♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, October 21, 2015

Orchid Fun Run & Ride KLCC

Sempena Hari Sukan Negara aritu, kami sekeluarga dah register untuk join event under PETRONAS ni. selagi boleh bawak anak-anak memang nak angkut jugak semua. yang ni best sbb anak-anak memang boleh bawak sekali berlari. dapat running bib cuma tshirt je tak dapat. tp best sbb dapat medal sekali. anak-anak pun dapat medal juga. 3.7 km tuu.. mmg nak bawak stroller supaya ayna dan aqil leh gilir-gilir naik. sampai ke sudah ayna ikut lari sama dengan mamanya. hehe.


sume bangun awal pagi sebab kol 6.45 pagi kami nak gerak dah
parking jauh kat belah taman sana.. saja balik kang nak singgah taman kasi mandi-manda main playground
tp mmg jauh la dah penat lari nak ke parking pun penat jugak. huhu

anak-anak pun dapat running bib jugak
baju xdapat ada ala-ala hijo pun jadik la 


geng-geng aktiviti cam gini
satu family join



sementara tunggu untuk flag off
sbb event ni fun run & ride jadiknya yg cyclist start dulu
baru turn yang lari


welfie... 


ramainya yang join
risau jugak camne nak lari reramai camni
sebab jalan yg kami akan lalu bukan tutup penuh pun
tutup dua line je kot 
kol 8.15 pagi dah start lari
kena sampai kt ending kol 9.30 pagi
 

excited sume
aqil memula join lari pastu papa tolak dgn stroller


kakak echa dah jauh ke depan dengan sepupu-sepupu dia

ayna dengan mama
jalan banyak, lari sikit.. hehe..
boleh je ayna nak lari tp tak sampai hati 
mama kena lari-lari anak je.. mmg lari dgn anak pun. haha

dia seronok sbb ada sebaya dia
bila tgk budak tu lari, ayna pun nak lari


finally, sampai jugak akhirnya
papa, aqil dan aysha dah sampai dulu
beratur amik bunga orchid, pastu amik goodies bag dan medal
ramai sgt org pastu line satu je himpit-himpit sume


yeay..... his first medal!!!


abis dah


ada aizat 


amboi sume bergambar dengan abang aizat


ada mewarna utk anak-anak tp kami tak join pun
nak upah mandi kat kolam situ. huhu



hoyehhhh...... 



Friday, October 9, 2015

Hypoglycemia

kejapnya dah oktober. dah nak sampai ke hujung tahun dah.

Citer kejadian minggu lepas. Detik yang mencemaskan bagi kami sekeluarga. Tgh on the way nak ke opis. time tu kol 8 pagi. mmg lambat kuar umah time tu. baru sampai sentul, dapat whatsapp dari abang bagitau abah sakit teruk. mintak semua balik. mmg cepat je hubby uturn balik kat traffic light. dah nangis dah dalam kete. abah.. abah.... abah.... aduh.. alhamdulillah tak jem nak balik gombak.

raya haji tu pun abah dah tak sihat. susah nak buang air kecik. kencing tak lawas. dah bawak gi klinik. jadik biler tau abah sakit kuat, mmg tak leh pikir apa dah. 

Dalam 15 minit kami sampai tengok pintu pagar dah bukak besar2. kawan2 abah pun ada. tu kawan2 joging dia. abah kalau sihat mmg dia dan kengkawan akan jalan-jalan pagi-pagi sekali dengan breakfast sekali. tgk kawan abah dah geleng-geleng kata abah dah tak sedar. lagi rasa nak meraung time tu.

terus masuk bilik tgk abah. mata terbukak pandang atas, kuat sangat nafas abah. tercungap-cungap. macam.... tgh nazak (tak suka sebut camni tau). mak baca yassin. sebab takleh baca yassin, baring sebelah abah je, peluk dia ajar dia mengucap. sedih sgt tau time tu.

asyik berwhatsapp je dengan kakak dan abang yang lain.  update status abah. dorg jauh, so kiter yang dekat ni dapatla bersama abah saat-saat cemas camtu.

abang dah kol ambulans tp ambulan lambat dtg. rupanya sesat sampai simpang mana ntah. sejam gak baru ambulans sampai. peluk abah, cakap suh dia kuat, sbb ambulans nak dtg. nanti kami anak-anak abah gi hospital. time tu abang dan adik pun ada. sebak sgt time tu haih... tak leh lupa..

kol 9 pagi baru ambulans datang. misi 2 orang terus cek abah. pastu inject abah.

tgk abah gerakkan kepala dia ke kanan.

lega..

abah kena hypo. kurang gula dalam badan. mak dah agak abah kena hypo tp kami tak berani amik risiko.

terus ambulans bawak abah ke hospital.

lega skit hati tgk abah dah baik dr hypo. badan dia lemah sangat. bahaya tau hypo ni. kalau lambat leh sampai koma.
.

