♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, December 31, 2014

Cuti-Cuti Bajet IPOH

Planning last minute. kesiankan anak-anak cuti skolah tak ke mana pun. Nak gi jauh-jauh takde bajet banyak. tapi hati ni nak sgt gi jalan arah utara. sbb ujung tahun nak gi arah selatan pulak. Nak tunggu yg cuti PD tu cam lambat sgt. ingat nak bawak anak-anak gi tido hotel dekat-dekat je. tido hotel kat KL atau area selangor. tp dah last minit, penuh!! 

Pergi pun weekend mmg la penuh. hubby takleh cuti terpaksa la gi weekend.

Kebetulan kakak pun nak bawak anak-anak dia jalan mandi kolam. nak ke penang katanya. ehh... cam nak follow je. tp follow sampai ipoh je. alih-alih kakak kata tak jadik sampai penang, dia pun nak gi ipoh je. ok.. cun.. call hotel nak book.. ehh ada kosong pulak apartment. tp dapat yg studio room apartment. yg dua bedroom dah penuh. So, book dua bilik Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh. dapat murah RM160 semalam diskaun harga gov staff. Ingat nak beli guna AGODA tapi mahal RM198. alhamdulillah.. dapat jimat RM30. 

datang awal kol 3 ptg tp kecewa tak dapat check in. bilik lom siap.

mmg angin jugak sbb badan dah penat tp takleh masuk bilik lagi. kol 4 baru dapat masuk tupun 1 bilik je. 1 bilik lagi lom siap. berhimpit la reramai dalam 1 bilik sementara tunggu 1 bilik lagi siap kemas. 

kol 5 lebih baru bilik kami siap. dah la pintu susah nak bukak. banyak kali kol lobby mntak housekeeping naik aktifkan kad. tak naik-naik jugak. sudahnya kami yang turun. banyak kali gak turun kat lobby aktifkan kad sbb kad akses pintu dia tersgt la sensitif. bukan ltk dkt hp pun. turun ke lobby berlenggang je tak bawak hp. biler naik atas nak try swap kad tak leh jugak. grrrr..



suka anak-anak dapat mandi dgn sepupu2 dorg pulak tu


bonda kesayangan





pagi ahad tu makan kat hotel. rugila dah dapat kupon tak makan kat hotel
makan ala kadar je pastu nak gi pekena telur goyang kat luar pulak.


geram tgk!! taknak jalan dgn orang besar
dgn kakak kecik jugak dia nak pegang tangan


rugi tak rasa telur goyang ni
okla pada yang suka telur lembik camni
kita suka sgt


pas kuar breakfast balik hotel cepat2 anak-anak nak mandi kolam lagi
nak check out kol 1 ptg sbb smlm geram dapat check in lambat.. kihkih..




 mandi la puas-puas




No comments: