♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, November 16, 2016

Check jantung

Rupa-rupanya masalah dada berdebar-debar, tiba-tiba rasa mengah aku selama ini tak normal. Ingatkan tu perkara biasa sbb aku mmg ada darah gemuruh. taktaula ini memang aku ada masalah jantung atau masalah ini hanya terjadi bila aku mengandung je. Masalah jantung ni doc kesan time pregnantkan aqil, anak ketiga. katanya degupan jantung sgt laju dan tak sekata. ntahlah... doc klinik ibu dan anak refer ke klinik kesihatan untuk buat ecg. mmg pegi buat. dan kena refer jugak ke hospital selayang. tapi tak pegi pun time tu. senyap sampai tu je. doc klinik pun tak tanya.

Tapi, kali ni bile benda yg sama terjadi time check up bulanan anak keempat ni, bila dua org doc kesan ada masalah pada denyut jantung dan mungkin masalah injap, apa perasaan korang time tu? pegi jugak buat ecg kat klinik, dan sama.. kena refer ke hospital selayang. kali ni tak dapat nak elak sbb rasa takut pula. draf ecg aku bacaan tak cantik macam dah lama ada masalah tapi aku boleh adapt masalah tu.

ke hospital selayang pukul 3.00 petang. kena buat ecg lagi dan terus kena stay di wad pemerhatian. 12 jam kena tahan kat situ. dari tak sakit apa-apa, bila kena cucuk untuk drip air dan ambil darah terus jadik sakit nak bergerak.. hehehe.. 

bila doc-doc taye aku ada asma atau tak? sesak nafas selalu? mmg takde sume tu. zumba ok je takde lak sesak nafas ke.. joging ke larian ke ok je. takde masalah.

Ya Allah, takutnya rasa. time ni ingat mati je. benda bukan kecik. jantung tu. Tidak mungkin ada alat atau mesin yang diperbuat oleh manusia boleh menandingi kehebatan jantung kita. ingat kat anak-anak. apa akan jadi pada mereka? pandang muka encik suami, sayu, sedih, tengok isteri asyik kena cucuk amik darah, buat ecg 3 kali. sedih sgt. ingat kat abah dan mak. sayu hati mereka bila dengar. 

pukul 3.00 pagi baru dapat balik. alhamdulillah tak kena warded sbb utk buat echo kena appt doc. tapi, doc bagi mc 3 hari. kena rehat kat umah dan amik appt utk echo pulak. appt echo bulan 12 nanti. tp sebelum tu kena buat ujian tyhroid dan holter. doc kata ini mungkin terjadi time aku pregnant je atau sebaliknya... hmmm/...

dan tadi appt holter di uitm selayang. Allah.. rupanya holter ni alat kena pasang dada untuk monitor ritma janutng selama 24 jam.



pakaila benda tu kat dada ni, gi jugak opis tapi tak buat keje byk la. buat keje ringan-ringan je. kalau cuti dok umah lagi takleh dok diam. huhuhu... esok 24 jam kena datang lagi untuk bukak balik alat ni. doakan terbaik yer.



1 comment:

nurul iman said...

ya allah. semoga yang baik2 saja ye. amin.