♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, June 12, 2014

kisah balik kampung johor, singgah ke melaka pulak...

sabtu lepas balik kampung hubby kat johor. lama jugak tak balik kampung ni. last balik tahun lepas. saja nak kumpul2 sebelum raya. ada wedding sebelah umah. tp, tak sempat pegi sbb sampai dah lambat. jem kat senawang dan pedas linggi. kol 8 pg we oll gerak, kol 2 ptg baru sampai. tak masuk dgn baper kali berhenti. ada anak kecik biasala kan. nak susu la, nak tukar pampers.. 

ramai jugak yg balik. tetap riuh umah pusaka ni..

gambar cilok kat whatsapp family.. huhu.. ampun makcik-makcikku yg vogue. curik gambar. takdan nak amik gambar sana sini sbb ada "handbag" mahal yg asyik nak berkepit je nih.. xleh dok diam sbb asyik nak memanjat tangga. huhu.


kampung yg aman damai
suka sgt suasana kampung camni
rindu pulak dgn umah kampung abah kat melaka yg lama dah terbiar
 



suka sgt kakak echa dapat jumpa geng cilik dia


mak-mak sedara
MIL kiter yg duduk tengah tu 


aktiviti petang




saja nak umpan anak-anak sedara balik la nih kan..

BBQ nite!
 







my aqil dgn sepupu kecik dia
ni leh jadik geng sbb boboiboy kan
biler lasak bertemu ganas membuas
jadiknya lasak mengganas.. hahaha...

adoi.. kelakar tgk dorg ni main rebut barang

1 malam kat kampung mmg x puas
suka sbb kalau ramai2 pun himpit camne tetap ada port we oll tido.. kihkihkih...


 ni dah nak gerak dah balik
MIL dan adik2 ipar terus balik gombak
we oll je nak jenjalan lagi
cuti sekolah takde ke mana
baru la ni nak bawak anak-anak jenjalan

pasni we oll ke melaka
senang satu jalan je

hehe..


 




 

 

2 comments:

Cik RoSs said...

Best kan balik kampung.Nak2 pulak ramai2..hehehe..

Riuh-rendah.Macam2 aksi dan cerita.

Nafira usof said...

Ya Allah..
canteknye rumah kampung tu~
boleh wat filem kat rumah. cantek sangat! hehehehe.

meriah habes lah 1 rumah tuh yer. anakcucu semua balik berkumpul.

xtvt BBQ memang layan lah kalo ramai2 camtuh.. sekejap jer habes kan!