♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, April 16, 2015

Team Building di Pulau Pangkor

Citer time gi team building di Pulau Pangkor. Barula nak update kejadiannya bulan februari yang lalu. Asal la lemau sungguh nak hapdet blog ntah. byk citer dah takdan nak citer kat sini. of coz la byk pasal jenjalan. kata kaki jalan. citer masak-memasak takde sbb biler masak takdan nak amik gambar. kalau amik gambar pun cam tak sedap je pun.. baik xyah letak.. kihkih..

bulan 2 kami satu bahagian berbengkel di luar. jarang kursus luar yang bermalam camni. mmg arr sedih nak tinggalkan anak-anak lagi2 si kecik tu. masih la menempel dgn mamanya ni. tp, kerana keje terpaksa...

sbb apa pulau pangkor? ntahla nak bg segar kepala otak dgn hembusan bayu dan angin laut kot. bukan syok nak jenjalan dan shopping pun. hitam muka adalah. tp, sbb ni first time kita ke sini, so mmg teruja sbb dah lama teringin nak ke pulau pangkor. nak ajak hubby dan bawak anak-anak nak tunggu anak-anak besar dulu baru syok nak bersnorkling, naik bot.. sbb naik bot jela kat sini yang best kot.

cam biasa, ari nak pegi mmg muka kuyu sbb nak tinggalkan semua buah hati... huhuhu..

tak byk sgt gambar amik ke sana. takde mood pun ada sbb masih dalam mood bersedih lagi time ni. sbb apa sy sedih ada citer kat entry sebelum ni.

Pelik jugak sbb dalam byk2 gambar kat hp ni takde satu pun gambar dalam tgh berbengkel dalam dewan. sume gambar tgh enjoy-enjoy je ni. hahaha.. yela tgh wat keje cam tak terpikir lak nak amik gambar. hahaha...


Aci tak gabungkan gambar banyak-banyak camni. takde time nak edit satu-satu.



di pulau pangkor kami stay di Puteri Bayu Beach Resort
ok je hotel ni
dia ada yg chalet ada yg jenis bilik hotel je
tp kami sume stay kat chalet
ada yg dua bilik ada yg satu bilik tapi besar bilik dia
ada kolam jugak tp tak mandi pun

aktiviti kali ni tak sepadat time kami berbengkel di janda baik dan di tekam pahang
aktiviti pertama satu ari di dalam dewan
aktiviti kedua satu ari aktiviti luar.. yg ni best sbb gi jalan2 pulau, tgk tapak warisan... kata keje warisan,, huhu..

malam last lagi best sbb ada dinner. ha.. yg ni best sbb ada tema.. pening kepala pikir nak baju apa. tema sempoi-sempoi je takde la tema yg berat-berat sgt pun..

aktiviti ari last dalam dewan balik..

mmg enjoy sgt..


malam pertama kami tido jam 2 pagi
bengkel abis jam 11 malam.. 
pastu kami yg AJK Dekorasi untuk malam dinner nanti terus sambung wat keje dalam dewan.. 
nak buat projek deko-deko...

bukan selalu kan..
seronok jugak sbb time ni rasa sgt close dgn opis mate
biar rasa cepat masa berlalu
nak cepat abis bengkel. nak balik.


pagi ari kedua
bangun awal pagi sbb tak sabar nak gi pulau
mata sembab sbb tido lambat malam tu
teruja nak naik bot
nak abg bot tu bawak bot laju-laju, drift, main corner..
bagi terpencik air laut kat muka.. argghhh segarnya...
kol 10 pagi cam kol 1 ptg
panas weeh
takyah la nak bersun block bagila kulit kena matahari
muka mmg dah gelap dah pun..


 best gak naik bot dgn abg-abg ni 
kalau naik sume pompuan cam tak best je
sbb apa tau..

abg bot akan bawak pusing satu pulau pastu berhenti kat pantai
nak tgk sotong berjemur
huahuahua...

seksi meksi sume.. 
 bersih mata memasing kena cuci..
 

dah sampai pun di tapak warisan UNESCO, Kota Belanda
Kota Belanda dibina oleh Belanda untuk menyimpan bijih timah tetapi dirobohkan oleh penduduk kampung
pastu Belanda bina balik
 
keje kat warisan tapi tak terdedah pun dgn perkara-perkara warisan
yela kami dok kat pengurusan
sgt membantu kami mengenali sejarah dan warisan negara


dah abis di situ kami sambung balik round pulau
kali ni nak snorkeling pulak
takutnya sbb tak penah snorkeling
berenang pun tak pandai

mula-mula abg-abg bot ajar cara apungkan badan
buat bulatan apungkan badan
cara bernafas dgn betul
nak pakai goggles dgn betul




 muka baru pas snorkeling
best woo
dpt tgk ikan kecik-kecik
pegang ikan

makan tengahari kat pulau 
amik mood berkelah di pantai

pastu balik hotel balik
petang ada aktiviti pantai
boleh nak main bola tampar pantai
nak main jet ski ke
nak mandi kolam pun boleh

tapi... kiter tak larat nak join aktiviti petang tu
pening kepala sgt

malam tu aktiviti yang ditunggu-tunggu
dinner time

tema malam tu Hawaian Night

puas pikir nak pakai baju apa
taknak abiskan duit sgt beli baju baru
nak pakai apa yg ada je
gaji lambat time ni maaa..

tema ni senang sbb main-main dgn bunga je
taruk bunga kat kepala.. kat leher.. dah boleh alohaaa....

kalau berani leh la pakai tempurung kelapa ke
kalau rajin leh kait baju guna tali rafia ke

tapi.. mak malas
nak guna apa yang ada je
tang bunga kepala je yg beli sbb bunga yg urus setia buat tak lawa.. 
tp tak menang jugak queen of the nite. kahkahkah


cewahh.. rasa sgt ayu time ni
mekap kasi tebal-tebal baru ada mood berdinner


 dengan kengkawan yang sporting ikut tema
asyik pose sana-sini
tiap cawangan kena buat persembahan
ada karaoke tp kita takde mood nak berkaraoke bagai
layan je...

 esok paginya kol 9 pagi dah start masuk dewan balik
acara penutup

dah tak sabar nak balik rumah

kol 1 ptg kami dah siap nak gerak balik kl
naik feri
naik bas
dah sampai rumah

 kol 7 malam gak sampai kl
esoknya cuti ahad leh rehat kat umah.. golek2 dgn si kecik bambam...

ntah bila dapat berbengkel begini lagi
 asyik bengkel kursus yang serius bosan gak
sesekali berpeluang begini mmg hilang stress kejap keje kat opis..




2 comments:

mummY daniSha said...

wahhhh seronoknye die punye team building huhu

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

bestnye team building smpai ke pagkor ha..kite team building takat kat hotel dlam kuantan jek..wuwuwu..nway, cuti sek bulan 6 ni kami sefamily pon nk ke pangkor..eskited sbb dulu gi time anak dara..ni ist time nak gi satu famili..hihi