♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, July 3, 2015

Kek Birthday dan Birthday Celebration Aqil dan Ayna

29 Jun my boy genap 2 tahun. kejap je dah besar kan. masih lagi menyusu badan dan sangat la manja. suka buli kakak-kakak dia. asyik nak kena dengar cakap dia je tau. mmg geram. cepat je mama nak jadik raksasa dengan ini budak. 

Birthday aqil ari isnin. bulan pose kan. tiup-tiup lilin time berbuka pose jela. birthday ayna bulan 3 pun takde tiup lilin. kita buat sekali la kiranya. kek taktau nak beli ke atau nak buat sendiri. buat sendiri cam syok gak. cam best je. kek birthday kakak echa thn lepas pun buat sendiri. apa kata kita try buat sendiri je. suka la dorg sbb leh tlg kat dapur. kitchen activity with kids. hehe.

taknak kek coklat sbb dah buka pose makan byk perut penuh cpt muak. sbb ayna dan aqil suka benar ngan krim, kiter pun decide nak buat kek butter pastu letak krim keliling. memula pk cam hebat je nak wat kek rainbow, nasib baik xjadi buat kek rainbow. sbb bakar 2 kek je dah penat dan amik masa lama. huhu. yela kita xpandai sgt berbaking ni. resipi pun amik dari kak Azie Kitchen.



sume pakat nak tolong
pegang sudu, pegang gula la.


berdebar tunggu kek tu naik
tp best dia naik gebu je
suka..suka..suka.. 
kejap-kejap tgk takut hangus. haha


part sapu krim atas tu serah kat hubby
kiter dah try buat tp tak jadi rata,  kiter buat pacak-pacak kengkonon padang rumput la. haha
skali hubby tgk kek yg kiter deco, terus amik spatula sapu rata krim tu dan jadik rata macam pro gitu
dia kata teknik dia macam sapu simen (yela, dulu penah keje kontrak, bancuh2 simen.. kihkih)
dah rata elok tu dia tambah krim lagi nak wat ada style gelombang sikit. ikut la malas nak pk. pk nak tido je. 
 

main letak apa yg ada je kat freeze
ada anggur pun jadik
ada balance krim, hubby buat tulisan atas tu
hoyehhhh... lawanya. xsangka weoll berjaya buat kek yg cantik



tadaa.... sukanya tgk
dah boleh terima tempahan kek tak ni yer? haha.

boleh la utk makan-makan sendiri
rasa pun sbb betul-betul ikut resipi 


Kek Butter
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
250g pure butter - saya guna jenama Anchor
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

Krim Mentega

Oleh: Azie Kitchen



Bahan bahan:

150gm mentega

350gm krimwell

180gm sirap gula/susu krimer pekat manis

3 sudu besar gula aising



Cara cara:

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.

Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 


  

happy dorg tgk kek birthday dorg
lebih bermakna kek buat sendiri
satu kepuasan


ok. dua-dua tiup lilin
cayang anak-anak mama ni

2 comments:

norhidana miswan said...

special betul sbb buat sendiri....

Sweetmama said...

wah mmg lawa..
puashati bila dpt buat sendiri kan..

happy belated bday Aqil.