♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, April 29, 2015

Trip ke Medan, Indonesia - Part 4

Memandangkan ini kali pertama kami laki bini pegi sendiri-sendiri biasa pegi jalan luar negara ramai-ramai,  hoyehhh.... hoyehh.. kami berjaya mengharunginya bersama.. hahaha.. pasni gi thailand pulak yer bang.. main asia je dulu.. huhu..

Sempat gak supir kami bawak kami ke Gundaling, Berastagi tgk gunung berapi yang masih aktif. cantik pemandangan dia tp kejap je pun kat sini sbb tak sabar nak baring kat katil. penat seharian berjalan. ada kuda kat situ tp supir kami dah pesan kalau akak nak naik bgtau harga 30ribu rubiah je. kalau harga lain lebih dari tu takyah naik. mmg takde hati nak naik kuda pun.


amik gambar kat situ buat kenangan
mataku dah lelap kepenatan di situ. haha.


amik gakla gambar kat sini dari adik tukang gambar 
ramai je yg pegang kamera nak amik gambar kiter dgn view camni
dalam RM10 duit kite dapat la sekeping gambar camni
murah la gak
kalau RM20-30 mmg takde la dik akak nak beli


kejap je kat sini
pas gambar kami siap terus ke kereta

dah jom gi hotel

settle urusan check in di hotel Mikie Holiday Resort dengan deposit 500ribu dalam RM140
tak sabar nak gi bilik nak tido
time tu baru kol 3 ptg
kalau kat malaysia dah kol 4 ptg
cakap ngan supir malam tu taknak jenjalan mana
nak dok hotel je

terasa lambat benar masa berlalu


ginila rupanya dalam bilik kami
amik yg value plus puye sesuai utk mereka yg backpackers
mmg la kecik
no hal la sbb bila dah sambung katil jadik la luas skit.. hahaha..
satu malam je pun sok tido hotel kat Medan pulak

yg penting ada free wifi
wifi dia tersgt laju
sakan anak-anak layan youtube

kami tak beli pun simkad indonesia
sbb boleh roaming, byk fb dan whastapp je dgn orang di tanah air... giteww

dapat mandi lega skit
baring bagi pening kepala kurang

pastu layan anak-anak mandi kolam


cantik view dia
sejuk je hati ni.. nyamannya jiwa..
lupa jap stress di malaysia



kalau bajet banyak la amik bilik dpn pool tp mahal la

sejuk air kolam dia
anak-anak yg suka mandi kolam pun tak tahan mandi lama-lama
sejuk sampai gigil-gigil memasing
dalam 15 minit je kot dorg dalam kolam

elok je naik, ujan turun..
lagi sejukkkk


dorg ni kalau pas mandi kolam mmg nak maggi cup
kami angkut 8 dari malaysia
bawak roti gardenia, milo, nestum, biskut, jajan-jajan dari malaysia
penuh beg dgn makanan

untung la tak kena rampas pak kastam.. huhu..

tp bila balik, makanan dah abis, beg sama gak beratnya 

takde kettle kat sini
kol room service mintak kettle pemanas air
tak lama dorg datang bagi termos dah siap isi air panas

bagus gak takyah susah-susah nak masak air
cukup untuk buat maggi. air milo, buat susu budak, penuhkan termos utk susu budak :)

lambatnya masa berlalu
perut lapar tgk menu mahalnya harga
nasi goreng RM21

sombong td supir nak bawak jalan-jalan makan taknak
kata nak gi sini rileks-rileks je kan
bukan apa.. taktau nak makan apa.. kang kena bayar makan dia skali
kedekut tak la.. bajet-bajet pun kedekut pun sikit ada la.. 

anak-anak dah tido pas youtube.. wifi sgt laju
pastu puas layan kartun
best sbb byk channel tv kat sini

bebudak dah tido kenyang memasing makan maggi
kami laki bini gi oder nasi goreng 
sedap..sedap..

share makan laki bini.. bini bukan makan banyak pun. :p


nasi gorang yg sedap
ayam goreng dan sate

sejuk-sejuk aircond mmg layan la

esoknya pun cakap ngan egy supir kami amik jam 12 tgh
kol 7 pagi sana kan kol 8 pagi sini
mata dah cerah awal-awal lagi
lambatnya masa berjalan

tak jadik suh amik kol 12, mintak egy amik kami jam 9 pagi

breakfast kat hotel
lauk simple tapi sedap
kami suka je tak kisah pun





ayam dan mee goreng tu sedap
rasa cam kat malaysia je


sebelum tunggu egy amik
kami bergambar dulu kat kawasan hotel
mmg feel oversea korea hikhik




sakan pose memasing kakak echa dan ayna
ayna tu nak gak bawak handbag frozen dia

time kat putrajaya sentral tak kasi dia bawak beg dia
kakak echa pun bawak gak beg princess dia, pasal tu adik dia nak bawak jugak

sampai airport cek handbag dia ada gunting kecik puye 
nasib perasan sbb taruk kat beg utk luggage.. huhu..

kiranya dah sampai indonesia la beg dorang tu



nak jugak tu..
manisnya..


nak gak kami laki bini beromantika kat sini
honeymoon yg tak seberapa
bawak anak-anak skali camni la rupanya kalau nak bergambar cintan cintun

ada monopod dalam beg malas nak amik
ada kakak echa dah pandai amik gambar 
tp, ada dua pembantu gambar yang amatur sgt ni

tgh peluk, si adik datang gelak-gelak.
tgk tu.. siap tunjuk jari lagi gelak papa mama dia tau

pastu dah ok, ayna datang suh pegang bunga, pegang daun la..
hahaha..

kami jalan-jalan satu hotel ni
kat sebelah hotel ni kalau weekend mmg meriah sbb ada funland.
bestnya..



sbb kami gi hari biasa, tutup la situ

OK..

Dah check out, egy nak bawak kami gi tgk air terjun sipiso-piso. dia kata rugi kalau kami ke sini kalau tak ke sana. dahla taknak sampai parapat danau toba kan. dia nak kami happy kat sini. kata dia la. dalam kepala kami pikir satu je.. baper kena bayar? kasi murah-murah jela.. skali egy bagi free je. nak bawak kami gi sana takyah tambah bayaran. wah.. ok..ok.. boleh..boleh.. kami bagi la tips skit nanti.

Nak ke sana pun jalan belok-belok. 

sambung lagi nanti.. baper byk part daa..




1 comment:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

santekkk view hotel ni..ada plan gak nak ke medan..tp nak sgt smpai ke danau toba..suke layan tpt ada view cantik..hihihi