♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, March 26, 2015

Kehilangan tak disangka...

Lama tak menulis di sini. jenguk pun tak sempat. sibuk sgt sejak akhir-akhir ni nak baca blog kengkawan pun tak dapat. sedih....

banyak citer yang tak dapat nak diciter. kisah kami gi jenjalan. of coz la mesti la suka gi jenjalan kan. bergambar bkn main, tp tak sempat nak upload sini. 

kisah family, suka duka kami.

sebenarnya, bulan lepas kami berduka. dan skrg dah makin berkurangan. malam tahun baru cina CNY tu kami sekeluarga adik beradikku sempat berbbq. makan ramai-ramai. potong kek. nyanyi lagu birthday, bakar-membakar, makan tak ingat.. penat tapi seronoknya dapat berkumpul. adik-beradik kita suma adik kecuali kakak ipar dan 2 anak sedara. yang anak sedara yg keje pun sanggup datang pas abis keja nak jumpa atok, wan dan makcik pakcik dan sepupu kecik dia.

esok paginya (20/2/2015, Jumaat), jam 10.00 pagi. terima call dari pembantu rumah kakak. time cuti mmg kakak akan dok umah mak abah. ingat apala kan. nak suh breakfast kat umah mak abah ke.. nak ajak gi memana.. skali........ 

"Ayu, duan kak long dah tak ada!!"

"Apa?" "Tak ada apa?

"Duan kak long dah meninggal"

paaaannnngggggggggggggg

"Nape? accident ke?" terbayang sebab anak sedaraku yang sanggup datang dari tempat keje malam-malam tu balik dari motor dari umah atok wan dia..

"Semput............" (dia mmg ada semput dari kecik, mmg ada inhaler)

ya Allah.... abang..........................(panggil hubby)

rasa nak pengsan....

"Abang............. duan dah takde abang.............) saat menaip nipun airmata mengalir.....

dah terus siap-siap. tak sempat nak gi makan.. terus beli roti krim untuk anak. kemas baju terus gerak..

gerak ke umah mak abah...

suram............. menangis....

semalam.. umah mak abah meriah dengan hilai tawa pekik gembira kami...

esoknya.. cepat benar berubah..

Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar. dari saat duan dibawa ke rumah, dibawa ke surau, dimandikan, dikapankan, dikebumikan segala berjalan dengan amat baik. 

Kami redha... pemergiaanya di hari yang mulia. hari jumaat.. di saat solat jumaat, dikau turut bersama ratusan jemaah. disolat jenazah oleh ratusan jemaah juga selepas abis solat jumaat.

Diiringi ke rumah barumu dengan ramai orang kengkawan, jemaah surau, sedara mara...

Sehingga kini, masih ramai yang berkumpul di rumah barumu..

Kehilanganmu anak yang baik dan hormat orang tua. manja dengan mama dan abah. suka melayan sepupu-sepupu kecik dia. mesti nak dukung. mesti nak ajak main-main.

Bersemadila dengan tenang Muhammad Ridhwan. Ditempatkan di kalangan orang yg soleh dan beriman.


 


 

2 comments:

Kuazue Mohd said...

salam takziah.

Moga beroleh ketenangan hendahnya arwah di sana dan kalian yang ditinggalkan pergi

shiemz said...

Alfatihah