♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, September 21, 2015

Kembara Bukit Broga!!

Assalamualaikum.. ehh.. makin jarang pulak update sini kan. takde benda nak citer.. mmg senyap jela. xtau nak merapu apa. byk keje kat opis pun ada gak.

Okla.

Nak citer projek we oll weekend lepas. Projek mendaki uolls. hebatnya rasa. hahaha.

Suka dgn aktiviti camni yg mencabar fizikal dan mental. tp atas sebab anak-anak masih kecik, kena la hadkan aktiviti outdoor camni. asyik layan basikal je kt umah. sesekali mendaki banyak kalori terbakar tu.  ada korg kisah.. hahaha.

Ala.. Bukit Broga je pun. Bukan Gunung Jerai ke Gunung Kinabalu ke. takat Bukit Broga je pun, petik jari jela. ok..ok.. tu bukan kiter yg cakap. tu org lain yg cakap. kiter dah neves tak hingat dah tau. camne la hai.

Aktiviti ni di bawah kelab jabatan. masa mula-mula tgk emel, cam best je nak join ni. tapi ari sabtu ahad cam berat hati lak. yela nak tinggalkan anak-anak. patutnya time tu time bersama anak-anak. tp hati ni nak sgt join. tanya hubby, dia kata sukati la. ajak hubby sekali, terus dia kata ok. ehh nak ikut rupanya.. huhu.. anak camne? sbb dalam kol 6 pagi dah kena ada sana. mintak tolong family hubby jagakan jap. sbb ikut time, tengahari dah setel.

Kol 5 pagi, kami dah sampai umah family hubby. echa awal-awal dah antar umah tok wan dia. mmg ingat nak bawak echa tp atas faktor jerebu, tak jadik la bawak dia. ayna tido lagi cuma si kecik aqil je nangis sampai sedu-sedu dia. tau mama papa dia tipu cakap nak gi work konon padahal pakai baju biasa je. sedih la pulak..

ikutkan plan, seawal jam 6.30 pagi nak mula mendaki, tp van jabatan gerak dari opis kol 6.30 pagi. driver lambat bangun.. huhuhu.. kami kol 6 pagi dah sampai broga tau. takut sgt tertinggal. solat subuh kat sana. dalam kabin je kena gilir-gilir sebab kecik. lama la kami menunggu kat situ. kol 6 pagi pun parking dah start penuh. ramainya orang time tu. sume pakat-pakat nak tgk matahari terbit. tp, dah jerebu nampak ke matahari ekk.. huhu..

parking rm2. toilet pun rm2. mahal.. 

kami lepak-lepak kat kerusi kosong kat situ. tgk yg datang ramai-ramai dah start naik. rasa cam nak join je dorg. tp dah kata ikut geng legasi, tunggu la yg lain. tak geng la kalau kami naik dulu.

 
sambil menunggu.. sambil selfie laki bini.. heheh


dari gelap ke terang
ambil gambar lagi



hubby dah bersemangat nak mendaki 
dalam masa yg sama jadi malim gunung saya.. hehe


kol 7.00 pagi baru semua sampai

start dengan taklimat dulu
buat stretching
baca doa

yg uruskan pun ni otai-otai yg dah biasa hiking ni 
sabar je melayan kami para gadis dan mama-mama yang hot ni


sebelum mula daki mesti nak kena gambar ramai-ramai 
memasing muka bersemangat


kol 7.45 pagi kami start mendaki



tak sampai beberapa minit dah ada gerai kat atas tu untuk isi perut
tapi kami tak berhenti pun


pendakian mula-mula ok lagi
mencabar skit bila di kawasan berbukit
jalan sempit dan bertembung dgn pendaki yang nak turun



depan jem
sempat selfie lagi


laluan sempit untuk jalan nak turun dan jalan naik


jadi susah sbb kawasan tanah yg kering dan batu-batu 

dalam 40 minit kami sampai ke 1st viewing point
baru 1st viewing point dah mengah-mengah semput 
byk kali stop kat tepi sbb nak rehat tarik nafas.. phewwww....

ada lagi 2 viewing point


best friend / opismate yg sekepala


posing dulu


me & hubby 
1st viewing point
880 kaki atas paras laut


lagi nak sampai ke puncak semakin kami berkobar-kobar
rehat sebelum mula sambung mendaki


pandangan yang berjerebu


hoyeh... 2nd viewing point
rehat dulu
posing lagi..



 me & hubby 
2nd viewing point
1150 kaki atas paras laut
kami teruskan nak sampai ke puncak
kali ni laluan makin senang




tu dia... hubby bersemangat je.. hehehe

alhamdulillah..
kol 9.30 kami berjaya sampai ke puncak Bukit Broga..... yeayyy... (bangga)


amik gambar lagi
faktor jerebu takde nampak apa-apa








tahniah hubbyku!





adoi... layan gedik-gedik jap
tak cukup sorg (last minute tak dapat join)
kalau tak dah leh wat gambar carta organisasi cawangan kat opis dah ni


nak jugak tu.. huhu... 

bagus gak cik abang ni ikut
bini penat giler sampai tak larat nak bangun dia dah tau la kenapa
leh balik umah kiter bantai tido je (memang pun.. huhu)
dia rileks je
jaga anak-anak

quality time
mmg kami sgt perlukan aktiviti begini  
ada time kiter perlukan masa berdua begini
kalau ada anak-anak, nak kena layan anak-anak
sesekali begini, rasa cinta dan sayang makin utuh.. insyallah.


untung ada cik abang ni
siap bawak gam kasut sbb kasut bini mmg dah tercabut kat tapak
tak sempat nak beli baru (xde bajet sebenarnya)

dia la tukang bawak beg, bawak makanan, botol mineral,
tukang amik gambar
tukang pegang tangan, ampung badan...
time nak mendaki, boleh badan ni rasa berat sgt nak ke depan
kiter ada masalah tekanan darah rendah, mungkin sbb asyik tgk bawah, rasa pitam


gambar ramai-ramai sebelum turun  
kol 10 pagi dah start turun

turun lagi mencabar 
kaki kena tahan dari tergelincir sbb tanah kering 
tak henti-hanti lutut ni vibrate
terketar-ketar turun

turun bawah rasa ringan je badan
mungkin byk kalori terbakar kot.

next time nak gi sini lagi
bwk family lain sampai 1st viewing point pun dah cukup

mungkin kalau kelab jabatan nak buat aktiviti camni lagi nak ikut
takat bukit-bukit dekat-dekat leh la join



kol 11 dah sampai bawah
lengang dah kawasan parking



memori yg sgt indah
akhirnya berjaya cabar diri untuk mendaki
rasa seronok pulak
insyallah mmg nak join lagi aktiviti camni

next... penuh dgn aktiviti larian pulak

:)





4 comments:

Mira Adzlia said...

tahniah kak ayuni..bjaya mendaki...best!! tp xdpt nk join

Ayu Ayunie said...

Mira, mula mmg taknak join jugak tp jd semangat bila kengkawan nak join.
kalau mira n the geng ada sure lagi best.

Mama Miraki said...

Pergh...kalau cik nab rasa smaai kat gerai pertama je kot mendaki....hahaha

Ayu Ayunie said...

cik nab @ mama miraki : sampai kat gerai makan tu ok gak tu. ada daki sikit2 gak. huhu