♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, June 3, 2015

Short Trip Ke Cameron Highlands 2015 (30 Mei - 1 Jun)

Settle jalan-jalan cuti sekolah dengan awalnya. Awal cuti sekolah start dah gi berjalan-jalan makan angin. kalau nak cuti sekolah je mmg kalut nak cari tempat nak jalan-jalan. ke bukan cuti sekolah jugak pun nak jenjalan jugak? huhu. saja nak menyibuk nak gak tambahkan kesesakan di jalan raya. baru la feel cuti sekolah (ayat sedapkan hati).

sebenarnya kami takde plan pun nak jenjalan jauh-jauh. bajet tak byk sbb byk abis ke indonesia bulan 4 lepas. nak kena kumpul duit lagi. nanti nak raya. gaji lambat... uwaaa..

mak hubby ajak jalan-jalan cameron highlands. kebetulan adik ipar cuti study seminggu. sume takde hal apa, mmg elok la kan berfamily day kat sana.

cam biasa, bab booking membooking mmg serah kat cheq. 

nak tido kat homestay yg penah kami stay dulu tahun 2011. kol balik owner yg kami penah stay dulu, tp dah full. puas la google carik sana sini. hati mmg nak sgt umah kami sewa dulu sampai tgk umah lain pun cam tak best je. hahahaha.. risau la tak menepati piawaian kami sefamily. kalau ramai-ramai suka tido homestay sbb leh masak. yg penting muslim puye.

rezeki kami..... dua minggu sblm pegi, dapat jugak homestay yg kami penah sewa dulu. ada customer kansel booking. kali ni terus direct owner. nanti kiter share no hp owner kat sini. 

yeayyyyyyy... terus hati berbunga-bunga. tak sabo nak pegi.

kami pegi 2 kete tp tak dapat konvoi sbb 1 kete lagi ipar-ipar gi lewat skit. so kami gerak dulu. 

kepala tetap pening jalan pusing-pusing dengan si kecik tak reti dok diam. berhenti kat air terjun lata iskandar. ingat nak amik gambar pastu bagi kaki main air je. dah memasing nak berendam pulak.



sebelum memasing basahkan diri dalam air 
ayna siap lipat suar dia konon
lastnya basah sume.. huhu

dah tak leh lelama kat situ
dah kol 1 lebih
nak berhenti lagi kat cameron valley bharat
tempat wajib berhenti
minum teh tarik panas-panas
tp, xlalu sgt sbb perut masuk angin sbb laparrrrrrrrrr
kepala pening.......

kol 2 petang leh check in dah
mmg ngam2 kol 2 ptg kami masuk umah
kali kedua pegi sini so dah tau kat mana


kami menginap di sini
Desa Athurium Apartment

tengah-tengah antara tanah rata ke brinchang
kalau dari tanah rata terus je sampai belah kanan nampak tangki air besar ada signboard apartment kat situ

view kat sini cantik


dekorasi dalam umah
cantikkan
suka sgt dapat stay sini lagi

rumah ni complete
takyah bawak toto, tilam, bantal puyela banyak
tuala pun ada owner sediakan tp limited la
pinggan mangkuk, jug air pun banyak
rice cooker, periuk besar kecik, kuali besar kecik sume ada
blender pun ada
mandi pun water heater mmg terbaik

tinggal bawak bahan2 nak masak je cam garam, gula..
best kan..  buat cam umah sendiri je 

ada 3 bilik 2 bilik air

1 malam = RM250.00
deposit sebelum pegi RM100.00

 no contact owner : 019-693 5829 (pn nora)
whatsapp je ngan dia

  

ada tv siap beyond HD sume channel ada
biler malam tak kuar sbb ujan kami layan movie reramai.. 
ghost rider, iron man, syok woo.. layan sgt...

kali ni dah siap booking port tido dpn tv
biar family kak ipar yg tido dalam bilik pulak
sbb malam-malam lagi sejuk
berselimut sakan memasing


bilik no 3
bilik adik2 ipar pompuan


bilik no. 2


dapur yg complete

malam tu kami ke pasar malam je
hujan kejap-kejap
kejap ada, kejap takde

sampai je terus makan
kelaparan sampai perut masuk angin
tak sempat nak amik gambar lauk-pauk yg kami bawak dari kl

kiter masak ayam kicap je
mil masak udang sambal dan masak lemak tempe

rehat dulu sementara tunggu yg lain sampai


si kecik pakai topi kakak echa.. masam je muka..

Ni breakfast kami esok paginya
kami laki bini masak nasi goreng dan goreng nugget sosej
mil rebuskan keledek dan jagung

stok ikan bilis sambal kering dan sambal hitam pahang pun kami angkut
bestnya layan makan dgn nasi panas-panas time sejuk-sejuk ni


'

jgn terkejut dpn ni mmg ada kubur
tahun 2011 kami pegi kubur tu sikit je jauh je pun
skrg ni dah banyak dah sampai ke depan pun

tp takde apa la
malam2 meriah je kat situ
siap lepak2 ada yg berbbq lagi

malam lena je kami tido 
tutup tingkap kol 3 pagi sbb sejuk sgt


anak-anak dara bergambar
takyah suh posing gaya camne, pandai je dorg pose ekk





No comments: