♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, September 28, 2015

Omega Nestle World Heart Day 2015

Kejadian semalam semasa jerebu teruk.

Walaupun jerebu sgt teruk tp tak tunda, maka kami pun join. dah bayar, lama tunggu 27 sept 2015 tau nak join aktiviti ni.

Penganjur dah bgtau awal-awal ni option kpd semua terpulang sama ada nak join atau tak. walaupun jerebu, tp tetap ramai yg dtg. meriah sgt.

Larian di dbkl yg kami nak join patutnya 2 minggu lepas pun postponed. huhu.

Nak bawak anak-anak sbb jalan kaki je, tp sbb cuaca jerebu teruk sgt, tak jadik bawak.

jalan kaki tapi kami berlari sbb nak cepat sampai nak amik goodies bag. hehehe...

layan gambar jela..







senam robik dan zumba sampai tercungap-cungap tahap nafas
best sgt zumba!





pandangan yg kabur



ada beberapa halangan
lompat tayar, balancing board.. senang je pun. kehkeh


serbu YB KJ...


Tahniah dapat ke UK

Berkat kegigihan dan usaha yang bersungguh-sungguh, dapat juga anak sedaraku menjejakkan kaki ke tanah United Kingdom. Tahniah abang Zainal dapat belajar engineering di University of Manchester. Dapat tajaan JPA. mmg bukan perkara mudah. Kami semua bangga sangat.

Tak dapat antar sampai UK. kami antar sampai airport je.

Flight pun last minute dapat tau dan kebetulan sume cuti Hari Malaysia. ramai-ramai kami lepak di airport sampai la abang zainal dah boarding kol 10 malam. kol 11.30 malam camtu dah berlepas. huhuhu... mmg sedih sbb tak dapat jumpa 4 tahun tu. insyallah ada rezeki, dapatla abang zainal balik kalau cuti. nak ke sana pun telan air liur tgk tambang kapal terbang mahal bebenar. hehe.


aqil dan abang sepupu
kalau 4 tahun baru balik tu, aqil dah sekolah tadika

nak jadikkan idola la
moga aqil dapat jadik cam abang tau  


gambar bersama mama tercinta
bawah tu dgn atok dan wan
belah kanan tu dgn pakcik2 sedara yang sado.. huhu


sakit rahang abang zainal asyik senyum sengih je
ramai betul peminat nak bergambar









time nak masuk gate boarding
dah macam cikgu salam anak-anak murid dah ni.. hehe

moga jadi inspirasi buat adik-adik sepupu yang lain



terujanya tgk
haihhh.... dapat tgk gambar pun jadik la.

skrg jauh terasa dekat dgn ada whasapp dll...

 moga dia berjaya mencapai cita-cita dan berjasa kepada family.

love u..

 :)



Monday, September 21, 2015

Kembara Bukit Broga!!

Assalamualaikum.. ehh.. makin jarang pulak update sini kan. takde benda nak citer.. mmg senyap jela. xtau nak merapu apa. byk keje kat opis pun ada gak.

Okla.

Nak citer projek we oll weekend lepas. Projek mendaki uolls. hebatnya rasa. hahaha.

Suka dgn aktiviti camni yg mencabar fizikal dan mental. tp atas sebab anak-anak masih kecik, kena la hadkan aktiviti outdoor camni. asyik layan basikal je kt umah. sesekali mendaki banyak kalori terbakar tu.  ada korg kisah.. hahaha.

Ala.. Bukit Broga je pun. Bukan Gunung Jerai ke Gunung Kinabalu ke. takat Bukit Broga je pun, petik jari jela. ok..ok.. tu bukan kiter yg cakap. tu org lain yg cakap. kiter dah neves tak hingat dah tau. camne la hai.

Aktiviti ni di bawah kelab jabatan. masa mula-mula tgk emel, cam best je nak join ni. tapi ari sabtu ahad cam berat hati lak. yela nak tinggalkan anak-anak. patutnya time tu time bersama anak-anak. tp hati ni nak sgt join. tanya hubby, dia kata sukati la. ajak hubby sekali, terus dia kata ok. ehh nak ikut rupanya.. huhu.. anak camne? sbb dalam kol 6 pagi dah kena ada sana. mintak tolong family hubby jagakan jap. sbb ikut time, tengahari dah setel.

