♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, July 23, 2014

25 ramadhan.. rezeki ramadhan tahun ni.

arini dah 25 ramadhan. ya Allah.. cepatnya masa berlalu. ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. syawal bakal menjelma. persiapan raya pun tak complete lagi. duit raya dah tukar. gomen kan gaji semalam. terus kuar duit terus gi tukar. huhu. 

ni citer minggu lepas, yg kena keje ari ahad sbb ada event kat dataran merdeka. program bubur warisan dan berbuka puasa. kol 4 ptg gerak dari umah hubby antar sampai sana. memula plan nak ajak dia join skali pastu gi jalan masjid india skali la nak carik baju melayu si kecik. dia antar je dulu, pastu dia gi setelkan keje. malasnya nak balik sendiri naik lrt. hehe.. skali dia call kol 6 ptg kata dah parking kat area situ gak. yehuuu... datang jugak kan.

agak-agak dah setel keje, leh la pegi merayau pulak.


seriusnya muka..



anak-anak tahfiz


geng-geng opis kiter


cik abang kiter pun nak tulis jugak kat situ


suka kak echa dapat ikut
ayna dan si kecik tak bawak



jalan pun tak sesak
puas jalan kat wisma yakin nak carik baju melayu si kecik tu
kat jalan tar dah carik tapi takde kaler yg nak
dapat jugak kat sini
ok.. setel..
 
lagi 30 minit nak buka pose
sambil jalan beli ayam grg uncle bob echa yg request
air pun beli jugak
tak penah merayau kat jalan tar ni time nak berbuka pose ni

byk melantak air sejuk sbb haus sgt
first time merasa buka pose tepi jalan
 sekali sekala syok jugak
balik kang baru makan banyak-banyak. 

dah berbuka terus balik
sian pulak kat ayna ngan aqil kat umah nenek kena tinggal


projek rempeyek kami
alhamdulillah.. setel antar kat kengkawan opis dan sedara mara yg order
leh la wat top up duit minyak dan tol nak balik kampung
 
  

sahur pagi tadi wat nasi lemak
kira rajin la ni sebab kol 4 pagi dah bangun nak masak nasi lemak
kalau tak, sebelum tido dah siap masak nasi 
kalau malas atau bangun lambat leh wat nasi goreng takpun dengan telur goreng kicap pun dah sedap


pagi tadi puye majlis
alhamdulillah, selesai majlis khatam al-quran
 
 

2 comments:

Normi Nieza said...

panjangnya citer dia..:)

lia said...

wahhhh da wat khatam ke... ktorg esok ;)