♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, May 22, 2015

Aku.. isteri luar biasa...

Salam.

Terkejut pepagi tgk ramai yg datang kat blog kita ni. blog suam-suam kuku. blog kita ni blog suka-suka hati aje. takde apa yg menarik pun. Mata ni tgk traffic blog. wah.. ada tetamu dari Washington. bole caya ke ni? haha.. lama tak update template blog. kalau betul.. welcome to my merapu syok sendiri puye blog. thank you for reading. kekeke..



Tahun ni hadiah guru plg cepat setel. kalau tak, malam kejadian baru la kecoh-kecoh sibuk nak gi kedai buku  nak belikan hadiah untuk cikgu. tahun ni setel awal sbb opis skrg dekat ngan CM. mmg keje senang la nak carik hadiah untuk cikgu. tau cikgu pun tak kisah pun hadiah apa-apa kan. mesti dah biasa sgt dapat hadiah cam kat bawah. takpela cikgu. asalkan ada. bkn cikgu nak hadiah sgt kan. yg penting anak-anak murid ingat cikgu dan dengar cakap cikgu. betul tak?

 

Cuti sabtu kalau takde kenduri kawin, tak kemana, main masak-masak kat umah. nak jugak rasa masakan sendiri. bagi anak-anak dan hubby makan masakan mamanya dan bininya. masak pun simple-simple asal ada. ni kisah teringin nak makan udang besar-besar. nak beli macam mahal la pulak. tp, sbb teringin nak makan, beli kat pasar 500gram harga RM14. huhu. masak kari udang masala, sayur campur, goreng udang je utk anak-anak.

Sedap kata hubby kita. kembang hidung weh. saja nak bodek bini lettew. resipi google je pun tp jadila macam makan kat restoran mamak. seketul dah mahal harganya.





citer hal anak-anak pulak..

 

alhamdulillah. yg boy ni sgt minat ngan solat. suka dgr azan. kalau dgr azan je mesti dia buat gaya tgh solat. terharu mama dek. kalau ada yg solat dia mesti dtg menyelit tgh-tgh. moga jadi anak yg soleh dan bijak. begitu juga dgn kakak echa dan ayna. sayang sgt ngan kamu semua. tak kisahla org kata apa-apa pasal anak orang lain.. bijak la genius la, yg penting doa ibu bapa paling mujarab. ingat tak terasa ke org kata anak kita camni. jadik stress tau. ni yg nak gi cuti-cuti lagi sbb stress.. bila dah stress sebenarnya kita akan carik kelemahan kita dalam mendidik anak-anak. akan cuba buat yg lebih baik. taknak anak-anak pun stress dgn sikap kita. insyallah.. pasti ada jalan yg terbaik utk kita semua. takyah la nak banding-bandingkan anak sesape. doa je la yg terbaik buat anak-anak kita, family kita.. saya sayang keluarga saya... 

saper pun kita, doktor, jurutera, cikgu, kerani, kita tetap mahu yang terbaik utk diri kita dan family kita. rezeki Allah itu luas. jika sekarang kita hanya keje kerani, asalkan kita kerja, berusaha, berdoa dan yang penting keje yang halal.

Saya ingin jadi isteri yang terbaik buat suami saya. isteri luar biasa.. ibu terbaik dan juga ibu luar biasa.. anak yang baik dan juga menantu yg baik... doa di hari jumaat.. amin..



Friday, May 8, 2015

Rezeki lagi.. alhamdulillah.. (^ __ ^)

6 Mei 2015 hari bersejarah yang ditunggu-tunggu tiba jua. Alhamdulillah.. dianugerahkan penghargaan yang amat bermakna. Sekali lagi diberi peluang merasai  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. kali pertama dapat tahun 2009. tahun 2014, rezeki nama naik untuk dapat lagi anugerah ini. syukur.. alhamdulillah.. 2 kali dianugerahkan dalam masa 9 tahun berkhidmat dengan kerajaan menjadi penyuntik semangat buatku untuk terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Ada hikmah berhenti keje swasta dulu.








gambar blur.. guna kamera hp je pun.. hehe..
seramai 344 orang untuk satu kementerian yang diraikan. ada 12 jabatan..

13 orang untuk jabatan kiter.. :)
 


 bersama ketua pengarah




gambar beramai-ramai buat kenangan
 
balik opis sbb majlis petang kejap je pun abis
kengkawan opis satu geng HR ajak bergambar




mereka sahabat di HR yang byk membantu
susah sama-sama
senang sama-sama
sayang sangat kat korg!!!


sibuk suh amik sijil yg kiter dapat tau
nampak tak muka kena paksa amik sijil.. alahai...


nampak sgt ku yg over siap pegang sijil bagai
ni dorg yg suh pegang
tanpa mereka, saper la saya.. ewahh..


sebenarnya tanggungjawab amat berat kalau dah dapat anugerah camni. bila dah dapat, kena la maintainkan hasil kerja atau lipat gandakan lagi usaha. susah kan kalau orang bagi tanggapan positif pada kita, nak tak nak kena buat jugak.




