♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, January 13, 2016

Jom kayuh-kayuh basikal

Skrg tiap minggu melayan anak-anak berbasikal. sejak kakak echa dah pandai kayuh basikal ni mmg dia teruja. asyik ajak temankan dia berbasikal. kami jarang melayan anak-anak mangayuh sbb rumah kami berbukit. kakak echa belajar kayuh basikal pun kat umah tok wan dia. gigih belajar kayuh sampai jatuh banyak kali.... hehehe.. kejap je dah pandai kayuh. mmg kuat semangat sbb nak main basikal dgn sepupu-sepupu dia. malu la kalau naik basikal roda 3 lagi. huhu.



penat si kakak mengayuh bawak adik yg sama berat dgn dia
mengah-mengah dia
yg adik mmg xpandai kayuh dia suka main lompat je kat belakang kakak-kakak dia
pastu kalau dia naik kita la yg jd tukang tolak kat belakang
takpe, mama suka sambil exercise kan.. hmmm..

pastu ptg-ptg kalau cuaca ok bawak anak-anak gi tasik titiwangsa
biasa main kat playground je
ni nak main basikal pulak
basikal tak bawak kenala sewa kat situ
1 jam = RM10.00
ada jugak yg setengah jam = RM5.00
amik setengah jam je cukup sbb nak main kat playground lagi pastu

skrg dah pandai bawak basikal sendiri
takyah la buang duit nak sewa-sewa ni.. hehe


anak-anak seronok dapat kayuh puas-puas
sampai penat mengayuh
kalau kat umah tak puas sbb kawasan umah sempit dan berbukit
kat sini kayuh la sepuasnya tp kena hati-hati kang berdentum dgn basikal lain

 




Friday, January 8, 2016

Penangan DILWALE 2015 Girls Day Out

Ni pulak citer 2 januari. lepas bershell out malamnya, esok petangnya kami tgk wayang sama-sama. tp untuk pompuan saja. yg laki-laki kena dok umah. terselit jugak anak sedara boboy dua orang ngikut sbb takde yg jaga. 

Aqil kena tinggal dgn papa dia. mmg taknak bawak kang tgk dia je bukan tgk skrin.. hehehe.

Risau jugak bawak anak-anak takut dorg bosan. yela sbb tgk citer bollywood. first time tgk wayang citer hindustan ni.

kami tgk di TGV AU2 Keramat. sume kakak-kakak termasuk kak ipar pegi kecuali sorg je tak dapat pegi di saat akhir.





anak-anak seronok je tgk
siap joget-joget je
layan jugak la citer
mmg kajol cantik giler
SRK pun tetap maintain hensem

romantik sgt rasa nak ajak hubby tgk skali
nak repeat tgk dating berdua dgn hubby
 

 

Makan-makan Shell out family

Awal tahun baru mmg dah plan awal nak makan ramai-ramai satu family. lama dah teringin nak masak-masak pastu makan ramai-ramai. viral pulak pasal makan shell out ni. nak makan luar mmg xde la mesti mahal giler. kami mmg giler seafood. jadik on. bershell out je kat umah. kami mmg ada wat collection family untuk tabung family tiap bulan. ni kira makan-makan pakai duit tabung family la.

Tukang pegi pasar dan masak tentula kakakku yg comel Kak Lin dibantu oleh Kak Long yg manis.  Adik dia yg cun lawa ni tinggal tolong susun atur meja dan kerusi je dibantu oleh hubby.. hehe. kakak-kakak ipar yg lain-lain ada tugas memasing. Kak Neng rebus jagung, wat butter sauce, masak kupang, sayur-sayur mmg serah kat Kak Neng. Kak Miza beli parchment paper. dgn adik ipar Nana pun sama jugak join susun meja dan kerusi. saling bekerjasama. indahnya rasa bila sume sepakat kan. tugas angkut sofa mestila tugas orang laki. org pompuan hias-hias meja. anak-anak pun wat muka pelik je.

asyik bbq je bakar-bakar. ni kita makan goreng-goreng lain dari biasa.

mula-mula memasing taye shell out tu camne. tunjuk la gambar camni..camtu.. makan kat atas paper je. nk makan atas pinggan pun boleh tp saja je nak ikut yg style shell out real puye.. gedik sgt nih.. terpengaruh sgt...

abah pun kurang sihat sekarang. dia banyak duduk je dan bg idea jela nak makan mana, meja kat mana.

