♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, June 30, 2015

Bisnes Rempeyek

Alhamdulillah. rezeki kami dgn bisnes rempeyek kami yg bermula ramadhan tahun lepas masih kami jalankan untuk tahun ni. tahun ni kami lebih yakin nak jual produk kami tak macam tahun lepas nak iklan pun malu-malu. Stok pun awal-awal kami dah start buat. Hari-hari kami menggoreng bermandi minyak. Huhu. Mmg la panas berbahang. Kalau buat malam leh minum, kalau ari weekend kami menggoreng pagi dan malam. Hari keje je start malam. Tupun pas setllekan anak-anak dulu. Ajar kakak buat homework, ajar ayna n aqil baca skit-skit. Biasanya hubby bancuh dulu tepung bahan-bahan untuk rempeyek. Dia buat sorang dulu. Kita tolong bila aqil dah tido. 

Nape rempeyek? Yela. Orang muda hidup di bandar kl, tp jiwa tradisional betul. hehehe. takdela. sebenarnya hubby belajar dari mak dia yang hanya buat utk adik-beradik dan family je. pastu try buat sendiri, kebetulan mak hubby pun tak larat sgt, so hubby yg la yg amik alih. Pastu dia seronok pulak buat sendiri pastu jual. sebagai isteri, apa yg dia wat, kita sokong je. leh tambah duit poket kami. anak ramai, belanja besar. harapkan gaji kami suami isteri mmg berapa la sgt. tp kami bersyukur dgn apa yang kami ada. bukan tak bersyukur. cuma, nak menambahkan sumber rezeki.

Buat masa ni kami hanya buat rempeyek kacang tanah je. Insyallah, mmg nak try buat rempeyek kacang dhal, tumpi. 


 

kami buat kecil-kecilan je
guna dua kuali kecik je pun

ada gak yg kol nak dtg umah nak tgk kami cara kami goreng
nak tgk dapur kami pun ada jugak

insyallah, terjamin kebersihannya sbb kami pun tak suka buat kerja dalam keadaan semak 
semak mata kang kalut jadinya
bila mata tenang, hati tenang barula boleh menggoreng dgn tenang
yela, dah kena bahang panas minyak dan api, kalau hati tgh marah, 
jadi membara tak jadik pulak rempeyek tu. huhu.





2 comments:

Normi Nieza said...

alhamdulillh..rezeki hari raya..:)

Rai OurKizuna said...

amboi.. siap nak datang rumah tgk cara goreng..

apa pun semoga perniagaan bertambah maju ya..