♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, January 13, 2016

Jom kayuh-kayuh basikal

Skrg tiap minggu melayan anak-anak berbasikal. sejak kakak echa dah pandai kayuh basikal ni mmg dia teruja. asyik ajak temankan dia berbasikal. kami jarang melayan anak-anak mangayuh sbb rumah kami berbukit. kakak echa belajar kayuh basikal pun kat umah tok wan dia. gigih belajar kayuh sampai jatuh banyak kali.... hehehe.. kejap je dah pandai kayuh. mmg kuat semangat sbb nak main basikal dgn sepupu-sepupu dia. malu la kalau naik basikal roda 3 lagi. huhu.



penat si kakak mengayuh bawak adik yg sama berat dgn dia
mengah-mengah dia
yg adik mmg xpandai kayuh dia suka main lompat je kat belakang kakak-kakak dia
pastu kalau dia naik kita la yg jd tukang tolak kat belakang
takpe, mama suka sambil exercise kan.. hmmm..

pastu ptg-ptg kalau cuaca ok bawak anak-anak gi tasik titiwangsa
biasa main kat playground je
ni nak main basikal pulak
basikal tak bawak kenala sewa kat situ
1 jam = RM10.00
ada jugak yg setengah jam = RM5.00
amik setengah jam je cukup sbb nak main kat playground lagi pastu

skrg dah pandai bawak basikal sendiri
takyah la buang duit nak sewa-sewa ni.. hehe


anak-anak seronok dapat kayuh puas-puas
sampai penat mengayuh
kalau kat umah tak puas sbb kawasan umah sempit dan berbukit
kat sini kayuh la sepuasnya tp kena hati-hati kang berdentum dgn basikal lain

 




4 comments:

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer!~

wahida said...

bagus ni...aktiviti yang sihat!

LYAfrina said...

bestnyer..y penting ank2 happy..

Husna Rahman said...

bestnye berbasikal ramai2...meriah..