♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, August 29, 2014

selamat hari kemerdekaan dan selamat bercuti!!

Hooyehhh.. cuti 3 hari. sukanya dapat cuti direct 3 ari camtu. macam-macam boleh wat. kalau rajin, nak kemas umah, kalau malas, biar anak-anak sepahkan kang dah ada mood baru kemas. sama la gak kan kena kemas jugak. penat-penat pun tetap kena kemas mata ni takleh pandang kalau ada benda kat lantai. kemas sambil mulut bebel-bebel. hehehe..

taktau nak pegi mana. nak gi jenjalan tido hotel dgn family hubby cam tahun lepas. Lambat sgt book so hotel dah penuh. mencik tau. plan nak gi port dickson tido kat apartment seri bulan yg kiter pegi tahun lepas. menyesal wat review bagus-bagus pasal apartment tu, dah ramai yg nak stay kat situ. dah takde kosong. kalau sebelum kiter review, banyak je kosong tau. mencik... kihkihkih.. betul la ni. so, cuti jauh-jauh kiter postpone cuti sekolah bulan 9 ni.

selamat hari kemerdekaan Malaysia. disini lahirnya sebuah cinta......

Wednesday, August 27, 2014

Rumah Terbuka Raya-Raya - Part 2

Apa la puye lama baru nak sambung citer. tak baik citer tak abis ni kan... raya pun dah abis lor.. 

Dah lewat petang ramai lagi yang datang. kengkawan kakak ipar, adik ipar pun datang silih berganti. ramai kakitangan umah mak abah jadik senang sbb ada je yg tolong top up makanan, wat air.



adik dan kakak ipar kiter... :)


eekkkk... sebenanrnya time ni tercekik leher kiter tau
with mak sedara, cik nab dan cik mah


ketibaan makcik dari bangi, cik gee @ mummy gee



bila besan berjumpa besan.. apala yg disembangkan tu
jgnla abah ngadu macam-macam.. dengan penuh harapan.. huahua.. tapi kiter anak menantu yg baik je.. 
ke tak??


dgn mak dan kak ipar dan anak sedara dan sorg laki di situ (mmg takleh kasi lepas itu budak, kang abis dia baling kasut sume orang)




dengan kak zie, jiran kami




dgn syera dan zafran sebaya dgn aqil


ni kakak kiter and hubby dia



hubby dan sepupu dia
motif bantal kat perut? huahua


terselit jugak abah di situ

tak ajak kengkawan pun yg kat opis ke kawan skolah ke. sebab rasa time tu cam tak rajin nak layan. susah la.. nak layan orang ni, kang nak layan orang tu, sudahnya tak terlayan. leh tak camtu? ajak keluarga sendiri je tu lagi penting. mana-mana jiran yang kiter kenal, kiter lepak duduk la sesama.

dok luar kat khemah sbb si kecik tu nak bebas jalan. taknak dukung. kalau dah bagi dia jalan, mula la dia cuit orang sana, orang sini, amik selipar orang pastu bau pastu baling. mmg nak kena tengok je tau. ngantuk tapi taknak tido.

kang kalau dia kacau anak orang padahal dia tak wat pe pun just nak bangun jalan pun budak dah nangis ingat nak babap dia la or nak kacau dia, nanti mama budak tu ingat aqil kacau pastu marah anak kita. sedih tau.. taula anak kiter lasak, buas ganas. tapi biasala kan bebudak. kakak-kakak dia pun xde la lasak sgt pun. lasak gegurl dgn lasak boboy lain. tetiba lak sentap..
 

yessss... akhirnya kol 5 lebih tido jugak anak bujangku
tewas akhirnya

 

dah tido si kecik tu. baru teringat yg jiran sebelah umah ktorg pun ada wat makan-makan. cam tak syok lak kalau tak pegi. ajak jugak jiran kami ni ke open house sini. tak dtg pun takpe. tuan umah takkan nak tinggal tetamu pulak. lain la kami ni bukan tuan umah kedaun, anak tuan umah je.  umah kami pun selang baper lorong je dgn umah mak abah. leh la rempit jap. seronok rempit berdua-duaan ni. pinjam motor adik ipar. feeling-feeling mat dan minah rempit sat. dapat peluk-peluk. naik motor kena la peluk kuat-kuat, dok rapat-rapat. kang jatuh. hahaha..
 
nak dkt kol 7 sampai, sebelum maghrib kami dah balik.


baju jubah nursing
dah lama nak carik jubah menyusu yg penting murah dan selesa
jumpa jugak ni beli online 
 nak pakai jubah kena tunggu anak dah tak menyusu lagi barula leh pakai jubah
leh je kalau nak selak sampai atas kan, saja je tu. teringin puye pasal rembat la satu. satu je pun...


dah abis majlis baru perasan takde langsung gambar berdua-duaan dengan hubby yg okay skit
takat selfie berdua kat atas motor tadi wat pe


dan... gambar dgn ipar-ipar tersayang ni.. ada jugak walaupun time ni dah letih sgt tunggu time nak mandi tukar baju




tetamu last yg datang, jiran kami dan geng bas sekolah aysha


dgn kak aju, jiran kami
dia ni blogger jugak
sama-sama muda, sama-sama anak tiga

hehe..

setel majlis kami..
raya pun dah abis..
huhu..



Wednesday, August 20, 2014

Rumah Terbuka Raya-Raya- Part 1

Alhamdulillah. selesai sudah event besar dalam family kami belah hubby. macam biasa acara tiap-tiap tahun bila raya... OPEN HOUSE.. mmg dah biasa buat tiap tahun, so kalau tak buat rasa cam tak best pulak. ramai yang akan taye bila nak buat open house. kalau takde open house, takdela datang beraya ke rumah. ada ke camtu? huhu.. tahun ni malas nak wat makan-makan kat umah sendiri, jadiknya kiter tumpang kat umah mak abah hubby je. jemputan pun sedara-mara, kengkawan mak, abah dan adik-beradik hubby je. yg kiter cuma ajak family kiter. hubby lak ajak geng-geng rukun tetangga dia.

Malam tu tido umah mak abah hubby. senang nak bangun pagi. takdela nak kena mengangkut bebudak. leh la tolong-tolong masak dan kemas umah. utk savekan bajet apa yg boleh masak, kiter masak. yg nasik je kiter order. dan sate..


hubby dgn roti jalanya
leh la kalau nak uoll nak order







pasang jugak khemah
pagi tu hujan turun lebat
alhamdulillah, dah tengahari ujan dah berhenti


family abang yg plg awal dtg
tukang rasmikan makanan
time ni kiter pun tak tukar uniform cantik lagi, takdela gambar kiter kat sini
masih lagi berbaju tshirt bermuka comot
rasa cam malas je nak tukar baju lawa, tp kang dah sama dgn bibik la pulak



taraa.. kiter dah tukar uniform
sbb anak-anak nak pakai jubah princess, harusla mama dorg tak ketinggalan
dapat jugak carik jubah nursing mmg utk menyusu ni 
ada zip kat belah dada sbb aqil mmg kalau mamanya ada mmg menyusu badan tak kira tempat dan masa


sebesan.. mil dan mak kiter






dgn mak sedara hubby, cik nab @ mama miraki
yela, mmg cik nab la yg kaki posing, kaki selfie.. 
ada sorg lagi geng selfie jugak mak sedara hubby @ mummy gee tapi lom datang lagi


mil, sil, mak-mak sedara

gambar dan amik gambar lagi. dah lewat petang masih ramai yg datang. lauk pun masih banyak lagi tu yg penting. kiter lak tak lalu nak makan sbb penat sgt. ke byk dah merasa time masak yg wat senak perut. 















Wednesday, August 13, 2014

Raya-Raya Johor

gegege.. ayoyoyo. dah 17 syawal barula nak citer pasal 2 syawal.

pagi raya kedua, pepagi dah semangat bangun. anak-anak pun semangat mandi pepagi nak pakai baju cantik puye pasal. dorg pun excited nak blk kampung jumpa geng2 kecik dorg kat sana. terus pakai baju raya sbb nak gi beraya kat Muar dulu belah abah mertua.


siap-siap nak gerak dah
gerak skali dgn family hubby
baru best

seronoknya time ni perasaan nak balik kampung beraya 
takde kampung so dapat merasa menumpang keseronokan kat kampung hubby seronok dah



dress pilihan kakak echa
dia mmg demand tau (ikut mamanya kot.. huhu)


beli jugak utk adik ayna
pusing-pusing badan dia nak kembang skirt tu



dgn adik-adik ipar sebelum bertolak

jalan jem
ingatkan raya kedua dah tak jem
skali jem jugak
takpe2.. leh layan lagu balik kampung
anak-anak pun hafal dah lagu tu

perut lapar singgah makan mee bandung dulu

kol 3 ptg sampai dah kat umah makcik kat muar


susunan dari besar ke kecik.. heheh
si kecik skali tu sgtla tak dok diam
asyik nak tawaf satu umah je

  
 

 dah setel beraya 2 umah pun badan dah penat 
tak sabar nak sampai kampung nak mandi
nak dkt maghrib barula sampai kampung


echa dgn uncle kenit dia, Amir
dah besar tgk gambar ni mesti malu-malu.. hehe
 


hamboih.. ni bebudak yg amik gambar sendiri la ni
macam gaya ada


mesti nak kena bagi something
aqil dgn penyapunya di mana-mana
ni tak bagi dia sendiri yg gi amik


raya ketiga, gi beraya lagi
 
 

makcik-makcik belah hubby yg suka bergambar


malam raya ke3 tu wat bbq
seronok kalau ramai-ramai wat acara camni
mmg la asyik maka-makan je


ramai-ramai ni umah luas pun tetap nak menyelit dok satu tempat gak


selalu aqil buli orang
tp dgn dhiya comel ni aqil jadik gentleman. taknak lawan
redha dan pasrah je kena buli
 

ayna yg pemalu
dia seboleh-bolehnya taknak turun dapur sbb kat dapur ramai orang
dia suka lagi lepak kat bahagian atas

ni nenek-nenek dia dapat tangkap dia amik gambar
alololo... ayna wat muka camtu... cuteeee

raya ke4 dah balik gombak 
raya balik kat gombak