♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, April 24, 2015

Trip ke Medan, Indonesia Part 2

Dah masuk bulan 4, baru tersedar, ehhh... dah tak lama lagi nak fly ke Medan. alahai.. cepatnya masa.

Time tu la baru kalut nak pikir camne la nak pegi ke KLIA2 tu.. huhu... flight kami awal pagi. kol 8.45 pagi kira awal la kan. sbb nak gak dapat zero fare. tula. main booking je, tak pikir pun camne kami nak ke KLIA2. kalau flight lewat skit kol 10 pagi senang la pikir.

Kami decide nak parking kete je kat Putrajaya Sentral then naik ERL. murah kalau nak compare naik dari KL Sentral. pastu pulak kalau parking kat KLIA2 tu puyela mahal. Kalau amik ERL transit nak ke KLIA2 dewasa RM6.20. Kanak-kanak 3.00 je. So, tiket kami anak-beranak RM18.20. Pergi balik RM36.40. Jimat la jugak kalau nak compared parking kat KLIA2 ye tak. kalau korg ada bajet byk, boleh la sumbang ke sana. kihkih.. Kalau nak lagi murah naik la dari Salak Tinggi. Tiket ERL RM3.00 je. Parking pulak untuk 3 hari 2 malam RM10.00 je. murah ke tidak? hehehe...

Sebab flight jam 8.45 pagi, boarding time jam 8.05 pagi,  kena arr sampai airport sejam sebelum. check in dah setel, untuk luggage pulak. 

Cam biasa kalau nak gi jenjalan, malam tu tido tak lena. tiap jam bangun. beg, passport, sume dah ready. anak-anak pun dah pakaikan baju lawa, pakaikan baju jalan. senang bangun je terus angkut masuk kete. 

Kol 5.30 pagi dah gerak dari Gombak ke Putrajaya Sentral, Kami nak kejar tren jam 6.45 pagi puye. tren tiap 15 minit. tp, sbb taknak kelam kabut kat airport kami nak naik jam 6.45 pagi puye. 

Sume ok, jalan pun tak jem walaupun hari isnin. sbb awal lagi kan.. huhu..

Tgh menung-menung tgk luar cermin kete, sekali teringat..........

Surat beranak budak-budak!!!! 

Serius boleh lupa ok. yg dok ingat mykad, mykid, passport.. surat beranak serius lupa. mmg tak ingat langsung. tak ingat guna ke tak surat beranak kat airport nanti. kali terakhir gi Singapore mmg standby bawak surat beranak tp tak ingat dorang nak tengok ke tak... uwaaaaaa..... dah sampai Serdang time tu. takkan nak patah balik. Taknak google... taknak search apa-apa kang lagi sakit jiwa.

Terus hati jadik risau, tak best, berdebar-debar. nak sampai ke putrajaya sentral tu byk selawat je. "Allahumma yassir wala tu'assir". Moga segalanya dimudahkan.

Tawakal je. Kalau kena merayu ngan imigresen, kami akan buat asalkan lepas naik kapal terbang.

Adoii.. pening-pening..dah takde mood time ni. 

Tgh tunggu tren ERL pun hati ni berdebar je. tgk muka anak-anak. dorang dah excited nak naik kapal terbang ni. rasa time tu nak naik ERL sampai KL Sentral nak balik umah amik surat beranak je tau.

Jumpa kakak pramugari MAS tgh tunggu tren jugak. tanya kat dia kalau tak bawak surat beranak lepas tak.

Dia kata so far takde tgk surat beranak. tgk passport je. taktaula kalau Air Asia.
 

Ready nak ke airport


muka senyum tapi dalam hati Allah je tau


si kecik Aqil tgh mamai


dalam ERL
suka la dorg dapat naik tren, naik kapal terbang..

Sampai airport jam 7.00 pagi. kejap je pun. KLIA2 ni stesen yg last. Terus ke luggage. Syukur... takde tgk surat beranak ke mykid ke mykad. dorang tgk passport je. imigresen pun sama. hilang pening. huhu.

sbb awal lagi kami isi perut dulu kat McD. makan ala kadar je. nak cepat. kami terus ke gate 7. jauhnya la hai. penatnya jalan. dari satu tempat banyak nya kena turun escalator. ingatkan biler dah naik buggy dah sampai la rupanya tu baru separuh perjalanan. jauh lagi rupanya nak sampai kat pintu gate. sampai2 je dah panggilan terakhir... arhhhh penatnya... pening..pening.. migrain terus..


naik buggy sbb ada anak-anak kecik
untung sangatkan..


tu dia kami puye flight
takutnya rasa

seronok anak-anak tgk kapal terbang
biasa tgk dari jauh je takpun tgk dari bawah



rasanya aqil je baby dalam flight ni
kakak pramugari tgh ajar cara guna gas oksigen dan pelampung baby 

kakak echa dan ayna teruja je tgk kapal terbang.. tgk awan...
suka betul dorang..

tp, mamanya dah pening kepala sgt ni...
kiter kalau dalam stress, penat mmg cepat sgt pening
pening yang rasa berdenyut-denyut tu







2 comments:

Mama Miraki said...

Kelakar ayum..risau kan surat beranak lak ye..agak2 kalau tak lepas..gi naik KTM lak ye tuju kePort Klang..belintiekt feri je..naik feri Medan ye..hahahha

Ayu Ayunie said...

kihkih... kalau tak lepas jugak terpaksa la tido hotel memana kat KL je. taknak balik umah kang malu. hahaha..