♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan

Dah terabai blogku ni. sian dia. lama tak sentuh dgn citer merapu. gara-gara usb cable yg kadang leh detect kadang xleh detect malas nak transfer gambar. bercerita tanpa gambar cam tak best. baju raya still last minute. konon dah taknak beli last minit sbb serik thn lps hantar tailor last minute dia jahit baju tak cantik. so, taknak terjadi lain tahun. tapi........ still beli last minute jugak. baju anak-anak pun sama. semangat cuti isnin lepas 1 ramadhan gi jalan tar. nak beli awal-awal kang takde saiz. sekali... gerai-gerai baju pun baru pasang. barula dorg nak masukkan barang.. huhuhu. sedih. kesian anak-anak.

Tahun ni still kami jual rempeyek. alhamdulillah. ada je yg taye, ada yg dah order. syukur sgt. dapat menampung perbelanjaan kami. skrg belanja pun banyak pakai duit kan.. mmg terasa sgt. kalau dulu gi shopping barang umah RM50 leh beli 9/10 barang. skrg RM50 boleh beli 4/5 barang je. hmmm...

Orang tak caya rempeyek kami goreng sendiri. siap ada yg nak dtg umah nak tgk kami goreng. camne ekk? kami ada jugak cuba bisnes baju budak-budak, tp ntahla xreti sgt nak wat marketing. pastu kami beli scr borong. bukan dropship. mmg byk guna modal. so, kami stop kejap bisnes baju, kami fokus kat bisnes rempeyek ni. nak bisnes lain, bisnes kek ke, biskut, kuih ke.. taknak kacau bisnes org. yg penting dah daftar dgn SSM. dah kata bisnes online pun kena daftar gak. tp, mmg dah lama nak daftar pun. takde time. ni dah dkt dgn SSM UTC Pudu, rehat terus gi sana. dalam sejam dah siap. lega rasa.  

semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang dibuat, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dimurahkan rezeki umpama air mengalir.

amin..

 




2 comments:

Norryn Wnf said...

Salam,
macam mana nk order rempeyek dari awk yer?? Cod kat mana? Thanks.

Ayu Ayunie said...

Maaf saya tak bukak blog seminggu ni. tertinggal komen @Norryn Wnf kat sini.
Saya COD area gombak/kl sahaja.