♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, July 24, 2014

selamat hari raya aidilfitri

kad raya tak sempat nak wat. guna je gambar yg ada.

selamat hari raya buat semua kengkawan kat sini. yg rajin datang kat blog kiter, rajin komen sini, silent reader. kalau ada salah dan silap, ayat-ayat yg menguris hati dan perasaan, mohon kemaafan.

berhati-hati ketika pulang beraya di kampung.




Photo-photo raya kami

Mood raya sudah mari.

Gambar-gambar raya ari pertama dari mula kawin sampai dah anak tiga. dari berdua, sekarang berlima. insyaallah, moga tahun ni dapat meraikan bersama-sama.

Tahun ni turn raya umah sang isteri dulu, baru la balik kampung sang suami. tetiap tahun mmg camni senang. lagipun dekat je gombak - johor. tetap balik cuma raya pertama or raya kedua je.


tahun 2007
baru-baru mula kawin
turn balik kampung hubby dulu
tengah pregnant echa 6 bulan time ni
time ni tgh malu-malu meow lagi dengan makcik pakcik belah hubby.. kehkeh...


tahun 2008
raya pertama di umahku
time ni mood bergaya ntah apa-apa.. janji sedondon dgn anak sudah.
 

tahun 2009
turn raya pertama kampung hubby
tema oren


 

tahun 2010
turn raya umahku dulu
tema warna grey


 

tahun 2011
raya pertama kat kg hubbby
dah bertambah ahli sorg... ayna yg bulat
tema turquoise



tahun 2012
raya pertama umahku
tema purple 

 

tahun 2013
turn kampung hubby dulu
dah berlima dengan adanya si kecik aqil
baru abis pantang time ni
tema gold pink
 

insyallah tahun ni raya di umah kiter dulu
raya kedua baru balik kampung hubby
pagi raya kat umah mak abah kiter
tengahari sikit baru gi umah mak abah hubby sbb dorg pun balik kampung petang raya or raya kedua


camne la nak bergambar raya kali ni sbb si kecik dah pandai jalan
susah nak dok diam





Wednesday, July 23, 2014

25 ramadhan.. rezeki ramadhan tahun ni.

arini dah 25 ramadhan. ya Allah.. cepatnya masa berlalu. ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. syawal bakal menjelma. persiapan raya pun tak complete lagi. duit raya dah tukar. gomen kan gaji semalam. terus kuar duit terus gi tukar. huhu. 

ni citer minggu lepas, yg kena keje ari ahad sbb ada event kat dataran merdeka. program bubur warisan dan berbuka puasa. kol 4 ptg gerak dari umah hubby antar sampai sana. memula plan nak ajak dia join skali pastu gi jalan masjid india skali la nak carik baju melayu si kecik. dia antar je dulu, pastu dia gi setelkan keje. malasnya nak balik sendiri naik lrt. hehe.. skali dia call kol 6 ptg kata dah parking kat area situ gak. yehuuu... datang jugak kan.

agak-agak dah setel keje, leh la pegi merayau pulak.


seriusnya muka..



anak-anak tahfiz


geng-geng opis kiter


cik abang kiter pun nak tulis jugak kat situ


suka kak echa dapat ikut
ayna dan si kecik tak bawak



jalan pun tak sesak
puas jalan kat wisma yakin nak carik baju melayu si kecik tu
kat jalan tar dah carik tapi takde kaler yg nak
dapat jugak kat sini
ok.. setel..
 
lagi 30 minit nak buka pose
sambil jalan beli ayam grg uncle bob echa yg request
air pun beli jugak
tak penah merayau kat jalan tar ni time nak berbuka pose ni

byk melantak air sejuk sbb haus sgt
first time merasa buka pose tepi jalan
 sekali sekala syok jugak
balik kang baru makan banyak-banyak. 

dah berbuka terus balik
sian pulak kat ayna ngan aqil kat umah nenek kena tinggal


projek rempeyek kami
alhamdulillah.. setel antar kat kengkawan opis dan sedara mara yg order
leh la wat top up duit minyak dan tol nak balik kampung
 
  

sahur pagi tadi wat nasi lemak
kira rajin la ni sebab kol 4 pagi dah bangun nak masak nasi lemak
kalau tak, sebelum tido dah siap masak nasi 
kalau malas atau bangun lambat leh wat nasi goreng takpun dengan telur goreng kicap pun dah sedap


pagi tadi puye majlis
alhamdulillah, selesai majlis khatam al-quran
 
 

Friday, July 18, 2014

Dugaan ramadhan.. Dugaan Buat Malaysia. #MH17 :(

sedang kami laki bini sibuk siapkan rempeyek utk siapkan tempahan, tv mmg on takde la sunyi time menggoreng. tetiba berita tv3 pukul 12 ada sebut pasal MH..... oo.. dalam hati, masih ada lagi berita pasal MH370. takde la senyap je terus. tp dengar lain macam. rupanya ada pesawat MAS MH17 yg meletup di Ukraine. sedih tetiba. cepat2 nak setelkan keje sbb nak hadap dpn tv.

ya Allah.. begitu besar dugaanMu di bulan mulia ini buat Malaysia.

takziah kepada keluarga mangsa.