abah kalau makan mmg nak bersih-bersih, nak lawa-lawa, pinggan cawan pun kena lawa-lawa lagi-lagi kalau ada tetamu. mmg dia cerewet sgt. kalau ada kenduri ke mmg dia yg plg sibuk. guna pinggan yg ok. ni kami tak pakai pinggan, taruk kat paper parchment. tak ke derhaka namanya? mmg terbeliak mata abah tau.. hahaha.. 

mak pun sama nape taruk sume kat situ? kang membazir kalau x makan?

bebel-bebel dia.. sambil anak-anak pompuan menghidang kena dengar bebelan suci murni dari mak. hehehe..

tp, kami yg pompuan2 ni mmg sepakat. ada je yg kami jawab. tentu habis puye, ala.. letakla sikit-sikit je takyah la taruk sume. kalau dah abis baru amik kat bekas makanan.. haha... adoi... macam-macam ragam nak realisasi program shell out ni.

letih jugak sebenarnya nak menyusun meja makan camni... dari ruang tengok tv dah transform jadik restoran. wah gitu.... pakat angkut sume sofa letak kat luar. letak meja makan kat situ. berpeluh-peluh. time bergambar pun muka dah peluh-peluh. tapi......... seronok sgt sbb sume happy, sume dapat makan, anak-anak pun tentula paling suka skali. dapat kumpul dgn sepupu dorg pastu dapat makan camni lagi.

antara menu-menu yg kami melantak malam tu
ketam sambal
udang tepung
sotong tepung
kupang
ayam goreng tepung
jagung rebus
sayur brocoli, carrot
curah skit butter sauce
mmg sedap sgt












bacaan doa selamat oleh abang ipar 
doa selamat untuk family kami dan untuk abah yg sakit mungkin kena operate

abah takleh makan seafood sgt. dia rasa sikit-sikit je. dia duduk je kat kerusi dapur. 
tgk je anak cucu makan. 
 rasa bahagia kan tgk anak cucu berkumpul camni



3 beradik pompuan dari 4 lelaki  
sayang sgt kat korang!


dah boleh makan-makan
sampai licin
anak-anak makan sepah-sepah pun tak pe. 

mak dalam bebel mula-mula tadi pun makan beriya jugak. seronok makan sama-sama.
dah macam makan kat restoran 5* sgt

mmg riuh umah
senang.. pas makan lipat-lipat kertas pastu buang.. hehe..

 alhamdulillah. syukur sgt dgn adanya aktiviti camni hubungan kami sekeluarga tetap utuh dan mesra
abah dan mak pun happy sgt sbb anak cucu dapat berkumpul sesama..

sambil tu ada aktiviti tiup lilin celebrate birthday adik ipar/ mak usu


kenyang sgt makan, nak makan kek mmg perut rasa sebu sgt




Thursday, January 7, 2016

8th Birthday KaKaK echa

Celebrate birthday kakak Echa ke-8 tahun. Simple-simple je celebrate pun. Maknya nak buatkan kek pun xsempat sbb balik umah lewat malam. dah penat. beli jela tp dia request nak kek buah. belikan pizza dan kek dah cukup. dia nak celebrate kat umah neneknya sbb nenek dan atok jaga. sweet sgt nih..




tu dia lilin 8 batang
bagi puas tiup lilin
lama lagi nak tunggu tiup lilin tu
ujung tahun baru dapat tiup



adik-adik pun suka main tiup-tiup lilin ni




Kakak Echa Darjah 3

Kisah kakak echa pulak bersekolah. kakak echa darjah 3 tahun ni. cuti lama takut badan lemau je nak skolah balik. ehh tak dela kan.. sbb zaman maknya dulu, semangat je nak masuk sekolah sbb semua baru. beg, kasut dan baju baru, pensel box, kaler pencil baru suma la baru. tak sabar nak tunjuk kat kengkawan. huhu.

dah terasa tua sbb anak dah besar. dah darjah 3 kira dah besar la kan.. makin tinggi baju suar pun banyak dah ketat. dah boleh diharap tolong kat dapur dan jaga adik-adik.
 
pas setel urusan ayna, kami uruskan kakaknya pulak. dah senang sbb dah besar tau dah jaga diri sendiri, dah tau selok belok sekolah, peraturan sekolah. saja je mak pak nak nyibuk. nak tau kelas kat mana. senang nanti.



dengan bff dia kat kelas


muka ceria je
senang hati mak pak tgk..

tahun ni takleh main2 sgt dah
mak pak pun kena dok belajar sama-sama
sayang kakak echa!
 




