♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, February 22, 2016

Taman Botani Shah Alam - apa yg menarik?

Sabtu lepas kami bawak anak-anak gi jenjalan. pandai memasing tuntut nak jenjalan sbb cuti lama CNY aritu takde ke mana. ajak gi zoo negara, nak gi farm in the city la, nak gi taman burung la. ajak gi tido hotel la nak mandi kolam. 
hai la anak. mahal-mahal tu tiket nak masuk. mama papa lom gaji lagi. skrg ni kena jimat bajet-bajet. nanti nak cuti-cuti pulau... hahaha... berangan tul....

mohla kita gi satu tempat yg ada semua tu. ada haiwan-haiwan, ada kolam renang.. ha ke taman botani la kita..

survei pun lebih kurang. main terjah je. sampai sana kol 11.30 pagi. dah banyak kete parking. kete kena parking kat luar bayar RM3.00 sekali masuk.


terus jalan ke kaunter
utk kami 5 beranak cuma bayar RM6 je
dewasa = RM3
kanak-kanak 6 tahun ke atas = RM1

so, utk ayna dan aqil = FREE

huhu... bagus-bagus.. jimat disitu.

utk masuk rumah 4 musim harga lain
kena beli siap-siap
kami tak nak masuk pun


kami byk ikut orang je kat sini
orang tunggu bas kami pun tunggu bas
rupanya mmg kena naik shuttle bas
kalau gi geng-geng leh sewa basikal

shuttle bas takde kena bayar
nak jalan kaki pun jauh jugak nak kena jalan nak ke tempat lain

kami byk tgk orang seriyes blur sbb tak tau 
orang naik shuttle bas kami pun naik
orang turun kami pun turun

bas lalu kat taman haiwan tp kami taktau nak turun camne
sbb kami cuma nak gi situ je
  
biler dah turun blur
tgk map tak reti pulak.. huhu..
ni la sebab tak survei betul-betul.. kihkih...
peta dalam tu

dah sampai tu jalan-jalan amik gambar je









jalan jauh jugak sbb bawak budak
sian dorg kena jalan jauh

pegi balik kat tmpt turun bas
nak naik bas lagi ke taman haiwan pulak

bas sampai tp kami taktau nak turun nanti
mujur la ada budak sekolah tu tekan loceng, dapatla kami turun kat situ
jauh ooo jalan
takat kami laki bini leh lagi jalan, ni dgn anak-anak mmg takdenya nak jalan kaki


kat sini budak-budak suka sbb ada haiwan
tak dpt bawak gi zoo, kat sini pun bolehla 




suka anak-anak dapat bg makan rusa 


kat luar signboard ada tulis kolam renang tp kami tak nampak pulak kolamnya
jenuh jalan ke dalam tak sampai-sampai jugak
taye yg wat keje kat situ kalau jalan ke depan lagi ada apa
dorg ckp kolam renang
ok cun.. mmg kami nak gi sana pun..

tu dia...
besar kolam dia

takde staff yg jaga
takde kena bayar apa pun

orang pun tak ramai
sbb jalan jauh bagi anak-anak mandi puas2 kat situ

kolam ok cuma toilet je takde air tp ada disediakan getah paip panjang
lama gak bg dorg mandi 3 jam jugak kami kat situ
sunburn muka memasing



  

seronok dorg mandi
asalkan dapat mandi kolam dah best kan walaupun memasing muka dah masam sbb kena jalan jauh 
kat situ ada jugak gerai makan
kami beli 3 burger sbb anak-anak dah kelaparan
sedap jugak burger RM3.00 makan panas-panas


pas mandi singgah lagi taman rusa
pastu tunggu bas balik 
tak sabar nak sampai kete nak tido.. huhu 

so far, okla. anak-anak enjoy mandi dapat tgk haiwan lagi
cuma memasing kepenatan
 

 


Friday, February 19, 2016

Enjoy Retreat @ Desaru Part 2

Pagi kedua, semangat bangun awal pagi. sbb tido yg awal dan lena. timi begini la peluang nak rehatkan badan.. kuak lentang atas katil.. kat umah si kecik aqil masih lagi tido dgn mamanya. kenala mamanya tido sopan je. pulak tu masih menyusu badan.. ngeeee.... nanti-nanti la slow-slow nak pisahkan susu badan. insyaallah.. mudah-mudahan dipermudahkan. anak laki yg sorg ni keras skit.




veiw dari balkoni
cantiknya...
kalau anak-anak tu dah tak sabar-sabar nak terjun kolam

ni kawan-kawan baik di opis
cawangan HR 
muah korang

bengkel SKT pun bermula
dah tau pun SKT memasing sbb sama je tiap tahun
nak kemas kini kasi cun-cun 


deko-deko kejap untuk program dinner malam tu
best gak main deko-deko
kalau thn lepas kami ada masa nak pk pasal deko
kami banyak DIY je. jimat bajet... sian... 
tahun lepas tema hawaiaan, sampai gambar buah kelapa pun kami print dan gunting utk wat photobooth
kali ni utk tema Glam Rock tak sempat nak prepare apa-apa dari KL
sempat beli baper barang je
mcm biasa, tugas-tugas deko ni kami geng HR yg kena buat
tukang beli barang pulak aku la tu .. haih...