 bawak abah ke hospital
ramai jiran-jiran abah datang tgk
alang naik ambulan temankan abah

di hospital
abah lama kat wad emergency sbb wad penuh
dah tukar ke wad biasa, senang skit nak tgk abah
 abah nampak makin stabil
cuma gula kejap turun kejap naik
bp abah pun kejap ok kejap tinggi

abah mmg darah tinggi, sekarang baru tahu abah pun ada kencing manis

alhamdulillah, time camni kami adik beradik dapat berkumpul bersama-sama
memasing berebut nak jaga abah
yg anak lelaki berjaga malam
yg anak pompuan jaga time siang
 syukur sbb kami sgt rapat

saudara mara pun datang tgk abah
mmg sgt hargainya
time tu baru tau camne perasaan kita yg ahli keluarga kalau ada yg sakit 
rasa happy je tgk ada yg datang melawat
sekurang-kurangnya yang sakit cepat sembuh tgk orang lawat dia
 tak dapat datang melawat pun, tanya khabar pun dah ok
ni tanya pun tak... yela bukan ahli keluarga dorg pun
asyik sibuk je citer hal lain (sentap lak tetiba)


selfie berdua dgn abah kat sepital
jarang bergambar berdua dgn abah
mungkin sbb abah nampak garang tp sebenarnya tak pun 

5 hari abah kat hospital
dia dah tak sabar-sabar nak kuar dah
 pasni mmg kami kena lebih alert lagi pasal kesihatan abah dan mak
risau sgt terjadi lagi.. harap takla
dan mungkin lain kali lebih bersedia sbb ada pengalaman kan...
dah tau la pasni nak wat apa

kakak ipar pun siap bagi alat cek gula dalam darah tu.. huhu...

sekarang kat umah pun abah banyak tido je
tp lega skit la sbb nampak dah sihat

semoga abah dan mak sihat sentiasa
begitu jua dengan abah dan mak mertua ku
dan keluargaku
dan
semua-semua yg baca blog syok sendiri ku ini..
hehehe



copy paste dari internet.

Apakah itu hipoglisemia?

Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.
Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).
Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea. Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut.

Apakah tanda-tandanya?
  1. Jantung rasa berdebar-debar
  2. Kepenatan
  3. Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  4. Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
  5. Berpeluh
  6. Rasa menggigil
  7. Sakit kepala
  8. Kulit menjadi pucat dan sejuk
  9. Pertuturan menjadi tidak jelas
  10. Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan
Jika anda menunjukkan mana-mana tanda yang disebut di atas, sila periksa aras gula dalam darah anda menggunakan mesin glukometer.
Jika anda sering mengalami kejadian hipoglisemia, anda perlu merujuk kepada doktor anda untuk mengubah dos ubatan anda
Mengapa hipoglisemia terjadi?
Ada banyak sebab hipoglisemia boleh terjadi. Untuk memahami bagaimana hipoglisemia terjadi, kita perlu memahami bagaimana badan kita mengawal kadar gula dalam badan. Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga untuk berfungsi dengan baik. Dalam badan individu yang normal, badan kita menguraikan gula daripada makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula ini akan diserap ke dalam darah selepas makanan dicernakan.
Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi. Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang berkerja.
Apabila kita berpuasa atau tidak makan dalam jangka masa yang lama, aras gula dalam darah menurun. Apabila aras gula menurun – kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot. Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum.
Dalam individu menghidap kencing manis, ini tidak berlaku. Kelenjar pakreas mereka kurang merembeskan hormon insulin – menyebabkan aras gula meninggi secara tidak terkawal. Akibat kencing manis juga, sel badan mereka menjadi kebal terhadap hormon insulin menyebabkan sel badan tidak dapat menggunakan gula dalam darah apabila ia memerlukannya.
Atas sebab ini, pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Jika kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan kejadian hipoglisemia.
Bagi individu yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, mengalami kegagalan buah pinggang, apabila menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin secara tidak sengaja, tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa dan sebagainya.

Bagaimana mengelakkan hipoglisemia dari terjadi?
Kita boleh mengelakkan hipoglisemia dari terjadi dengan memantau dan mencatat aras gula harian kita dengan mesin glukometer. Rekod ini dipanggil sebagai SMBG (Self Monitoring Blood Glucose). Catatan aras gula ini perlu disimpan dan di tunjukkan kepada pihak dotor apabila pesakit mendapatkan rawatan susulan.
Dengan rekod aras gula dalam darah harian, doktor mampu menetapkan dos ubat kencing manis yang betul untuk mereka. Dos ubatan kencing manis tidak sama untuk semua individu. Malah, dos ubatan kencing manis untuk seorang pesakit berubah mengikut masa, keadaan buah pinggang dan tahap umur pesakit itu. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan yang kerap secara tetap supaya dos ubatan dapat disesuaikan dengan aras gula dalam badan.
Seorang pesakit kencing manis dengan nasihat dan bimbingan profesional perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet mampu untuk mengawal aras gula mereka sendiri.
Perkara yang perlu dilakukan jika hipoglisemia terjadi
Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas. Gula glukos yang boleh digunakan antaranya:

  1. Tablet glukos
  2. Pil atau gel gula
  3. 2 sudu kismis/ sebiji kurma
  4. 1/2 cawan jus
  5. 1 sudu gula atau madu
  6. Gula-gula kecil berbentuk keras seperti jellybeans atau coklat
  7.