Thursday, May 7, 2015

Trip to Medan - Last Balik KL

Cepatla nak abiskan citer medan ni. dah basi la. semangat update blog dah slow-slow kurang. sekurangnya duit simpanan. kehkeh..

Kat bandar Medan, kami menginap di Hotel Grand Antares. Ni Roy dah bookingkan. Murah RM100.00 je tp biliknya mmg luas. anak-anak puas berlari menjerit-jerit main kejar-kejar. alahai anak.. suka bebenar. sian org sebelah bilik kami. kena ngadap kebisingan melanda. hotel takde swimming pool tp ada bath tub. sakan anak-anak berendam mandi dalam bath tub. 

Channel mmg banyak syok layan citer memalam. WIFI kejap ada, kejap hilang. huhu.



 bilik leh kurang camni
katil kasi gabung mmg luas la

pas puas mandi bath tub, memasing kelaparan
habiskan maggi cup yg ada sebelum blk kl
  
tak puas tgk upin ipin
kat sini pun dorg layan upin ipin jugak

Malam kami tak kuar. sama cam kat Berastagi. Malam nak makan sendiri-sendiri je. kang kena bayar makan supir skali. kedekut sgt kan. hehe. lagipun apa de hal. sebelah hotel ni ada KFC. layan KFC jela. dekat je. jalan kaki je. takyah naik beca. kang pusing-pusing bayar ribu-ribu rupiah skali sebelah hotel je. 
 

\

harga rasanya lebih kurg cam kat malaysia je
cuma tukar nasi putih je
mmg kenyang 


anak-anak puas main kat playground KFC ni
lepak-lepak sini je malam tu
esok dah nak balik KL dah

rasa taknak balik Malaysia
nak pegi jalan-jalan lagi tp tempat lain lagi :(
 
  

esoknya mmg kami kuar kol 12 pm. saja nak kuar lambat
flight kami kol 4 ptg
kang awal pulak sampai airport
lagi lama kami kena lepak kat sana

jumpa dgn Roy bayar duit baki
barula jumpa orangnya
kalau tak asyik berwhatsapp je

Roy kata kalau dtg ramai-ramai baru dia join trip ni
tp sbb kami berlima je dia serah pada pak supir Egy je

mana-mana jela
kami dtg nak jalan-jalan makan angin je 


dah nak balik dah


lama kami kat airport 2 jam menunggu
puas tawaf satu airport medan ni


tula Roy yg iring kami
mmg bagus sgt dia
dia tunjuk kat kami mana nak kena beratur, nak jalan ke pintu gate, kena swap ticket boarding pass pun dia ajar
dia pun xlama sbb flight kami pun lambat lagi kan.
itupun dah cukup


waiting..waiting..




dah sampai boarding time
kami yg awal naik dulu
kena naik bas pulak
patutla tak nampak pun flight kami
rupanya parking tempat lain


dalam bas..
kalau lambat kena berdiri.

cam biasa dalam flight 
order makan nasi minyak pulak
sedap je

si kecik tido mmg terasa aman je perjalanan balik ni. haha..

tp dah nak sampai KL tu flight dah huyung-hayang.. gegar-gegar
hujan lebat pulok..

mendarat di KLIA2 jam 6.30 petang

skali lagi mengharungi  kepenatan berjalan dari flight ke imigresen kemudian ke luggage pulak

kami lambat kat luggage sbb tunggu-tunggu stroller tak timbul-timbul
dah banyak kali pusing tak nampak pun stroller kami

taye kat staff luggage, rupanya barang yg panjang-panjang kat belah kiri..
penat lama tunggu.. huhuhu

alhamdulillah. kami selamat sampai dan perjalanan dipermudahkan segalanya. syukur sgt. pengalaman yang sangat bermakna walaupun ke negara jiran, negara seberang pun kami sgt enjoy dengan apa yg kami alami di sana. Medan bukanlah syurga shopping macam di vietnam, di bandung. Medan hanya tempat ingin melihat pemandangan cantik dan keindahan alam ciptaanNya. Mengajar kami tentang hidup susah payah melihat keadaan rakyat di sana. tak kisah keje apa pun asalkan halal. anak-anak kecil ke sekolah berlari-lari. seronok je tgk. pengalaman dan pengajaran bermakna buat kami sekeluarga. Jakarta, Bandung, Medan checked. next???? hahaha... kasi kumpul duit dulu..