♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, September 29, 2014

Bengkel Team Buliding Opis 2014 day 2

pagi tu kiter bangun awal. takyah sembahyang jemaah kat surau. kalau kena jugak, sejuk-sejuk, pepagi kol 5.30 nak gi surau mmgla malas. sembahyang kat bilik je. tenangnya kat sini. berkabus.. kawasan felda ada pokok kepala sawit, ada dusun durian, ada pokok rambutan, cempedak. mmg best.

pagi tu senaman dulu. kena la lembutkan otot, urat-urat nak berakit nanti. makan pagi kena makan macam raja. tu yg konsultan kami cakap. hehe.. so, mmg kami makan macam raja puyela.

pas makan, sume kena jalan kaki ke tasik. kat sini tempat jauh-jauh. kena jalan jauh. lobi resort ke chalet pun jauh.

dgr taklimat konsultan hotel camne nak wat rakit. saspen.. saspen...


45 minit masa utk wat rakit ni
yg pompuan ni tolong ikat-ikat jela
kiter tlg pegang je batang pvc tu, tak reti nak ikat-ikat ni
ikat kena kuat kalau tak terburai kat tasik tu nanti

 
muka riak kami
kumpulan 1 dan 2 bekerjasama
kami kumpulan pertama yg siap dulu
mmg riak dan sombong weh. saja wat bising kasi kumpulan tekanan
alih2 kami yg tekanan. hahaha.. pasal pe tau, rakit kami nyaris2 nak tenggelam
tp nyaris2 jela. tak tenggelam pun. huhu.


untungla pakai jaket pun ada yg tolong pakai kan.. time ni ingat kat hubby dah.. camne kalau kiter tenggelam dalam tu. tak reti berenang. kalau hubby ada leh gayut kat dia dah. abang... abang... tolong...


bergambar ramai-ramai sebelum sesi berakit
 

time nak dah naik kat rakit hanya Alalh je la yg tau
takutnya rasa. kiter tak reti berenang walaupun selalu je gi mandi kolam. toink.. toink..
wat muka konfiden je. muka semangat, padahal hati ni gundah-gulana
takpe... naik reramai... satu team.. kalau naik sorg-sorg leh pengsan kot.

kayuh... kayuh.. aik. tgk rakit org lain cun je. timbul je tong biru tu
elok je dorg naik, laju pulak

tapi, rakit kami, tong biru tu tenggelam
puyela slow and steady
kaki pun paras air je. uwaa... maintain... jgn takut.. uwaaa....


kayuh.. kayuh... penat kayuh riles jap
mmg kami plg lambat sampai
tp selamat uolls
biar lambat asalkan selamat
tula tadi time wat rakit bukan main riak kan cepat siap konon


  kumpulan lain dah sampai kami baru la nak uturn.. kikiki..


time ni dah paras bahaya ni


alhamdulillah. tak tenggelam cam kumpulan ni
mmg tengah-tengah tasik rakit leh terburai
ada 2 kumpulan rakit pecah
syukur kami selamat sampai ke penghujung

 mmg seronok sgt aktiviti ni
bukan selalu pun ada aktiviti camni kan
petang ada treasure hunt
malam tu ada bbq dinner, karaoke..

esoknya masuk gua pulak. yg ni adventure gilos..








Bengkel Team Building Opis 2014 day 1

Dah nak penghujung september baru la muncul kiter ni. busy pun ada jugak. malas pun ada jugak. minggu lepas penat berbengkel team building opis kat Felda Tekam, Pahang. Seronok sgt walaupun sedihnya nak tinggal anak-anak lagi si kecik aqil tu. dua malam nak tinggal aqil pun tak dapat la menyusu badan, golek2 atas katil dgn mamanya. rindu bau masyam, rindu bau rambut dia.. haih.. sumela rindu.. yg kakak2 nya pun rindu jugak. tapi dah biasa tinggal kan. dgn papa dorg takdela rindu pun. biasa-biasa je.. hehehe...

cam biasa akan pening biler nak kemas beg. sorg puye pun xreti nak kemas ni pulak nak kemas beg utk 5 beranak. sudahnya sumbat je sume dalam beg. baju pun berhelai2 bawak padahal pegi 3 hari 2 malam je pun. iron, telekung, sejadah. kasut, selipar beg lain, makanan beg lain. banyaknya beg. haih.

bangun pagi. padahal malam tu kol 3 pagi  baru dapat lelap mata. tgk anak-anak tido. huhu.. sayu time ni. bangunla. bangunla. mama dah nak gi work jauh ni.
 

kejut aqil bangun. nak memain dgn dia. tp dia ngantuk sgt mata pun bukak tak bukak.



 

3 bas yg bawak kami ke felda tekam, pahang. dalam bas tido je sedar dah sampai kat hentian temeroloh. pastu sambung tido lagi.



dalam bas nak gerak dah.


Chalet kami. satu chalet 3 org. besar chalet dia. ada satu katil queen dan dua single. nak letak 4 org pun boleh.


 

petang tu hari pertama terus bagi-bagi kumpulan. cam biasa la kena ada ketua, nama kumpulan, logo. moto dan visi. part ni mmg malas sgt tau. benci tul kalau kena wat camni. tapi kali ni best pulak sbb kejap je dah dapat nama, logo kumpulan.  lupakan jap jawatan memasing kat opis. kat sini sume sama.


poco-poco
kena hafal step kat poco-poco
kalau salah step malu arr..
biler dah pandai, berlagak weh. mula la lentok-lentok badan ni. haha.


acara petang. sukaneka. yg ni best sbb games sume best.  tak kisah menang ke kalah tapi enjoy tu yg penting. terasa lama badan ni tak berlari, otot menegang, urat sume tegang la.



main tampal-tampal guna paper
ntah apa yg jadik lantak la


grrrrrrrrrrrr............ muka takut...
dgn konsultan kami kat sini
kali ke 2 dgn dia ttp best


sempat bawak baju aqil yg dia baru pakai malam sebelum tu. bau masam-masam pun ada lagi. sebenarnya time ni dah sayu hati sbb tak bawak pam susu. ingat je pam susu tp tak jumpa letak mana. last bawak time kursus kat janda baik bulan 4 dulu. kena la perah guna tangan. :(

kol papa jap nak cakap dgn kakak echa dagn kakak ayna. macam-macam dorg taye.

cuba nak tido sbb esok lagi penat sbb nak wat rakit dan berakit. camnela agaknya tu.

takleh tido sbb tempat baru. terkebil-kebil pandang kiri kanan.