alhamdullah, husband 4 orang anak, semua dia ada disisi.

Ya Allah. syukur dipermudahkan.

Misi tunjuk.. mmg betul girl. tengok muka dia.. mmg sebijik macam kakak ayna. misi letak kat dada. dekat sejam baby kat dada. sambil tu husband azan dan iqamat. terus susukan dia. still tak caya lagi dah 4 orang anak aku.

Syukur alhamdulillah... lahirlah Ayra Sofea jam 6.19 pagi  seberat 3.2 kg.






Wednesday, February 22, 2017

Citer 4th Pregnancy

Tepek kat sini gambar-gambar tgh comel camni. nanti boleh baca balik bebila. Sure akan rindu saat-saat gini. Mengandung kali ni agak kureng skit nak selfie. kalau preggy dedulu, asyik bergambar je... ni nak masuk 4 bulan baru la amik gambar tang perut. tu pun kekadang lupa. dah sarat-sarat ni baru ligat skit nak amik gambar perut. serius.... seronok sgt cam comel ayu je tgk kan.. huhu.

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 32 minggu. cepat rasa dah 8 bulan. rasa tak puas lagi. ikutkan due 17 April 2017. Anak-anak sebelum ni mmg lahir 2 minggu awal. 38 minggu dah kuar. harapnya baby kali ni biarla kuar lambat-lambat sikit. mmg tak puas lagi nak belai-belai perut ni tau. lihat awak gerak-gerak dalam perut ni, tendang-tendang, seronok sgt papa, kakak echa dan ayna dan abang aqil awak tgk.

Anak-anak dulu, mmg sume awal dari due date.

Aysha due date, 24 Dis 2007 : lahir 20 Dis 2007 jam 6.40 petang.
Ayna due date, 26 Mac 2011 : lahir 16 Mac 2011 jam 6.39 petang.
Aqil due date, 18 Julai 2013 : lahir 29 Jun 2013 jam 8.30 pagi.
Baby ke-4 ni?

Biarla kuar bulan april jugak harapnya.



Kali ni tak dapat teka baby boy ke girl sbb kejap nampak boy, kejap girl...

kakak-kakak dia nak baby girl. sbb adik dorg yg boy tu si aqil rayyan lasak dan suka buli dorg. haha.

aqil pulak kejap nak boy, kejap nak girl. hehe.

kalau papa dia sure la nak boy, nak cukupkan sepasang.

mama dia pulak?

cam nak girl sbb baju kakak aysha dan ayna sgt byk cantik-cantik dan masih baru lagi... kehkehkeh...

tp, memana pun tak kisah boy ke girl, moga sempurna sifatnya dan sihat...  alhamdulillah.

scan jugak kat sonoworld, tp tak nampak muka dan jantina baby. baby tgk meniarap.

scan kat klinik ibu dan anak, baby kepit kaki pulak.


Rasa tak sabar, risau, takut sume ada. Persiapan belum byk lagi. Baju baby nak tunggu gaji esok baru la beli. tu pun beli la 2/3 helai sbb baju kakak-kakak dan abang masih elok dan ada yg masih baru lagi. dah settle basuh separuh. lagi separuh nak basuh minggu ni.

Makcik urut dah risik-risik. Taska pun dah survey2. Insyallah baby ni nak hantar taska je. Taknak susah-susahkan mertua nak jaga.3 orang tu dah besar senang dah jaga.

Moga dipermudahkan segala urusanku, suamiku, anak-anakku dan kalian semua juga.

Amin...




Friday, February 3, 2017

Cuti-Cuti Pembukaan Tahun 2017

Lama tak membebel kat sini. terasa malas betul nak mengarang ayat. 2017 pun dah sebulan menjengah. dah 2017 ni terasa berdebar2 sbb lagi byk cabaran yang akan ditempuh. dari segi mental, fizikal dan semestinya kewangan. dengan kos hidup meningkat mmg byk memberi kesan .Anak-anak makin besar, makin aktif, makin kuat makan. Tahun ni juga insyallah bakal dapat baby lagi. Baby keempat kami.

Untuk penutup 2016 dan pembuka 2017, family hubby ajak jenjalan pd. nak angin laut dan mandi kolam. seperti biasa, port faveret kami tentula Seri Bulan Condo. kami suka stay sini sbb kolam besar dan laut pun dekat je. sebelah je dengan teluk kemang. tak boleh masak xjadik hal sbb kami bawak portable dapur gas sekali. nak stay sini 3 hari 2 malam. mesti asyik lapar je kan. 

Anak-anak sampai je tak sibuk ajak terjun kolam. tgh panas terik kot. alhamdulillah kat sana belah malam ujan. dapatla mandi-manda siangnya.

 

 anak-anak mandi, mamanya tgk je
malas nak membasahkan diri


aqil yg aktif sgt
suka betul dia mandi kolam ni
byk kali buat aksi terjun, sampai kepenatan malamnya tido awal.. huhu..



pas puas mandi kolam, mandi laut pulak
skrg ni bile air pasang je waktu pagi turun tangga je terus laut
dah tak nampak pantai nak main korek-korek pasir
petang-petang jela baru ada can nak main pasir
 
 2 malam kat sana baru la rasa puas
kalau sebelum ni  1 malam je rasa penat pulak nak kemas barang nak balik esoknya
anak-anak pun puas berendam mandi dalam kolam sampai gelap muka memasing
bukak sekolah dengan muka burn.. huhu..