♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, April 28, 2015

Trip ke Medan, Indonesia - Part 3

Dalam kapal terbang sebelum nak naik tu, takutnya rasa. mulut ni kumat kamit baca doa itu ini. serius takut. kalau apa-apa jadi, kami anak-beranak ada bersama-sama.

Kami mmg nak jenjalan je. sbb dah terbooking flight ke sini. dgn bajet yg ada, mmg takde nak shopping-shopping. Duit pun tukar tak banyak.  Nak ke sini pun macam-macam cabaran kami laki bini. Nak carik duit lebih, gi jual itu ini.. puyela bajet-bajet. birthday bebudak pun takde beli kek besar-besar. jalan pun dekat-dekat je. kami sama simpan-simpan duit. duit dia.. duit aku.. nak happy sama-sama.. asalkan anak-anak happy gembira itu dah cukup.. nak pastikan trip ini berjaya dilaksanakan. sedih tak.. sedih tak..

Konon pegi ke negara yg matawang rendah ni takde la byk belanjanya tp sebenarnya sama je. Takpe la yang penting pengalaman. Macam dah sampai final part pulak citer medan ni.

Sambung lagi citer medan.

Kiranya macam kami ni nak balik kampung jugak. sbb ramai je warga Indonesia dalam flight. nak balik kampung jugak. janji oversea. naik belon. kuikui.

Tak sampai sejam pun. rasanya 40 minit je kot. ngada gi order nasi lemak dalam kapal terbang. tp, mmg sempat kami lima beranak melahap dalam tu. sedap.. xleh makan banyak sbb kepala dah pening sgt. nak tido mmg xdapat la. si kecik ni nak berjalan-jalan lawat kawasan. geram je tau!!  pramugari lalu dipegang-pegangnya peha orang tu. mmg tau si aqil ni. mmg nak naik flight yang tak lama. kalau lama lagi, mmg dia tawaf satu kapal terbang. xreti dok diam.


sejak kes MH370 hilang dari radar tu mak-mak sedara rajin jadi pegawai kawalan trafik udara sambilan
sesaper family kami yg naik flight bagi no flight, nanti mak sedara pantau.. huhu

tu diaa.. dekat je.. laut yg kami nampak tu selat melaka je rupanya.. gitewww...

sampai je airport kuala namu, medan, kuar je terus jumpa pak imigresen. bila baca kat blog-blog lain, byk je citer tak baik pasal imigresen sini. muka ketat la, garang la.. dah niat dari malaysia tak nak tegur la. nak sombong-sombong je. kekeke.. tapi time we oll check passport, ehhh ehh.. baik pulak abang imigresen ni. tetiba terus tukar panggil abang yer.  muka ketat je tp biler time we oll tunjuk passport dia tgk muka memasing kata naper sume muka tak sama. yg kecik ni muka asia, yg kakak ayna muka eropah.. erkk.. eropah? kihkihkih... ramah la pulak abang imigresen ni. kejap je kat situ. mudah sgt. amik luggage pun senang. pak kastam pun ok je. pandang tak pandang je kami ni. huhuhu... yeah... carik pak supir pulak..



gambar gegar
ni pasal amik gambar sambil jalan sambil dukung si kecik

mmg kuar-kuar je nampak dah orang pegang kertas tulis nama kiter
mmg roy dah pesan siap-siap
keciknya kertas tu, tulisan pun kecik terkebil-kebil mata ni baca nama kat situ

lega bila nampak si egy ni (supir kami sepanjang di medan)
kepala dah migrain, masuk kete nak ke berastagi, nak tido jek

dia la yg tolong tarikkan beg, sbb kalau orang lain bawakkan beg kang kena bagi tips
ntahla.. baca kat blog orang lain tulis camtu
sbb egy ni dah bawak kami, takde pun yg dtg kat kami offer itu ini.
mungkin airport baru ni ketat sikit kot


letih muka memasing
dari malaysia dah kalut


naik innova atau kijang
mmg selesa utk kami lima beranak
masuk kete je wangi, ada 2 bantal pink cartoon untuk bebudak
suka la anak-anak
kakak echa amik satu, ayna amik satu
tiga beradik pun terus tido
sian dorang, penat sgt yer

nak ke Berastagi dalam 2 jam
bolehla nak tido
makan pun kat sana jela
dalam kereta tgk suasana kat medan
lebih kurang kat malaysia je pun 




sepanjang perjalanan byk stesyen minyak Pertamina ni

sbb awal lagi baru jam 10 lebih waktu sana, egy ajak kami gi taman buaya
mmg tak plan pun nak gi taman buaya sbb mesti sama je macam kat malaysia kan.
tp sbb awal lagi, moh la kiter gi tgk buaya

bagi anak-anak happy


macam dkt-dkt umah orang je pun taman buaya ni
masuk pun RM3 je
murah..murah..

