♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, November 16, 2016

Check jantung

Rupa-rupanya masalah dada berdebar-debar, tiba-tiba rasa mengah aku selama ini tak normal. Ingatkan tu perkara biasa sbb aku mmg ada darah gemuruh. taktaula ini memang aku ada masalah jantung atau masalah ini hanya terjadi bila aku mengandung je. Masalah jantung ni doc kesan time pregnantkan aqil, anak ketiga. katanya degupan jantung sgt laju dan tak sekata. ntahlah... doc klinik ibu dan anak refer ke klinik kesihatan untuk buat ecg. mmg pegi buat. dan kena refer jugak ke hospital selayang. tapi tak pegi pun time tu. senyap sampai tu je. doc klinik pun tak tanya.

Tapi, kali ni bile benda yg sama terjadi time check up bulanan anak keempat ni, bila dua org doc kesan ada masalah pada denyut jantung dan mungkin masalah injap, apa perasaan korang time tu? pegi jugak buat ecg kat klinik, dan sama.. kena refer ke hospital selayang. kali ni tak dapat nak elak sbb rasa takut pula. draf ecg aku bacaan tak cantik macam dah lama ada masalah tapi aku boleh adapt masalah tu.

ke hospital selayang pukul 3.00 petang. kena buat ecg lagi dan terus kena stay di wad pemerhatian. 12 jam kena tahan kat situ. dari tak sakit apa-apa, bila kena cucuk untuk drip air dan ambil darah terus jadik sakit nak bergerak.. hehehe.. 

bila doc-doc taye aku ada asma atau tak? sesak nafas selalu? mmg takde sume tu. zumba ok je takde lak sesak nafas ke.. joging ke larian ke ok je. takde masalah.

Ya Allah, takutnya rasa. time ni ingat mati je. benda bukan kecik. jantung tu. Tidak mungkin ada alat atau mesin yang diperbuat oleh manusia boleh menandingi kehebatan jantung kita. ingat kat anak-anak. apa akan jadi pada mereka? pandang muka encik suami, sayu, sedih, tengok isteri asyik kena cucuk amik darah, buat ecg 3 kali. sedih sgt. ingat kat abah dan mak. sayu hati mereka bila dengar. 

pukul 3.00 pagi baru dapat balik. alhamdulillah tak kena warded sbb utk buat echo kena appt doc. tapi, doc bagi mc 3 hari. kena rehat kat umah dan amik appt utk echo pulak. appt echo bulan 12 nanti. tp sebelum tu kena buat ujian tyhroid dan holter. doc kata ini mungkin terjadi time aku pregnant je atau sebaliknya... hmmm/...

dan tadi appt holter di uitm selayang. Allah.. rupanya holter ni alat kena pasang dada untuk monitor ritma janutng selama 24 jam.



pakaila benda tu kat dada ni, gi jugak opis tapi tak buat keje byk la. buat keje ringan-ringan je. kalau cuti dok umah lagi takleh dok diam. huhuhu... esok 24 jam kena datang lagi untuk bukak balik alat ni. doakan terbaik yer.



Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Kali Ke-4

Alhamdulillah... masih dapat meneruskan kehidupan bersama family tersayang. Dah second trimester ni rasa lega sikit. takleh lega byk sbb lom beranak lagi. 

syukur dapat nikmat pregnant lagi untuk kali ke-4. hohoho..sama macam anak ketiga. tak plan.. mmg takleh rancang sendiri pasni.. kehkeh..

kengkonon cukupla 3 orang buat masa ni. dah dapat boboy aqil cukupla layan dia yang lasak. ada gak pikir-pikir takpun nak yg ke-4 time umur 35 tahun.  tapi, rezeki sampai awal. umur 33 tahun dah pregnant balik. dapat baby ke-4 umur 34 tahun. Allah sebaik-baik perancang.

