♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, February 4, 2015

citer di bulan februari

la... baru 1 entry je tahun ni? tajuk citer pun cam nak buat satu bulan satu citer je kan. haha.

apesal la liat sgt ni. xde citer best pun. nak amik gambar pun malas. cuti lama hari wilayah dan thaipusam pun xde ke mana. dok umah, masak-masak, jalan-jalan titiwangsa... batu caves.. dekat je dgn umah. saja nak rasa kemeriahan kat batu caves walaupun dalam kete je. mmg jem. tapi seronok je tgk. anak-anak pun suka je sbb biasa lalu kat tangga-tangga tu kosong, kali ni tak nampak lantai tangga dah. penuh dgn orang je. sibuk je ayna suh papanya carik parking sbb nak naik tangga. mmg takla.

kalau ada gi mana-mana sure dah meriah kat sini dgn gambar-gambar dengan citer yg sampai 7/8 episod. ni sbb dok kl jek. nak bajet puye pasal makanya wat masa ni sampai bulan 4 terpaksa la jenjalan dekat-dekat je tau. takde tido2 hotel. padahal geram je nak booking itu ini. no..no.. kena saving.. menyesal la pulak booking awal-awal ni. dah tak keruan tau. nak beli itu xleh, nak beli ini xleh. time gini la iron rosak, dvd rosak pulak. apa-apa hal kena tunggu pas bulan 4. pas balik holiday lu. nak kemana tu? ala.. luar border malaysia skit je. dekat je pun. tu je yg mampu booking tahun lepas. setahun yg lepas tau... setahun tu booking nak harga murah puye pasal. xrasa eksited pun. sbb bukan tmpt best kot. huhu... takpe harap dah dkt time ni mood holiday tu datang. skrg sbb kena jimat-jimat tu yg rasa xbest tu. kihkih... namo sedih-sedih.


time bawak budak kecik ni check up 1y 7m
 last cucuk ni
berat alhamdulillah naik 2kg
masa demam aritu terus susut badan dia
skrg dah naik skit
makin bulat.. geram..


ni time nak gi wedding
dekat ngan umah je pun


mama n doter
suka nau melawa kakak ni


ni semalam puye citer
petang baru kuar
plan sebelum tu nak gi OU
sampai round nak dkt 20 minit takde parking pun
lebih banyak kete masuk dr nak kuar
sudahnya bayar gak RM2 terus kuar parking gi titiwangsa
mmg plan pas balik dr OU nak gi titiwangsa
dah tak jadik tu terus gi sini
byk masa la kat sini 
org pun ramai, cuaca pun redup je

suka la tu si kecik tu dpt main bola
mmg boy sgttttttt
 

rindu pulak dgn ayna ni
makin banyak akal
makin banyak cakap
dah nak masuk 4 tahun
sibuk nak skolah
nanti-nantila yek sayang mama papa antar



No comments: