♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, May 7, 2015

Trip to Medan - Last Balik KL

Cepatla nak abiskan citer medan ni. dah basi la. semangat update blog dah slow-slow kurang. sekurangnya duit simpanan. kehkeh..

Kat bandar Medan, kami menginap di Hotel Grand Antares. Ni Roy dah bookingkan. Murah RM100.00 je tp biliknya mmg luas. anak-anak puas berlari menjerit-jerit main kejar-kejar. alahai anak.. suka bebenar. sian org sebelah bilik kami. kena ngadap kebisingan melanda. hotel takde swimming pool tp ada bath tub. sakan anak-anak berendam mandi dalam bath tub. 

Channel mmg banyak syok layan citer memalam. WIFI kejap ada, kejap hilang. huhu.



 bilik leh kurang camni
katil kasi gabung mmg luas la

pas puas mandi bath tub, memasing kelaparan
habiskan maggi cup yg ada sebelum blk kl
  
tak puas tgk upin ipin
kat sini pun dorg layan upin ipin jugak

Malam kami tak kuar. sama cam kat Berastagi. Malam nak makan sendiri-sendiri je. kang kena bayar makan supir skali. kedekut sgt kan. hehe. lagipun apa de hal. sebelah hotel ni ada KFC. layan KFC jela. dekat je. jalan kaki je. takyah naik beca. kang pusing-pusing bayar ribu-ribu rupiah skali sebelah hotel je. 
 

\

harga rasanya lebih kurg cam kat malaysia je
cuma tukar nasi putih je
mmg kenyang 


anak-anak puas main kat playground KFC ni
lepak-lepak sini je malam tu
esok dah nak balik KL dah

rasa taknak balik Malaysia
nak pegi jalan-jalan lagi tp tempat lain lagi :(
 
  

esoknya mmg kami kuar kol 12 pm. saja nak kuar lambat
flight kami kol 4 ptg
kang awal pulak sampai airport
lagi lama kami kena lepak kat sana

jumpa dgn Roy bayar duit baki
barula jumpa orangnya
kalau tak asyik berwhatsapp je

Roy kata kalau dtg ramai-ramai baru dia join trip ni
tp sbb kami berlima je dia serah pada pak supir Egy je

mana-mana jela
kami dtg nak jalan-jalan makan angin je 


dah nak balik dah


lama kami kat airport 2 jam menunggu
puas tawaf satu airport medan ni


tula Roy yg iring kami
mmg bagus sgt dia
dia tunjuk kat kami mana nak kena beratur, nak jalan ke pintu gate, kena swap ticket boarding pass pun dia ajar
dia pun xlama sbb flight kami pun lambat lagi kan.
itupun dah cukup


waiting..waiting..




dah sampai boarding time
kami yg awal naik dulu
kena naik bas pulak
patutla tak nampak pun flight kami
rupanya parking tempat lain


dalam bas..
kalau lambat kena berdiri.

cam biasa dalam flight 
order makan nasi minyak pulak
sedap je

si kecik tido mmg terasa aman je perjalanan balik ni. haha..

tp dah nak sampai KL tu flight dah huyung-hayang.. gegar-gegar
hujan lebat pulok..

mendarat di KLIA2 jam 6.30 petang

skali lagi mengharungi  kepenatan berjalan dari flight ke imigresen kemudian ke luggage pulak

kami lambat kat luggage sbb tunggu-tunggu stroller tak timbul-timbul
dah banyak kali pusing tak nampak pun stroller kami

taye kat staff luggage, rupanya barang yg panjang-panjang kat belah kiri..
penat lama tunggu.. huhuhu

alhamdulillah. kami selamat sampai dan perjalanan dipermudahkan segalanya. syukur sgt. pengalaman yang sangat bermakna walaupun ke negara jiran, negara seberang pun kami sgt enjoy dengan apa yg kami alami di sana. Medan bukanlah syurga shopping macam di vietnam, di bandung. Medan hanya tempat ingin melihat pemandangan cantik dan keindahan alam ciptaanNya. Mengajar kami tentang hidup susah payah melihat keadaan rakyat di sana. tak kisah keje apa pun asalkan halal. anak-anak kecil ke sekolah berlari-lari. seronok je tgk. pengalaman dan pengajaran bermakna buat kami sekeluarga. Jakarta, Bandung, Medan checked. next???? hahaha... kasi kumpul duit dulu..





1 comment:

norhidana miswan said...

seronoknyer berjln2 di negara org nun... bilik tu harga murah tp nmpak besar n selesa...

apa salahnyer berjimat kan time2 melancong, almaklum msti dh ada target nk cari apa2 kan... mkn kfc ok jgk pe,.. jnji perut kenyang