comel pulak deko kat dinding tu kan
macam dinner sekolah la pulak
tapi, cantik jugakkan DIY



bestnya lepak2 kat pantai camni dgn geng2 kesayangan
petangnya ada aktiviti pantai
sukaneka ikut kumpulan pastu main bola tampar



ni aktiviti petang ari pertama
sukaneka lawan antara kumpulan 
 

yg ni first time main bola tampar
sesungguhnya ku tak reti nak menampar bola
malu nak lompat dpn laki-laki 
  doa je jgn la bola tuju kat aku.. kehkeh
angin bayu laut kuat giler
bola pun melayang-layang 

okeh
balik bilik siap-siap utk program dinner pulak
Dinner tema Glam Rock
seriyes taktau nak pakai baju apa
nak beli baju kulit cam tak berbaloi je sbb nak pakai sekali jek
nak sewa lom gaji lagi
sudahnya pakai la apa yang ada
tshirt pakai hubby puye
ada la sytle rock skit pastu ada blink-blink pulak
baju besar tp takpe, kasi pin jek. heheh
 
 

cantik x backdrop DIY ktorg? haha.. walaupun macam budak sekolah puye jamuan tp cantik jugak kan... 


eehhh nampak sama.. tp bukan dia..
YUNA...
bukanla.. kita YUNI... 



wah.. rock tak?
ni rock muslimah la kan..  


menu dinner malam tu





ewahh...

ada persembahan kumpulan malam tu
tema rock tp kena wat persembahan ada yg kena menari kpop, rap, dikir barat dan boria



ni gambar nak balik dah
tu jela kisah kat desaru
enjoy sgt dgn opismate yg best dan sporting




Wednesday, February 17, 2016

Enjoy Retreat @ Desaru

Citer awal bulan ni, awal-awal dah kena gi kursus. suka jek sbb awal tahun dah dapat kursus 3 hari. lagi 4 hari lagi. tp, biasanya mmg berlebih2 pun sbb dok kat HR ni byk sgt kursus nak kena pegi. yg tak rela terpaksa pun slalu jek. hehe. tapi, kursus yg ni mmg nak sgt pegi. sbbnya kursus Retreat Bahagian. . dah tentula geng2 bas skolahku pun ada. seronok pegi dgn kawan-kawan. sekepala, sehati, sejiwa..... 

mmg dah awal dah plan nak buat awal tahun. biasanya dah tengah2 tahun dah sibuk dgn program.

kalau tahun lepas di Pulau Pangkor, tahun ni di Desaru, Johor. xpenah sampai sini lagi. 

bertolak ke Desaru pagi jumaat. sabtu ahad kira okla anak-anak cuti. kalau sekolah sian jugak nak tinggal. kelam kabut papanya nak uruskan anak sekolah. tapi biasanya mmg dah siap sume baju skolah dah gosok awal. cuma sian la kat papanya nak kena kemas beg sekolah, beg baju. yg kursus ni sabtu ahad tp isninnya cuti Wilayah Persekutuan. bolehla rehat satu ari. anak-anak bosan jugak sbb mama dorg takde. cuti pun main kat umah je. tu papa dorg la yg cakap. bosan tak dengar mama bebel kan.. huhuhu.

  

budak kena tinggal
dah paham dah kalau cakap mama gi work jauh naik bas maknanya mama tak balik malam tu
xdptla tido dgn mama
buat muka camtu sayu je hati ni.. hisshhh


siapkan ayna gi skolah
wajib amik gambar dulu utk mama tgk gambar kat bilik hotel nanti  
buat lepas rindula kengkonon.. padahal mama masuk bilik je terus tido... kehkeh. 

bertolak dari KL jam 10.00 pagi
sampai kat Desaru kol 3 ptg
jauhnya perjalanan

Tunamaya Resort, Desaru
ok hotel baru
cantikkkkk

 

ada bath tub
teringat kat anak-anak
mesti dorg suka
 
   

cantiknya
kolam pun besar
ingat kat anak-anak lagi
lama tak bwk dorg jalan-jalan tido hotel
sejak ekonomi gawat ni, kena la kuatkan hati

insyallah... moga ada rezeki kami akan ke sini...
nak bawak anak-anak jalan sini..
  
 patutnya petang tu ada taklimat
tapi sbb dah lewat sgt
terus aktiviti sukaneka kat pantai




 enjoy la main
dah macam budak sekolah la pulak
baling-baling belon

malam tu ada mesyuarat bahagian

  

bosan je memasing kena masuk mesyuarat  
tp best mesyuarat malam-malam kat tempat jauh dari opis ni
tenang je dari gangguan keje

lepas tu terus masuk bilik terus tido
esoknya penuh dgn aktiviti
dan plg tak sabar nak menunggu malam dinner
tak sabar...