Kol 5 pagi, kami dah sampai umah family hubby. echa awal-awal dah antar umah tok wan dia. mmg ingat nak bawak echa tp atas faktor jerebu, tak jadik la bawak dia. ayna tido lagi cuma si kecik aqil je nangis sampai sedu-sedu dia. tau mama papa dia tipu cakap nak gi work konon padahal pakai baju biasa je. sedih la pulak..

ikutkan plan, seawal jam 6.30 pagi nak mula mendaki, tp van jabatan gerak dari opis kol 6.30 pagi. driver lambat bangun.. huhuhu.. kami kol 6 pagi dah sampai broga tau. takut sgt tertinggal. solat subuh kat sana. dalam kabin je kena gilir-gilir sebab kecik. lama la kami menunggu kat situ. kol 6 pagi pun parking dah start penuh. ramainya orang time tu. sume pakat-pakat nak tgk matahari terbit. tp, dah jerebu nampak ke matahari ekk.. huhu..

parking rm2. toilet pun rm2. mahal.. 

kami lepak-lepak kat kerusi kosong kat situ. tgk yg datang ramai-ramai dah start naik. rasa cam nak join je dorg. tp dah kata ikut geng legasi, tunggu la yg lain. tak geng la kalau kami naik dulu.

 
sambil menunggu.. sambil selfie laki bini.. heheh


dari gelap ke terang
ambil gambar lagi



hubby dah bersemangat nak mendaki 
dalam masa yg sama jadi malim gunung saya.. hehe


kol 7.00 pagi baru semua sampai

start dengan taklimat dulu
buat stretching
baca doa

yg uruskan pun ni otai-otai yg dah biasa hiking ni 
sabar je melayan kami para gadis dan mama-mama yang hot ni


sebelum mula daki mesti nak kena gambar ramai-ramai 
memasing muka bersemangat


kol 7.45 pagi kami start mendaki



tak sampai beberapa minit dah ada gerai kat atas tu untuk isi perut
tapi kami tak berhenti pun


pendakian mula-mula ok lagi
mencabar skit bila di kawasan berbukit
jalan sempit dan bertembung dgn pendaki yang nak turun



depan jem
sempat selfie lagi


laluan sempit untuk jalan nak turun dan jalan naik


jadi susah sbb kawasan tanah yg kering dan batu-batu 

dalam 40 minit kami sampai ke 1st viewing point
baru 1st viewing point dah mengah-mengah semput 
byk kali stop kat tepi sbb nak rehat tarik nafas.. phewwww....

ada lagi 2 viewing point


best friend / opismate yg sekepala


posing dulu


me & hubby 
1st viewing point
880 kaki atas paras laut


lagi nak sampai ke puncak semakin kami berkobar-kobar
rehat sebelum mula sambung mendaki


pandangan yang berjerebu


hoyeh... 2nd viewing point
rehat dulu
posing lagi..



 me & hubby 
2nd viewing point
1150 kaki atas paras laut
kami teruskan nak sampai ke puncak
kali ni laluan makin senang




tu dia... hubby bersemangat je.. hehehe

alhamdulillah..
kol 9.30 kami berjaya sampai ke puncak Bukit Broga..... yeayyy... (bangga)


amik gambar lagi
faktor jerebu takde nampak apa-apa








tahniah hubbyku!





adoi... layan gedik-gedik jap
tak cukup sorg (last minute tak dapat join)
kalau tak dah leh wat gambar carta organisasi cawangan kat opis dah ni


nak jugak tu.. huhu... 

bagus gak cik abang ni ikut
bini penat giler sampai tak larat nak bangun dia dah tau la kenapa
leh balik umah kiter bantai tido je (memang pun.. huhu)
dia rileks je
jaga anak-anak

quality time
mmg kami sgt perlukan aktiviti begini  
ada time kiter perlukan masa berdua begini
kalau ada anak-anak, nak kena layan anak-anak
sesekali begini, rasa cinta dan sayang makin utuh.. insyallah.


untung ada cik abang ni
siap bawak gam kasut sbb kasut bini mmg dah tercabut kat tapak
tak sempat nak beli baru (xde bajet sebenarnya)

dia la tukang bawak beg, bawak makanan, botol mineral,
tukang amik gambar
tukang pegang tangan, ampung badan...
time nak mendaki, boleh badan ni rasa berat sgt nak ke depan
kiter ada masalah tekanan darah rendah, mungkin sbb asyik tgk bawah, rasa pitam


gambar ramai-ramai sebelum turun  
kol 10 pagi dah start turun

turun lagi mencabar 
kaki kena tahan dari tergelincir sbb tanah kering 
tak henti-hanti lutut ni vibrate
terketar-ketar turun

turun bawah rasa ringan je badan
mungkin byk kalori terbakar kot.

next time nak gi sini lagi
bwk family lain sampai 1st viewing point pun dah cukup

mungkin kalau kelab jabatan nak buat aktiviti camni lagi nak ikut
takat bukit-bukit dekat-dekat leh la join



kol 11 dah sampai bawah
lengang dah kawasan parking



memori yg sgt indah
akhirnya berjaya cabar diri untuk mendaki
rasa seronok pulak
insyallah mmg nak join lagi aktiviti camni

next... penuh dgn aktiviti larian pulak

:)