kat opis ni macam berjangkit. sorg dah selamat pun bersalin bulan 10 lepas. kakak jiran sblh meja ni bulan 2 thn dpn. tak sangka pulak leh berjangkit kat kita jiran sblh ni. 

cam biasa la sama macam pregnant aqil, period xdtg-dtg. doa-doa janganla aku pregnant. rasa tak bersedia.. mmgla kan sbb rasa macam baru nak stabilkan ekonomi keluarga. keje pun bkn keje tinggi takat kerani cabok je orang cakap. harapkan gaji suami mmg cukup-cukup. tp nak la ada saving untuk masa depan. anak-anak pun dah besar dah senang jaga. tapi... tula..... rezeki Allah nak bagi. Dia lagi tahu kemampuan kita.

bila lewat period dtg still tak check lagi. nervous gila. beli upt test kat umah dah seminggu baru la test. time check tu dah 5 minggu. kali ni tak tgk pun. pas setel terus kuar bilik air. bagi encik suami yang tengok. dia tengok je terus kata "awak, double line"... adududuhhh... ok. dah tau tu terus tukar mood orang pregnant. memangkan. kalau taktau tu, takde lak rasa loya-loya ke apa. sekali dah sah pregnant ni, tu dia teruk pulak alahan kali ni. tak macam sebelum ni.

time tu diam je. tak bagitau sape-sape pun. bagitau kat mak pun dah 10-11 minggu rasanya time tu. pastu baru hint kat kengkawan. syahdu tau sbb sorang-sorang mengandung, sian lak nak silih ganti tanggung keje memasing. 

padahal time tu aku kuat lagi tolong time wedding adik ipar. baru-baru lagi time tu. sebelum tu gi team building jabatan kat cherating. lari tak ingat. senam robik beriya2.

tapi, alhamdulillah. tetap evening sickness. malam baru teruk mabuk.  sama macam sebelum ni cuma kali ni teruk sikit. nak bagi mama fokus wat keje kat opis. siang mmg aku kuat, takde rupa keadaan orang mengandung. cer tgk malam. mmg berubah betul. takde wat keje ot time tu. kol 5.30 ptg kena terus balik. kalau pas 6.30 ptg mmg xlarat nak jalan balik.

petang je nak balik keje dah start perut masuk angin. rasa mual-mual. kalau naik tren balik macam-macam bau. nak muntah. takleh bau tumis-tumis, bau asap rokok, bau perfume, bau pewangi umah. perut asyik lapar macam masuk angin. tapi dah makan muntah balik. balik je umah mesti terbaring je kat sofa sbb nak jugak tengok anak-anak buat homework, tgk dorg main. padahal tahan je mata ni. kol 9.30 dah tido. 

anak-anak pun asyik taye je, bila mama nak baik ni? asyik tido je? asyik wek-wek je? 

makan kat luar pun mesti standby towel nak tutup hidung. plastik mesti dalam beg. minyak angin tak lekang sapu kat hidung. 

kalau nak gi kuar memana, pastikan siang hari, petang mmg xdenya nak kuar. 

pulak tu asyik kena kursus jauh-jauh bermalam tido hotel. makan sedap tapi tekak pulak tak sedap. tapi takde mual-mual pulak. sekali lagi baby nak bagi mama fokus berkursus. siapla, balik je umah, longlai balik.

aduii.... seksanya time tu... tp syukur masih boleh bekerja macam biasa. tidakla teruk sgt macam ada sesetengah yg langsung takleh bangun. 

saat-saat tu akan dirindui nanti. sedikit sebanyak ada la pengalaman alahan mengandung. pahit tapi ada manisnya.. sangat manis..

sekarang dah second trimester. dah hilang sume tu.

pengalaman kali ke-4 ini sangat berharga.

Friday, November 4, 2016

Dah November!!

