♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, January 8, 2016

Makan-makan Shell out family

Awal tahun baru mmg dah plan awal nak makan ramai-ramai satu family. lama dah teringin nak masak-masak pastu makan ramai-ramai. viral pulak pasal makan shell out ni. nak makan luar mmg xde la mesti mahal giler. kami mmg giler seafood. jadik on. bershell out je kat umah. kami mmg ada wat collection family untuk tabung family tiap bulan. ni kira makan-makan pakai duit tabung family la.

Tukang pegi pasar dan masak tentula kakakku yg comel Kak Lin dibantu oleh Kak Long yg manis.  Adik dia yg cun lawa ni tinggal tolong susun atur meja dan kerusi je dibantu oleh hubby.. hehe. kakak-kakak ipar yg lain-lain ada tugas memasing. Kak Neng rebus jagung, wat butter sauce, masak kupang, sayur-sayur mmg serah kat Kak Neng. Kak Miza beli parchment paper. dgn adik ipar Nana pun sama jugak join susun meja dan kerusi. saling bekerjasama. indahnya rasa bila sume sepakat kan. tugas angkut sofa mestila tugas orang laki. org pompuan hias-hias meja. anak-anak pun wat muka pelik je.

asyik bbq je bakar-bakar. ni kita makan goreng-goreng lain dari biasa.

mula-mula memasing taye shell out tu camne. tunjuk la gambar camni..camtu.. makan kat atas paper je. nk makan atas pinggan pun boleh tp saja je nak ikut yg style shell out real puye.. gedik sgt nih.. terpengaruh sgt...

abah pun kurang sihat sekarang. dia banyak duduk je dan bg idea jela nak makan mana, meja kat mana.

abah kalau makan mmg nak bersih-bersih, nak lawa-lawa, pinggan cawan pun kena lawa-lawa lagi-lagi kalau ada tetamu. mmg dia cerewet sgt. kalau ada kenduri ke mmg dia yg plg sibuk. guna pinggan yg ok. ni kami tak pakai pinggan, taruk kat paper parchment. tak ke derhaka namanya? mmg terbeliak mata abah tau.. hahaha.. 

mak pun sama nape taruk sume kat situ? kang membazir kalau x makan?

bebel-bebel dia.. sambil anak-anak pompuan menghidang kena dengar bebelan suci murni dari mak. hehehe..

tp, kami yg pompuan2 ni mmg sepakat. ada je yg kami jawab. tentu habis puye, ala.. letakla sikit-sikit je takyah la taruk sume. kalau dah abis baru amik kat bekas makanan.. haha... adoi... macam-macam ragam nak realisasi program shell out ni.

letih jugak sebenarnya nak menyusun meja makan camni... dari ruang tengok tv dah transform jadik restoran. wah gitu.... pakat angkut sume sofa letak kat luar. letak meja makan kat situ. berpeluh-peluh. time bergambar pun muka dah peluh-peluh. tapi......... seronok sgt sbb sume happy, sume dapat makan, anak-anak pun tentula paling suka skali. dapat kumpul dgn sepupu dorg pastu dapat makan camni lagi.

antara menu-menu yg kami melantak malam tu
ketam sambal
udang tepung
sotong tepung
kupang
ayam goreng tepung
jagung rebus
sayur brocoli, carrot
curah skit butter sauce
mmg sedap sgt












bacaan doa selamat oleh abang ipar 
doa selamat untuk family kami dan untuk abah yg sakit mungkin kena operate

abah takleh makan seafood sgt. dia rasa sikit-sikit je. dia duduk je kat kerusi dapur. 
tgk je anak cucu makan. 
 rasa bahagia kan tgk anak cucu berkumpul camni



3 beradik pompuan dari 4 lelaki  
sayang sgt kat korang!


dah boleh makan-makan
sampai licin
anak-anak makan sepah-sepah pun tak pe. 

mak dalam bebel mula-mula tadi pun makan beriya jugak. seronok makan sama-sama.
dah macam makan kat restoran 5* sgt

mmg riuh umah
senang.. pas makan lipat-lipat kertas pastu buang.. hehe..

 alhamdulillah. syukur sgt dgn adanya aktiviti camni hubungan kami sekeluarga tetap utuh dan mesra
abah dan mak pun happy sgt sbb anak cucu dapat berkumpul sesama..

sambil tu ada aktiviti tiup lilin celebrate birthday adik ipar/ mak usu


kenyang sgt makan, nak makan kek mmg perut rasa sebu sgt




3 comments:

Fiza Rahman said...

Perghhhh...bestnya. Kecur ailio nengok ☺

Mama Adaliya said...

hiii cik ayu..adik manis, comel, comot manja.. cantik.. kesayangan intan payung saya. muah2. xoxo!!

LYAfrina said...

bestnyer..teringin nk buat jgk nnti