♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, June 8, 2015

Short Trip Ke Cameron Highlands 2015 (30 Mei - 1 Jun) - Part 2

Lambatnya nak abiskan citer cameron ni. mood cuti-cuti masih ada lagi. kejap rasanya cuti jenjalan ngan family. minggu ni last cuti sekolah. kan best kalau masih lagi cuti menginap di hotel ataupun time ni tgh mandi-manda di swimming pool. huhuhu.

ok. ni citer hari kedua kami kat sini. arini cadangnya nak gi jalan-jalan 3 atau 4 tempat. nak gi amik gambar ngan bunga-bunga. nak gi amik gambar ngan pokok teh, stroberi kononnya. sbb byk tmpt nak pegi, cakap kat sume pagi-pagi kena kuar. kol 8 pagi dah kena kuar.. 8 pagi tau.. 

hmmm... tp yg jadik.. kol 8 pagi baru memasing mandi, kol 10 lebih baru kuar. eeehh.. kitorg anak-beranak dah lama siap. mmg apa-apa kena siapkan bebudak dulu. suka biler siap dulu leh amik gambar kat luar dulu, rileks-rileks. pastu dorg tgk ktorg anak-beranak dah siap cantik-cantik, mula la dorg kelam kabut. huahuahua..

pagi tu sarapan dibuat oleh kami chef ayu dan chef wan. nasi goreng, nugget dan sosej.


agenda pertama kononnya nak gi Lavender Garden. ni kakak dan adik ipar yg nak pegi. xpenah sampai sini lagi. taktau jalan mana. waze tak dapat-dapat. jem giler time tu.  hubby terus drive arah ke ladang teh sg palas. ni mmg xde dalam agenda tempat nak pegi. sbb dah penah pegi, tak kuasa nak layan jalan-jalan yg sempit. pastu nak jalan naik bukit sampat atas. xsanggup!! tp dah driver yg hala ke sana. layan jela.

wah bestnya dapat parking kete sampai atas. rupanya cakap je ngan jaga lalu lintas kat situ nak naik atas sbb ada bawak warga emas. mmg mil tak larat nak jalan pun. dapatla kami parking sampai atas. yehhaa...

masuk kilang proses teh, amik gambar dgn pokok teh, dah tu jela.


ayna yg dah pandai posing skrg
 

anak-anak malaysia

pastu kami terus ke Lavender Garden. ni mmg first time pegi sini. pusing-pusing baru dapat parking. masuk kena bayar. rm6.00 dewasa. kanak-kanak rm4.00. dlm pun nak petik bunga ke stroberi pun kena bayar lagi. sume kena bayar la. hehehe.



lavender..

 



 utk yg honeymoon mmg sesuai gi sini
kami laki bini pun feeling honeymoon gak ler
 

kunci-kunci cinta
 


bunga-bunga boleh petik
1 batang RM2.00
6 batang RM10.00

petik 3 batang untuk budak-budak

belum sempat sampai homestay dah patah-patah bunga tu



kakak dan adik



papa tgh layan anak nak bunga mana nak petik
mama tak kuasa dah nak jalan
penat kejar si kecik nak masuk dalam kolam ikan kat situ. huhuhu.

ada cafe kat situ.
beli muffin dan lepak minum. syok layan sejuk-sejuk view cantik.

cepatla balik. perut dah lapar. time tu dah kol 1 petang.

ingatkan nak bawak budak-budak gi taman rama-rama. mesti seronok dorg tgk rama-rama besar terbang. time last gi sini ayna baby lagi. sebelum tu nak makan dulu. tp jalan nak ke brinchang puyela jem, x jadik kami nak patah balik.

malam pun tak ke mana-mana sbb hujan. dah siap-siap nak pegi pasar ke jalan-jalana kat tanah rata. sekali hujan.  sementara tu layan movie ghost rider. sampai ke sudah hujan tak berhenti. terus bentang toto. tido la. hubby dan adik-adik dia je kuar.

esok paginya, mil masak breakfast nasi lemak. nak kuar awal pagi. nak gi kea farm. beli-belah sebelum balik kl. pagi-pagi pun kol 9 lebih gak kami kuar. haha. sana kol 6.30 pagi dah cerah mentari.




makan je kami kat sini. kalau lama-lama mmg mengembang memasing. kejap-kejap makan. maggi la, roti la. hehehe. seronok sbb ramai-ramai pegi.

kol 12.30 tgh kami terus check out. terus balik kl. takde menyinggah pun mana-mana.

tu jela kisah cuti kami di cameron highlands. kejap je rasa tau. mmg tak puas.






2 comments:

norhidana miswan said...

syoknyer duk homestay ngn family kt CH.... paling syok tang yg blh msk...sedap2 lak tuh...

gi CH kalu time cuti mmg kene banyak bersabo sana sini jem kan...
tp seronoknyer sejuk je kt sana... rasa mcm indah sgt2 walaupun dpt tgk kaktus hehehe... itu yg syok jln2 sana... pastu rasa nk mkn je sbb sejuk kan cpt lapo

adianiez AIDA said...

wow best gi ch.
dua2 tempat aida da gi.
sg palas & lavender garden.
memang best sg palas tu.
hijau saujana mata memandang, kan?