Haihhhh.. lamanya tak merapu kat sini. sian dia terbiar lama. tuan umah teruk benar mabuknya. busy sesgt pun ada. 

dari bulan 8 sampai la minggu lepas asyik outstation je. sian anak-anak asyik kena tinggal. selain kena pegi kursus anjuran kementerian, jadi urusetia program pun ada. dapatla tambah duit poket. boleh claim ot bebanyak. kehkehkeh.. (ayat pujuk hati).

cuti sekolah pun dah nak dekat. tgh pikir-pikir manala nak bwk anak-anak ni berjalan. asyik mama je tido hotel kan, janji ngan dorg cuti sekolah nanti nak bawak dorg tido hotel mandi-mandi kolam.tapi xde idea nak bawak ke mana. nak dekat-dekat je sebab nak bajet2 jugak. korg mesti dah book hotel memana kan???













Thursday, July 14, 2016

Salam Aidilfitri 1437H

9 Syawal - cepat pulak berlalu seminggu raya. rasa macam semalam baru nak raya je. 

Kat opis start keje asyik termenung, tersengih, sedih... masih raya blues. dapat emel mintak laporan ke apa, kasi print dulu. 

Arini baru ada mood nak buat keje. huhu.

Tahun ni turn raya di gombak dulu. raya kedua baru balik kg di johor.

raya pertama di gombak umah mak abah. tp pas solat raya leh gi umah mertua sbb mertua pun balik kg hari raya kedua sama ngan kami.

tahun ni ramai pulak tema biru kan....

kat fb sume nampak biru je... huhu..

ni kes sbb dah taktau nak kaler apa. beli kain last minit je mintak MIL yang buat. baju kurung je tampal dokoh je. setel... 

tahun dpn ku berikrar 2 bulan nak pose dah pi antar kat tailor baju. tak mo lambat2 lagi.

baju raya kedua sempat antar tailor kat PERTAMA kompleks. biasala antar last minute lagi seminggu nak pose mmg harga naik. padahal kain ela dah beli lama.


gambar raya kami di pagi hari raya 1 syawal nan mulia

 selamat hari raya dan maaf atas segala terkasar bahasa dan tersalah perkataan
mohon diampunkan yer



 


 

Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan

Dah terabai blogku ni. sian dia. lama tak sentuh dgn citer merapu. gara-gara usb cable yg kadang leh detect kadang xleh detect malas nak transfer gambar. bercerita tanpa gambar cam tak best. baju raya still last minute. konon dah taknak beli last minit sbb serik thn lps hantar tailor last minute dia jahit baju tak cantik. so, taknak terjadi lain tahun. tapi........ still beli last minute jugak. baju anak-anak pun sama. semangat cuti isnin lepas 1 ramadhan gi jalan tar. nak beli awal-awal kang takde saiz. sekali... gerai-gerai baju pun baru pasang. barula dorg nak masukkan barang.. huhuhu. sedih. kesian anak-anak.

Tahun ni still kami jual rempeyek. alhamdulillah. ada je yg taye, ada yg dah order. syukur sgt. dapat menampung perbelanjaan kami. skrg belanja pun banyak pakai duit kan.. mmg terasa sgt. kalau dulu gi shopping barang umah RM50 leh beli 9/10 barang. skrg RM50 boleh beli 4/5 barang je. hmmm...

Orang tak caya rempeyek kami goreng sendiri. siap ada yg nak dtg umah nak tgk kami goreng. camne ekk? kami ada jugak cuba bisnes baju budak-budak, tp ntahla xreti sgt nak wat marketing. pastu kami beli scr borong. bukan dropship. mmg byk guna modal. so, kami stop kejap bisnes baju, kami fokus kat bisnes rempeyek ni. nak bisnes lain, bisnes kek ke, biskut, kuih ke.. taknak kacau bisnes org. yg penting dah daftar dgn SSM. dah kata bisnes online pun kena daftar gak. tp, mmg dah lama nak daftar pun. takde time. ni dah dkt dgn SSM UTC Pudu, rehat terus gi sana. dalam sejam dah siap. lega rasa.  

semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang dibuat, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dimurahkan rezeki umpama air mengalir.

amin..