tgk buaya camne yang ada

  

kecik je tmpt dia tp byk la buaya


muka si kecik tu tgk buaya


ada sangkar dah asing-asing ikut umur buaya

dalam hati kami cakap
tu je pun

sama je la kat malaysia kan.. huhu.. 
tp, sebelah kiri kami ada tasik hijau luas dan banyak burung

kat dalam ni ada buaya tak?

egy jawab.. ada..

ada 700 lebih buaya dalam ni..

ha.. yg ni mmg best.. buaya banyak giler...


tu dia betul-betul sblh kami je
nampak tak yg timbul tu sambil mata dia tenung je kami

uih.. jgn la ada yg leka kuarkan tangan kat pagar ni


nampak tak banyak buaya-buaya di situ
ada burung-burung terbang


 

bergambar la kat sini buat kenangan

ok.. time nak gerak ke Berastagi pulak..
fuhh.. penat gak..

Perut dah lapar. tp, taktau nak makan apa. tak dapat bayangkan lagi apa yg kami nak makan. Macam masa gi bandung, hari-hari makan nasi padang sampai naik muak. kat sini tak bau makanan apa lagi. 

Dah sampai Berastagi, Egy terus bawak kami kat kedai makan. Makan order panas-panas.

Berastagi ni kiranya tempat pelancongan kat sini. sejuk dikatakan macam cameron highlands.

Tp, takde la sejuk sgt macam kat Ringlet atau Tanah Rata je.

 

order sup ayam, ayam goreng dgn sayur kailan pun dah menyelerakan 

dah kenyang sambung balik perjalanan kami ke Pasar Buah
tempat yg harus pegi kalau di Berastagi ni
tgk jela apa yg ada
dah nama pasar buah mesti la jual buah kan
 

kakak echa dgn aqil



takde apa yg menarik di sini
jalan-jalan je

Berastagi sinonim dengan kuda
ada banyak kuda kat sini kalau nak tunggang atau naik kete kuda
tp, kami mmg tak minat langsung

takat kuda, kat dataran merdeka kl pun ada
sebelah opis je hari-hari tgk kuda.
bosan..
tp anak-anak suka tgk kuda, mamanya je la dah bosan tgk.. camtu pulak..




peniaga kat situ sibuk suh kami try buah-buah kat situ
 try buah pisang kaki
taktau rasanya camne
first time try kot, so masam ke, manis ke, ko nak kelentong ke mana kita tau.. 
kami suka buah oren dan buah epal je

beli la jugak setengah kilo.. mahal dalam RM20 duit kita
buat makan-makan kat hotel tp Egy cakap buah pisang kaki yg kami beli tu lom masak sgt
kalau dah masak, manis je rasanya..
lor.. kami kena tipu la ni..

haihhhh..



jalan-jalan je
macam kat chow kit je rasa.. hehe..


kat situ banyak kedai makan jual jagung rebus/ jagung panas
kami try dua-dua
mmm sedap dan manis jagung dia
air tebu pun manis jugak rasa fresh je



budak tak reti dok diam..

dah puas di Berastagi
time tuk check in hotel pulak
eeiii tak sabar nak landingkan badan ni kat katil
nak mandi-mandi
pastu nak tido..

di berastagi, kami stay di Mikie Holiday Resort
guna Agoda je
konon nak murah la
mmg la murah tp rupanya bilik dia kecik je pun
tp cantik bilik dia, hotel pun cantik..










4 comments:

Mama Miraki said...

Nasin baik Aqil yg pegang paha pramugari...hehhee

aTieYusof Family said...

wah...seronok juge ke Medan..lepas kes MH17 & MH 370 tu mmg ada fobia sikit nk naik flight..tapi apapun kuasa Allah kan.

Nurhayati said...

tak pernah pegi medan. suka jalan2 tgk tempat org. :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

haha..samelah..saya pon fobia naik flight..aritu tgh2 riki air asia leh plak zara ckp takutlah mama nnti kapal terbang jatuh..erkkk..terus kansel nak riki..agagaga2..nway, frst time baca blog pasal medan org gi taman buaya ni..selalu citer danau toba, sipiso2 ngan berastagi jek..hihi