♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, November 13, 2015

Short Vacation "CHERATING"

Citer cuti Deepavali baru ni, awal-awal lagi telah diplan dan dibooking oleh kakak iparku, Kak Miza dari bulan 5 lagi untuk cuti-cuti Cherating. booking dari bulan 5, kejadiannya bulan 11. lamanya 6 bulan tu.. nak dapat harga murah kena la booking awal. gulpp.. time tu terkedu jugak bila dia taye nak join ke tak sbb kami time tu baru balik dari medan indonesia. duit byk abis. ni ada pulak yg ajak berholiday sesama. tp, ok gak sbb leh kami berbajet-bajet. nak sampai bulan 11 tu agak seksa jugak. tup-tup.. la.. dah nak gi dah. cepatnya rasa. hehehe.

Kali ni kami stay di Hotel Legend. Sebelum ni kami biasa di Suria Cherating. kali ni ubah tempat pulak. 

Yg pegi ni 3 family. booking 4 bilik. ada extra 1 bilik. family lain xdapat join. bilik extra tu leh jadik port anak-anak tido. untung dapat bilik ada connecting room. xde masalah la anak-anak nak main pun.

kami gerak dulu kol 10 pagi kami gerak dari gombak. family ateh dan family kak lin gerak lewat. kami nak gerak awal kononnya nak jenjalan cherating. lepak2 kat pantai.

teruknya jalan 
pencemaran bauksit
risau jugak kete putih kami tak pasal-pasal bertukar kaler merah
huhu... nasib tayar je warna merah
kalau ujan teruk gak kan.. 

sampai sana kol 1.30 ptg terus kami carik makan lunch betul-betul kedai makan dpn hotel legend. kami anak beranak makan lauk tengahari RM24.00. berkira-kira jugak tu.. bajet-bajet jugak. heeeeee....

pas makan tak jadik nak jalan kat pantai situ, kami nak try taye bilik dah bole register tak. sbb kalau boleh nak dapatkan connecting room dan berderet 4 bilik. dan dapat pun connecting room dah 4 deret skali. tp kena tukar pulak 2 bilik sbb 1 bilik ada bocor. tp still dekat2. kol 2 dah leh check in. apalagi, syokla. sbb leh mandi kolam lelama. 


gambar blur pulak
bilik di sini biasa-biasa je
tp kolam mmg besar giler

kalau di suria cherating bilik dia best
kolam pulak kecik
camtu la kisahnya.. hehe 

dah memasing tak sabar nak berendam kat kolam
kol 3.30 kami dah ke kolam
nanti ateh dan kak miza datang terus kolam amik kunci bilik

lama kami tak mandi-manda kat kolam 
tak tido hotel
kali ni nak lepak puas-puas 
mandi kolam puas-puas 
sbb anak-anak dah besar
aqil pun dah besar leh mama join mandi lelama



besar kolam dia
seronoknya..


ada playground kat sblh yg berpasir
syok la main buai



lepak kat pantai jap main-main istana pasir 
mandi laut
petang tu kami mandi laut ok je
esok paginya ada yg kena serangan obor-obor
anak sedara dan uminya kena obor-obor
siannya ada line merah-merah
cepat-cepat guard sana curah cuka
dan ada parents lain bagi ubat alergi antibiotik
rupanya sebelum tu ada yg dah kena
tp parents ni bagus mmg standby ubat je

rupanya hubby pun kena obor-obor jugak
balik kl gatal2 bintik2 merah satu kaki 

bahaya betul
next time kena beringat-ingat pasal obor-obor ni





leka dorg main pasir
sambil kutip ketam disebalik cengkerang siput





anak-anak tak baper gemar mandi laut
dorg lagi suka main pasir







hari esoknya kami mandi awal
semangat dorg bangun awal pagi
gi breakfast dulu kat area situ jugak
sbb 2 bilik ada breakfast, 2 bilik lagi takde breakfast

carik kedai makan dekat-dekat situ
alhamdulillah jumpa kedai makan kat situ kat tmn perumahan jugak 
sedap makcik tu jual
nasi minyak dan nasi kerabu
mmg sedapp..


bilik kami tingkat 1
tingkat bawah jela
pintu belakang leh lepak-lepak duduk
depan skit ada kolam
nak ke kolam kami ikut pintu belakang je



seronok tgk anak-anak mandi
dorg happy kami pun happy 

pakai pelampung tangan
aysha dah leh swimming
adik-adik dia ayna dan aqil pun kami pakaikan pelampung tangan
ayna pun dah leh swimming skit-skit
aqil baru pandai imbangkan badan


lama jugak kami berendam
mama pun syok layan mandi sekali
 

nanti sambung lagi citer..

4 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

dok kerja kuantan ni hari2 kena lalu jalan teruk..keta pon jarang basuh sbb kalau basuh selaluw at rugi jek..keekeke..nway, bestlah dpt cuti ramai2 sefamili..anak2 mesti yg paljng seronok kan..^_^

norhidana miswan said...

kt cherating seronok blh mandi2 kt tp pantai n main pasir... klau balik kerteh kebanyakan pantai dh mcm terhakis, nk mandi pun tak di galakkan...

mmg besar n luass kolam renang... seronok tgk bdk2.... puas main kolam renangn main pasir tp pantai lak....

Nafira usof said...

syoknye berendam.. Zura pon dh lama x berendam.
skrg ade baby lagi susah lah nak berendam. tunggu bb besar sket. baru sonok nak berjalan.

balik dr kuantan x kena jem kat karak ke? hehehehe

Nafira usof said...

Selamat Tahun Baru 2016 Ayu~
moga menjadik tahun yang baik untuk kita. Amin~