 




Tuesday, April 5, 2016

Karnival KRT

Ahad lepas kami ke Karnival KRT di Selayang. nak bawak ayna utk wakil tabika utk pertandingan mewarna. hehehe.. nak gelak rasa bila cikgu dia whatsapp mintak ayna ke pertandingan mewarna. tp kami kena antar sana la.

awal pagi kami dah bangun. dah sampai sana awal pulak. booth pun byk lom bukak. ni buat kat kawasan apartment tp kira okla sbb senang parking. gerai makanan pun byk.



ayna dan kawan-kawan
untuk tabika dia adalah dalam 5 ke 6 orang wakil





kakak echa pun join jugak contest mewarna utk pertandingan terbuka 
yg adik sian takleh join


masa sejam je dorg bagi
padahal byk nak kena kaler tu
mmg tak sempat siap kalau mamanya tak jerit-jerit
parents takleh dok sama ngan anak
ayna dgn cikgu dia la
kakak echa pulak puyela bersungguh-sungguh kaler 
tgk jam lagi 10 minit je dia x abis kaler lagi
tensen dia sbb mamanya asyik kacau je
stress.. haha..


bosan takleh kaler
dia pau topeng ni

panas berbahang yg amat buat kami stay situ sampai kol 12.00 je.
tak menang pun dapat saguhati kira okla
masuk pun suka-suka je kan. 

seronok jugak sesekali join aktiviti gini
sambil tu belajar sbb plan nak buat jugak kat kawasan umah kami
encik husband org kuat KRT area umah kami
abis dia taye orang-orang situ.. hehehe.

 





Bulan birthday kami sama

20 mac genap ku 33 tahun menghirup udara bernafas di dunia. Alhamdulillah bahagia dengan 3 orang anak yg masih kecil.

birthday ayna 16 mac.ingat nak celebrate skali dgn papanya 28 mac. tp dia dah tak sabar nak potong kek. selagi tak tiup lilin, tak potong kek, birthday dia lom abis lagi. awal-awal dah request nak kek ada patung. nak buat sendiri je tp dah last minute gini mmg beli jela. biasa kek camni kena order awal, tp kami jumpa kedai kek yg best. bakery Hidayah kat Taman Harmonis. banyak nya cantik-cantik. ada saiz kecil sampai la besar. kek patung camni dari saiz kecil sampai la ke besar. kek pun sedap. pasni kalau kes last minute camni, mmg kami terjah je sana.

HAPPY BIRTHDAY TO US!!!


 






si boboy tu plg over macam birthday dia je
ayna nak celebrate umah tok wan dia sbb ramai cousin kecik dia

happy je muka tu
happy sbb dapat buat mereka happy







Tuesday, March 1, 2016

Mac Yang Indah dan Daftar Sekolah Ayna 2018

Assalamualaikum Mac 2016.

nape kejap sgt dah Mac ni.........
 

bulan Mac mmg ditunggu-tunggu sebenarnya pun. sbb bulan ni istimewa. tarikh birthdayku, birthday abah, birthday hubby dan birthday ayna. anniversary kami pun bulan ni jugak. anniversary dalam gomen pun bulan ni jugak. hehe. sweet sgt bulan mac ni utk diri ini.

tapi, tak leh nak celebrate sgt sbb tak cukup bajet. huhuhu. 

semalam baru melabur duit gaji kat jpj dan insurance kete.  insurance kete utk perodua alza RM577.00. road tax setahun RM90.00. alhamdulillah, NCD kete dulu dpt cover separuh. kalau tak mau dkt seribu lebih jugak tu. dah alang-alang kat jpa renew lesen kete. lebur duit lagi. uwaaa.....

