♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Kali Ke-4

Alhamdulillah... masih dapat meneruskan kehidupan bersama family tersayang. Dah second trimester ni rasa lega sikit. takleh lega byk sbb lom beranak lagi. 

syukur dapat nikmat pregnant lagi untuk kali ke-4. hohoho..sama macam anak ketiga. tak plan.. mmg takleh rancang sendiri pasni.. kehkeh..

kengkonon cukupla 3 orang buat masa ni. dah dapat boboy aqil cukupla layan dia yang lasak. ada gak pikir-pikir takpun nak yg ke-4 time umur 35 tahun.  tapi, rezeki sampai awal. umur 33 tahun dah pregnant balik. dapat baby ke-4 umur 34 tahun. Allah sebaik-baik perancang.

kat opis ni macam berjangkit. sorg dah selamat pun bersalin bulan 10 lepas. kakak jiran sblh meja ni bulan 2 thn dpn. tak sangka pulak leh berjangkit kat kita jiran sblh ni. 

cam biasa la sama macam pregnant aqil, period xdtg-dtg. doa-doa janganla aku pregnant. rasa tak bersedia.. mmgla kan sbb rasa macam baru nak stabilkan ekonomi keluarga. keje pun bkn keje tinggi takat kerani cabok je orang cakap. harapkan gaji suami mmg cukup-cukup. tp nak la ada saving untuk masa depan. anak-anak pun dah besar dah senang jaga. tapi... tula..... rezeki Allah nak bagi. Dia lagi tahu kemampuan kita.

bila lewat period dtg still tak check lagi. nervous gila. beli upt test kat umah dah seminggu baru la test. time check tu dah 5 minggu. kali ni tak tgk pun. pas setel terus kuar bilik air. bagi encik suami yang tengok. dia tengok je terus kata "awak, double line"... adududuhhh... ok. dah tau tu terus tukar mood orang pregnant. memangkan. kalau taktau tu, takde lak rasa loya-loya ke apa. sekali dah sah pregnant ni, tu dia teruk pulak alahan kali ni. tak macam sebelum ni.

time tu diam je. tak bagitau sape-sape pun. bagitau kat mak pun dah 10-11 minggu rasanya time tu. pastu baru hint kat kengkawan. syahdu tau sbb sorang-sorang mengandung, sian lak nak silih ganti tanggung keje memasing. 

padahal time tu aku kuat lagi tolong time wedding adik ipar. baru-baru lagi time tu. sebelum tu gi team building jabatan kat cherating. lari tak ingat. senam robik beriya2.

tapi, alhamdulillah. tetap evening sickness. malam baru teruk mabuk.  sama macam sebelum ni cuma kali ni teruk sikit. nak bagi mama fokus wat keje kat opis. siang mmg aku kuat, takde rupa keadaan orang mengandung. cer tgk malam. mmg berubah betul. takde wat keje ot time tu. kol 5.30 ptg kena terus balik. kalau pas 6.30 ptg mmg xlarat nak jalan balik.

petang je nak balik keje dah start perut masuk angin. rasa mual-mual. kalau naik tren balik macam-macam bau. nak muntah. takleh bau tumis-tumis, bau asap rokok, bau perfume, bau pewangi umah. perut asyik lapar macam masuk angin. tapi dah makan muntah balik. balik je umah mesti terbaring je kat sofa sbb nak jugak tengok anak-anak buat homework, tgk dorg main. padahal tahan je mata ni. kol 9.30 dah tido. 

anak-anak pun asyik taye je, bila mama nak baik ni? asyik tido je? asyik wek-wek je? 

makan kat luar pun mesti standby towel nak tutup hidung. plastik mesti dalam beg. minyak angin tak lekang sapu kat hidung. 

kalau nak gi kuar memana, pastikan siang hari, petang mmg xdenya nak kuar. 

pulak tu asyik kena kursus jauh-jauh bermalam tido hotel. makan sedap tapi tekak pulak tak sedap. tapi takde mual-mual pulak. sekali lagi baby nak bagi mama fokus berkursus. siapla, balik je umah, longlai balik.

aduii.... seksanya time tu... tp syukur masih boleh bekerja macam biasa. tidakla teruk sgt macam ada sesetengah yg langsung takleh bangun. 

saat-saat tu akan dirindui nanti. sedikit sebanyak ada la pengalaman alahan mengandung. pahit tapi ada manisnya.. sangat manis..

sekarang dah second trimester. dah hilang sume tu.

pengalaman kali ke-4 ini sangat berharga.

2 comments:

Nurhayati said...

tahniah.. moga dipermudahkan segala urusan.. beranak banyak2.. muda lagi tak pe hihi

Ayu Ayunie said...

alhamdulillah. terima kasih sgt.