2016 - Selamat Bersekolah Ayna Nafeesa

huhuhu... setahun tu ku mendiamkan diri. ada byk citer tapi mood nak menaip tiada dan keje pun makin banyak sama ada kat umah ataupun kat opis.moga tahun 2016 diri ini rajin nak merapu kat sini...

Happy New Year 2016. permulaan tahun baru yang baik. alhamdulillah. masih bernyawa di tahun baru ini yang semestinya penuh cabaran dan dugaan. Tahun baru, semangat baru. hidup semakin teratur, semakin sibuk dan kami masih berusaha mengukuhkan ekonomi family, menjadi parents yang makin matang dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga dan masih berusaha betulkan diri menjadi insan yang baik, beriman, muhasabah diri dan berjaya.... (skema sgt ayat nih)..

Tahun ni anakku yang kedua, Ayna Nafeesa dah mula bersekolah tadika 5 tahun. terasa dia masih kecik lagi untuk sekolah. masih lagi ingat dia masih baby.. uwaaa.... mamanya dia yang nangis. 

Kalau untuk kakaknya Echa kami masukkan di little caliph masa tadika dulu, untuk ayna, based on pengalaman kami semasa kakak echa di little caliph dan bajet kami yang tak baper nak ok sgt nih, kali ni kami pilih tabika perpaduan yang murah dan yang penting tidak membebankan kami. terpulang pada pandangan memasing, ada yg ok, ada yg x ok. yg penting anak dapat belajar dan anak masuk tadika.. tulis status kat facebook... kehkeh... 

alhamdulillah, untuk hari pertama, ayna senang bangun pagi. mungkin dia pun bersemangat nak ke sekolah. nak tau apa yg bestnya sgt sekolah. Ayna mmg kuat semangat. time check gigi kat klinik pun masa ni ikut kakak echa nak cabut gigi. saja mintak misi checkkan gigi dia. nak bg dia pengalaman merasa check gigi di klinik. ayna rileks je walaupun kami tau dia sgt takut sebenarnya.  

sama juga masa mula-mula start masuk kelas, kami tau dia takut sbb ayna sgt manja dan pemalu. tp, dia hanya duduk senyum-senyum dan banyak tgk keliiling. tp, dia tak nangis pun. tgk kawan-kawan yang menangis, gegar pagar, ayna diam je. ya Allah. sebak sgt hati ni sbb ayna kena berdikari. ayna pertama kali kena tinggal dgn orang lain yang masih baru untuk dia. yela, anak yang dijaga oleh atuk nenek. mmg la kami sgt risau. risau dia tak biasa dgn ramai orang, camne nak uruskan diri, kalau di umah atau umah atok nenek, sume dah disediakan. tapi....... alhamdulillah syukur sgt ayna baik. kami bangga dgn ayna...


time nak ke skolah 


amik gambar jap layan mama nak update kat whasapp, fb.. huhu


yg awal datang, takde kawan lagi 
time ni risau dia bosan


tak sampai hati nak terus tinggal  
temankan ayna sampai cikgu halau parents keluar.. hihi


taknak bosan sbb tunggu lama
layan main mainan yang ada
puyela byk mainan

kakak echa pun ikut skali bagi sokongan kat adik dia
dia cakap banyak mainan tak macam tadika dia dulu
nape mama tak masukkan dia kat tadika ni? pulok.... tadika awak tu lagi mahal tau... 


dah balik... 
bila dgn cousin-cousin dia yg sebaya, dia la yg plg kecik
tp, bila tgk kengkawan dia kat sini, ehh ada lagi kecik dari dia..

ayna pegi balik naik van
ok. naik van dah pass
cikgu-cikgu pun temankan sekali beratur naik van.
syukur sgt dipemudahkan

mmg balik je macam-macam kami taye
taye itu, ini.... hehehe..

takat ni dia masih nak gi sekolah lagi.
mamanya pulak yg kira baper hari lagi nak cuti sabtu ahad sbb nak anak-anak rehat tido lelama..
kehkeh...


gambar pagi semalam time tnggu van datang
moga ayna belajar rajin-rajin dapat  ilmu yang cikgu ajar
mam sayang sgt anak-anak mama.