cuti sekolah lagi 2 minggu. tak abis-abis survei nak jalan sana sini. mana nak rompak duit ni??????

pening kepala makin menjadi-jadi. cuaca panas sgt kan. batuk dah seminggu tak baik. sebotol ubat batuk abis tp batuk makin menggila. selesema dah kurang sikit.

hemm...

busy skit banyak keje kena buat tp sempat curik time daftar online sekolah untuk ayna utk tahun 2018. semangat buat awal-awal. padahal taknak terima kenyataan ayna dah nak sekolah betul2 ni.

tp macam byk benda je kena improve lagi sistem ni.

ni utk sekolah di selangor dan putrajaya saja. 

leh daftar kat sini :  https://public.moe.gov.my/




pas daftar kena pegi sekolah pulak.

okla. tu je nak bebel utk arini.sambung blk keje........



Monday, February 22, 2016

Taman Botani Shah Alam - apa yg menarik?

Sabtu lepas kami bawak anak-anak gi jenjalan. pandai memasing tuntut nak jenjalan sbb cuti lama CNY aritu takde ke mana. ajak gi zoo negara, nak gi farm in the city la, nak gi taman burung la. ajak gi tido hotel la nak mandi kolam. 
hai la anak. mahal-mahal tu tiket nak masuk. mama papa lom gaji lagi. skrg ni kena jimat bajet-bajet. nanti nak cuti-cuti pulau... hahaha... berangan tul....

mohla kita gi satu tempat yg ada semua tu. ada haiwan-haiwan, ada kolam renang.. ha ke taman botani la kita..

survei pun lebih kurang. main terjah je. sampai sana kol 11.30 pagi. dah banyak kete parking. kete kena parking kat luar bayar RM3.00 sekali masuk.


terus jalan ke kaunter
utk kami 5 beranak cuma bayar RM6 je
dewasa = RM3
kanak-kanak 6 tahun ke atas = RM1

so, utk ayna dan aqil = FREE

huhu... bagus-bagus.. jimat disitu.

utk masuk rumah 4 musim harga lain
kena beli siap-siap
kami tak nak masuk pun


kami byk ikut orang je kat sini
orang tunggu bas kami pun tunggu bas
rupanya mmg kena naik shuttle bas
kalau gi geng-geng leh sewa basikal

shuttle bas takde kena bayar
nak jalan kaki pun jauh jugak nak kena jalan nak ke tempat lain

kami byk tgk orang seriyes blur sbb tak tau 
orang naik shuttle bas kami pun naik
orang turun kami pun turun

bas lalu kat taman haiwan tp kami taktau nak turun camne
sbb kami cuma nak gi situ je
  
biler dah turun blur
tgk map tak reti pulak.. huhu..
ni la sebab tak survei betul-betul.. kihkih...
peta dalam tu

dah sampai tu jalan-jalan amik gambar je









jalan jauh jugak sbb bawak budak
sian dorg kena jalan jauh

pegi balik kat tmpt turun bas
nak naik bas lagi ke taman haiwan pulak

bas sampai tp kami taktau nak turun nanti
mujur la ada budak sekolah tu tekan loceng, dapatla kami turun kat situ
jauh ooo jalan
takat kami laki bini leh lagi jalan, ni dgn anak-anak mmg takdenya nak jalan kaki


kat sini budak-budak suka sbb ada haiwan
tak dpt bawak gi zoo, kat sini pun bolehla 




suka anak-anak dapat bg makan rusa 


kat luar signboard ada tulis kolam renang tp kami tak nampak pulak kolamnya
jenuh jalan ke dalam tak sampai-sampai jugak
taye yg wat keje kat situ kalau jalan ke depan lagi ada apa
dorg ckp kolam renang
ok cun.. mmg kami nak gi sana pun..

