♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, December 31, 2014

Cuti-Cuti Bajet IPOH

Planning last minute. kesiankan anak-anak cuti skolah tak ke mana pun. Nak gi jauh-jauh takde bajet banyak. tapi hati ni nak sgt gi jalan arah utara. sbb ujung tahun nak gi arah selatan pulak. Nak tunggu yg cuti PD tu cam lambat sgt. ingat nak bawak anak-anak gi tido hotel dekat-dekat je. tido hotel kat KL atau area selangor. tp dah last minit, penuh!! 

Pergi pun weekend mmg la penuh. hubby takleh cuti terpaksa la gi weekend.

Kebetulan kakak pun nak bawak anak-anak dia jalan mandi kolam. nak ke penang katanya. ehh... cam nak follow je. tp follow sampai ipoh je. alih-alih kakak kata tak jadik sampai penang, dia pun nak gi ipoh je. ok.. cun.. call hotel nak book.. ehh ada kosong pulak apartment. tp dapat yg studio room apartment. yg dua bedroom dah penuh. So, book dua bilik Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh. dapat murah RM160 semalam diskaun harga gov staff. Ingat nak beli guna AGODA tapi mahal RM198. alhamdulillah.. dapat jimat RM30. 

datang awal kol 3 ptg tp kecewa tak dapat check in. bilik lom siap.

mmg angin jugak sbb badan dah penat tp takleh masuk bilik lagi. kol 4 baru dapat masuk tupun 1 bilik je. 1 bilik lagi lom siap. berhimpit la reramai dalam 1 bilik sementara tunggu 1 bilik lagi siap kemas. 

kol 5 lebih baru bilik kami siap. dah la pintu susah nak bukak. banyak kali kol lobby mntak housekeeping naik aktifkan kad. tak naik-naik jugak. sudahnya kami yang turun. banyak kali gak turun kat lobby aktifkan kad sbb kad akses pintu dia tersgt la sensitif. bukan ltk dkt hp pun. turun ke lobby berlenggang je tak bawak hp. biler naik atas nak try swap kad tak leh jugak. grrrr..



suka anak-anak dapat mandi dgn sepupu2 dorg pulak tu


bonda kesayangan





pagi ahad tu makan kat hotel. rugila dah dapat kupon tak makan kat hotel
makan ala kadar je pastu nak gi pekena telur goyang kat luar pulak.


geram tgk!! taknak jalan dgn orang besar
dgn kakak kecik jugak dia nak pegang tangan


rugi tak rasa telur goyang ni
okla pada yang suka telur lembik camni
kita suka sgt


pas kuar breakfast balik hotel cepat2 anak-anak nak mandi kolam lagi
nak check out kol 1 ptg sbb smlm geram dapat check in lambat.. kihkih..




 mandi la puas-puas




7th birthday KAKAK ECHA!!

20/12/2014 genap kakak Echa 7 tahun. Anak penghujung tahun. huhuhu..

Takde plan apa pun sebenarnya sbb ekonomi tgh gawat. hehe.. bajet tarak. bagus kakak Echa nak mamanya wat sendiri kek. si adik lak yang beriya ajak gi kedai kek nak beli kek. aikkk... dia lak yg over tau.

bahan-bahan dah ada cuma tinggal beli edible image frozen atas kek tu. dia nak tema frozen. kesian anak mama nak sgt pakai gaun labuh frozen tu. mama tak beli-beli pun. 

buat jugak apam polkedot comel skit. sbb suka sgt main kaler-kaler. anak-anak pun kalau wat sendiri bukan main banyak makannya. cam la sedap sgt. haha.


kakak echa semangat nak tolong
ntah jadik ke tak wahai anak..
mama main rembat je resipi mana yang ada ni...


sambil tunggu kek tgh bakar, mari kita adun kaler untuk apam pulak



ehh.. comel pulak kek kita ni
sian... xde loyang besar. yang ada pun loyang kecik je muat-muat untuk oven kiter yang comel
nanti nak beli loyang yang bentuk petak pulak


main susun-susun atas kek
bolehla asal ada rupa kek ye tak


parti buih. kihkih.
nak sgt beli yg buih-buih tu. gi main kat luar.



kek khas untuk kakak Echa
  



Selamat hari lahir anakku Aysha Maisara Naper cepat sgt besar anak mama ni. Dah pandai melaram, sgt suka melawa. Moga jadi anak yang solehah, mendengar kata dan bijak.