Friday, July 11, 2014

Tema raya tahun ni

salam jumaat.......

lama ku menghilang. tak post apa pun kat sini. takde idea nk mengarang. otak cam tepu nk mengayat. pose kan... lemah jadiknya. byk nk citer. pasal family outdoor photoshoot. pasal projek rempeyek, menu makan time buka pose. macam-macam la.

lagi 2 minggu nk raya. cepatnya rasa. baju raya budak-budak pun xde lagi. baju kurung ada la warna pink mintk MIL tolong jahitkan. beli kain 7.5m utk mak budak dgn pincess-princess. tp tu plan nak pakai utk raya kedua. so, raya pertama dah plan nak tema raya warna biru electric tu. carik2 kaler baju yg hubby takde. takpun warna emerald green pun lawa.  apa-apa pun kena carik baju melayu hubby dulu sbb dia saiz "model". dari thn lps dah aim baju melayu abg aaron aziz tak terbeli sbb time tu dlm pantang. kain raya sume dah beli time tgh sarat. baju melayu aaron pun tak kuar lagik time tu. huhuhu..

kalau jadik la kan kaler tu mmg nak beli siap je sume. dah malas nak tempah-tempah cam biasa.

ajak hubby gi jakel survey harga dulu. survey kaler skali. kalau saiz dia ada cun la mmg confirm kaler biru. sekali kan ..........................

ada happy hour uolls.. sume dapat harga RM150.00 dari RM280 skali sampin. kalau harga mmg RM280 mmg takde kami beli kot. baik beli kat pasar jln tar. takpun beli je yg jakel puye. sang hubby teringin nak jadi encem cam abg aaron aziz. dia teringin nak nampak macho. amikla warna biru, mintak saiz hubby xde saiz. dia kata bayar dulu utk dapatkan harga suka-suka RM150.00. dah byr baru pilih kaler, pilih saiz. dah bayar baru leh try baju la camtu. apakan daya, takde saiz hubby lor. tukar kaler lain la. dah bayar kan. warna hijau cam menarik tp cam byk sgt je yg beli kaler tu. kiri kanan sume pegang kaler hijau zamrud tu je. hubby gi amik kaler pink. sesuai ke tak dgn kulit dia ekk.. dia berkenan lak kaler tu. terus gi test. dia dah suka kaler tu amik jela. lagi pun jimat duit takyah susah-susah dan membazir duit nak carik baju yg gegirl ni. dah tempah awal-awal dgn nenek dorg. so, warna baju raya weoll raya pertama warna dusty pink. sudah tukar la. hehe. tinggal carik baju melayu my bambam aqil je.


warna ni yg tak kesampaian nak pakai utk tahun ni.


ni second choice.
tp, dah ramai sgt kaler ni
abg jakel tu pun ckp ramai giler beli kaler ni


kaler pilihan hubby.
moga encem, macho macam aaron aziz yer bang.. kihkihkih..














Tuesday, July 1, 2014

Setahun sudah umurnya my Aqil Rayyan

salam 3 ramadhan. hari ketiga berpuasa. 

kiter rileks je, cam biasa je (padahal sebelum tu dok pulun ganti pose tahun lepas puye). so takdak hal sbb dah praktik awal ken.. hehe

29 jun 2014 - genap my baby boy setahun. gegegege.. cepatnya masa berjalan, dak kecik bambam yg lasak tapi manja sgt ni dah setahun. still lagi breastfeed. mmg kuat menyusu.

disebabkan 29hb tu ari first pose, celebrate birthday boy awal sehari. wat kat umah wan ramai sepupu kecik dia. dia tak pandai tiup lilin lagi. kakak-kakak yg tukang tiup. sibuk nak matikan lilin ada la.  








Dah setahun tapi rasa cam belum setahun je ni.

Genap setahun dia dah leh jalan laju, dah pandai berdiri sendiri pastu jalan. Takyah nak pegang apa-apa tuk diri. Suka sgt tgk dia. Alhamdulillah, membesar dgn sihat. 

Moga anak mama ni jadi anak yg baik, soleh, membanggakan mama dan papa, sentiasa sihat, dan berjaya.