tu dia...
besar kolam dia

takde staff yg jaga
takde kena bayar apa pun

orang pun tak ramai
sbb jalan jauh bagi anak-anak mandi puas2 kat situ

kolam ok cuma toilet je takde air tp ada disediakan getah paip panjang
lama gak bg dorg mandi 3 jam jugak kami kat situ
sunburn muka memasing



  

seronok dorg mandi
asalkan dapat mandi kolam dah best kan walaupun memasing muka dah masam sbb kena jalan jauh 
kat situ ada jugak gerai makan
kami beli 3 burger sbb anak-anak dah kelaparan
sedap jugak burger RM3.00 makan panas-panas


pas mandi singgah lagi taman rusa
pastu tunggu bas balik 
tak sabar nak sampai kete nak tido.. huhu 

so far, okla. anak-anak enjoy mandi dapat tgk haiwan lagi
cuma memasing kepenatan
 

 


Friday, February 19, 2016

Enjoy Retreat @ Desaru Part 2

Pagi kedua, semangat bangun awal pagi. sbb tido yg awal dan lena. timi begini la peluang nak rehatkan badan.. kuak lentang atas katil.. kat umah si kecik aqil masih lagi tido dgn mamanya. kenala mamanya tido sopan je. pulak tu masih menyusu badan.. ngeeee.... nanti-nanti la slow-slow nak pisahkan susu badan. insyaallah.. mudah-mudahan dipermudahkan. anak laki yg sorg ni keras skit.




veiw dari balkoni
cantiknya...
kalau anak-anak tu dah tak sabar-sabar nak terjun kolam

ni kawan-kawan baik di opis
cawangan HR 
muah korang

bengkel SKT pun bermula
dah tau pun SKT memasing sbb sama je tiap tahun
nak kemas kini kasi cun-cun 


deko-deko kejap untuk program dinner malam tu
best gak main deko-deko
kalau thn lepas kami ada masa nak pk pasal deko
kami banyak DIY je. jimat bajet... sian... 
tahun lepas tema hawaiaan, sampai gambar buah kelapa pun kami print dan gunting utk wat photobooth
kali ni utk tema Glam Rock tak sempat nak prepare apa-apa dari KL
sempat beli baper barang je
mcm biasa, tugas-tugas deko ni kami geng HR yg kena buat
tukang beli barang pulak aku la tu .. haih...

comel pulak deko kat dinding tu kan
macam dinner sekolah la pulak
tapi, cantik jugakkan DIY



bestnya lepak2 kat pantai camni dgn geng2 kesayangan
petangnya ada aktiviti pantai
sukaneka ikut kumpulan pastu main bola tampar



ni aktiviti petang ari pertama
sukaneka lawan antara kumpulan 
 

yg ni first time main bola tampar
sesungguhnya ku tak reti nak menampar bola
malu nak lompat dpn laki-laki 
  doa je jgn la bola tuju kat aku.. kehkeh
angin bayu laut kuat giler
bola pun melayang-layang 

okeh
balik bilik siap-siap utk program dinner pulak
Dinner tema Glam Rock
seriyes taktau nak pakai baju apa
nak beli baju kulit cam tak berbaloi je sbb nak pakai sekali jek
nak sewa lom gaji lagi
sudahnya pakai la apa yang ada
tshirt pakai hubby puye
ada la sytle rock skit pastu ada blink-blink pulak
baju besar tp takpe, kasi pin jek. heheh
 
 

cantik x backdrop DIY ktorg? haha.. walaupun macam budak sekolah puye jamuan tp cantik jugak kan... 


eehhh nampak sama.. tp bukan dia..
YUNA...
bukanla.. kita YUNI... 



wah.. rock tak?
ni rock muslimah la kan..  


menu dinner malam tu





ewahh...

ada persembahan kumpulan malam tu
tema rock tp kena wat persembahan ada yg kena menari kpop, rap, dikir barat dan boria



ni gambar nak balik dah
tu jela kisah kat desaru
enjoy sgt dgn opismate yg best dan sporting