Tuesday, December 23, 2014

Layan teater pulak

Teater Takhta 3 Ratu dah abis pun. Berkesempatan tengok teater Takhta 3 Ratu lakonan awie, erra fazira, izreen, azri iskandar, abangku Remi Ishak, Soo Win Ci dan ramai lagi la. Ni kali kedua kiter tgk teater. Hubby pulak yg ni first time. Kakak echa pun angkut sama bawak tgk teater. Ingatkan dia bosan tapi rupanya dia happy sgt. teruja sbb dia kenal pelakon-pelakon kat atas pentas yang paling dia kenal mestila awie sbb citer hantu kak limah, erra pulak dia kenal pasal Primadona, Izreen pulak pasal citer Kerana Terpaksa Ku Relakan. suka tgk dia happy pandang kiri kanan terjenguk-jenguk kepala sbb tak nampak depan. sian... 

Mamanya pulak terkebil-kebil nak terangkan biji mata bila abg remi ishak keluar. gosok2 mata ni sbb leh lak lupa nak bawak spek mata.







Abis dekat kol 12 tgh malam. pengalaman yang best dan bermakna sekali buat kami. Happy hour..


Wednesday, December 17, 2014

Kelas sejarah family ayuwan melawat Tugu Negara

Last skali gi tmpt bersejarah zaman sekolah. itupun kalau ada rombongan sekolah takpun parents yg bawak gi situ sbb subjek sejarah kan. memorial tuanku abdul rahman projek tingkatan 3 buat kat situ. ni pasal kes petang-petang blur taktau nak bawak budak jalan mana. cuti skolah pun xde bawak ke mana lagi time tu. biasa petang-petang bawak dorg main kat playground titiwangsa takpun kat tasik metropolitan. kali ni nak ubah angin bawak gi tasik perdana pulak la. slalu lalu situ je gi opis je. 

biler lalu kat tugu negara slalu tak turun, sbb takut anak-anak bosan je. cakap ngan kakak echa tak best pun. tgk dari jauh jela. padahal mamanya malas nak berjalan.

kali ni cam rajin lak nak turun.

pastu tugas si papa explain kat anak-anak motif patung-patung tu dibina.

mama?

kejar si kecik aqil tu. dia nak masuk dalam kolam kat situ!!!!! grrrrrrr...... 






suka dorg ni berjalan berlari
tempat luas kan
pastu upah lak bagi makan aiskrim. mmg syokla kan.



gaya lentok ayna yang kuat sentap skrg ni...



kakak echa cakap best je tempat ni mama. naper mama cakap tak best.. hahhaha

pastu layan anak main kat playground tasik perdana pulak.




Aktiviti family di dapur APAM KALER-KALER

Lately ni suka buat aktiviti kat dapur ngan anak-anak. Aritu try buat apam polkedot. gigih carik resipi kat facebook group resipi ringkas dan tgk youtube cara nak buat. sbb dah terbayang anak-anak mesti suka tolong kacau main kaler-kaler tu. kali pertama buat utk kakak echa bawak gi skolah jamuan akhir tahun. bersemangat dia bawak gi skolah sbb buat sendiri so dia lagi menghargai hasil buatan tangan sendiri.

dah dua kali buat ni syok pulak. nanti besday echa sabtu ni nak buat apam polkedot lagi. anak-anak merengek ajak main masak-masak buat kuih.


suka tolong kacaukan kaler-kaler tu
 
  

papa pun layan skali
pastu main hentam taruk nak wat gambar angry bird
lastnya jadik bentuk ayam gantung-gantung je tgk
nak buat corak lain, jadinya corak lain. kehkeh




hoyehhhh jadikkk
okla kan first trial dah jadik
pasni leh la amik order pulak. kihkih..


 kiter follow resipi ni je
thank you puan puye resipi

:)