♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, September 4, 2015

Anak-Anak kena HFMD

Hai September!

Cepatnya dah bulan 9.

Syoknya korg gi jenjalan makan angin, minum air, hehe.. mandi kolam.

Kita cuti 3 hari plus 1 ari cuti rehat dok umah je tau. anak-anak tak sihat.


Bila anak tidak sihat, memang sgt risau. Hati pun tak tenang. Mula-mula ayna ngadu mulut dia sakit. bila tgh makan minum dia kata mulut sakit. pastu badan panas sikit. time tu tgk kat mulut dia takde apa pun. Soknya tgh main-main dia mengadu mulut dia sakit lagi. cek tgk dah ada bintik2 merah kat mulut dia. la... ulser rupanya. sian dia patutla sakit. tgk jugak kat tangan dan kaki takde apa. time tu taknak pikir lagi sakit lain. cuma harap ulser biasa je.

soknya balik umah, tgk kat tapak tangan dah ada bintik-bintik merah. kat tapak kaki pun ada sikit. terus kami bawak gi hospital selayang. takmo gi klinik biasa kami gi tu. nanti ubat apa ntah dia bag.

balik keje jumaat tu kami terus bawak ayna ke hospital selayang. siap bawak baju spare lagi kot2 la kena tahan wad. puyela risau.

sampai je hospital, kena saringan dulu.. cakap kat nurse anak kena hfmd... dia taye jangkit ngan saper.. dok ngan saper... cek tapak tangan.. ok.. mmg nampak tanda HFMD.

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
(sumber Kem. Kesihatan) 

tak lama pun kami check sbb terus gi fast track room. mungkin sbb taknak berjangkit dgn org lain so kami dapat jumpa doktor cepat.

sejam dah setel. doktor bagi ubat je. kata takyah risau sbb macam chicken pox penyakit ni mudah berjangkit. fuh... lega...

dapat ubat demam untuk redakan pening kepala atau demam, ubat gel sapu kat mulut yg ada ulser tu dan lotion calamine untuk badan.

ayna kalau demam ke sakit dia akan diam je. tak merengek sgt. kalau kakak dia echa mmg merengek je. echa takkena jangkit. harap dijauhkan la dia dari berjangkit.

biler ayna dah makin baik, jangkit pulak kat adik dia, aqil. lagi la haru jadinya sbb aqil kena ulser kat lidah. mmg dia takleh makan minum langsung. ada selera nak makan, tp masuk mulut je nangis sakit... sob..sob.... sian anak-anak mama.

mama pun dah macam zombie. takleh tido.. huhu

malam tadi, alhamdulillah. dah makin sihat. dah leh makan, nak main sama-sama. kecoh umah dorg main. dah sepahnya mak aiiii... takpe sok cuti leh kasi kemas satu umah. asalkan anak-anak sihat, mama dah happy.


anak-anak mama. bila dah sihat mula la nak makan itu ini.
sayang sgt ni!!


5 comments:

beat said...

anak saya smpai xmau ckp

LZ - The Blog Owner said...

Salam Ayu Ayunie,

Perkara paling risau seorg ibu bila anak sakit, kita jadi susah hati, serba-serbi tak kena..

Semoga anak-anak Ayu Ayunie sihat sepenuhnya.. Take care..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

alahaii.siannya 3 beradik tu//huhu..mmg sedih kalau kna hfmd sbb ulser kan..esp kalau kat mulut kesian sbb diaorang tkleh minum susu n makan..hukhuk

Bunda_nora said...

As Salam...

alahai kasiannya...macam tu selalunya kalau anak2 kecil sakit....kita mak ayah ni jadi tak keruan...Alhamdulillah kini dah sehat...

Dalam ukhuwah dari BUNDA..

rubiah kadir said...

Macam penyakit tgn kaki dan mulut..abih melepuh kt 3 bahagian tu. Mmg kut udara pun senang kena jugak..

Semoga cpt sembuh ya