♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, April 30, 2015

Trip to Medan, Indonesia - Part 5

Hari kedua di sini, egy nak bawak kami tengok air terjun sipiso-piso. takde kena tambah bayaran apa-apa. dia nak kami happy je. kami taknak sampai danau toba kan. tu yg dia bawak kami gi tengok air terjun dan tasik danau toba dari tepi. yela. bawak la ke mana kami pegi. asal free sudah. kehkehkeh.

dari berastagi ke air terjun sejam je pun. anak-anak leh sambung tido. masuk kete je tido..






subhanallah
cantiknya
ada pelangi di situ

ada seribu anak tangga kalau nak turun bawah
tak tau apa yg ada kat bawah tu
sbb kami turun separuh anak tangga je

kakak echa la beria nak turun
kang nak naik.. semput..

turun mmg laju, nak naik kang la.. haihhhh..

mamanya follow je sambil bebel-bebel takyah la turun.. tgk jela dari atas
penat jalan + penat bebel.. berganda-ganda penatnya..
 



blkg tu tasik danau toba
cantikkkkkk...





upah aiskrim sorg satu
syok makan aiskrim sambil tgk pemandangan yg cantik ni





bestnya lepak-lepak sini tgk air terjun

dah puas kat situ, kami teruskan perjalanan ke bandar medan pulak. 2 jam perjalanan. anak-anak sambung tido lagi. kami lunch di medan jugak. makan ayam penyet. untung kat malaysia mmg faveret ayam penyet. makan hari-hari pun takpe. yang penting murah. tau-tau jela kalau makan nasi minang/ nasi padang mesti harga tak tentu kan. :)





mesti order jus kat sini
jus sini sedap. fresh.. 

ok. time utk gi jalan-jalan cuci mata kot-kot ada benda leh dibeli. supir kami bawak gi kedai jual telekung dan jual kain pasang. kami tak kisah pun. bkn takde yg berkenan tp mahal tak macam harga kain kat bandung. beli telekung 2 helai, kain pelekat 2 helai dan kain sulam 1 je. huhu. kat kl pun berkira-kira je tau kalau harga lebih RM80.


blur nak pilih yg mana
padahal beli 1 je pun

pastu gi beli kek bika ambon dan lapis
kek wajib kalau ke medan

beli buat ole-ole




kedai cina tp halal. insyallah.. ada logo halal disitu


 beli 3, 1 kek 100ribu rupiah dalam RM27
mahal gak
dapat 1 kotak mmg muat-muat utk 3 kek

dah setel beli kek, egy bawak kami gi factory outlet. turun jela sbb kami mmg taknak beli apa-apa. bg jela dia dapat komisyen kat tokei kedai. huhu.. kami tak membeli pun. tgk-tgk harga je.


dah kol 4.30 petang, kami ke istana maimoon. jalan-jalan ada kedai-kedai kat situ. jalan sampai ke istana. mmg nak masuk tp lagi setengah jam je nak tutup. kena bayar tp kang terkejar-kejar masa. takpela. istana negara lama, kl dah penah masuk kan. tak kisah pun. amik gambar kat luar istana jela.






Penat dah bergambar, egy nak bawak kami ke shopping mall. alahai.. malasnya. sbb kami taknak shopping apa-apa pun. dia terus bawak kami gi Hotel Grand Antares. hotel ni best..





1 comment:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

santekkk...siap ada pelangi lagi..^_^