♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, June 27, 2014

Saya jual rempeyek untuk hari raya!

Salam Jumaat.

last jumaat sebelum berpuasa ramadhan. semua dah siap ke persiapan utk ramadhan? utk raya apa lagi kan. kiter mmg takde lagi baju raya. sume baju raya kiter dgn anak-anak nak beli siap je nanti. xnak dah tempah-tempah. tema kaler pun xtau lagi nih. nanti tgk jela kaler apa yg cantik, tu la baju raya kiter. hehe.

korang....
suka makan rempeyek tak?

ni rempeyek wat sendiri belajar dari mak mertua. mak mertua mmg pakar wat rempeyek ni. saja kali ni nak belajar wat rempeyek. jual sikit-sikit untuk tambah sumber kewangan kami. skrg ni apa yang boleh kami wat, agak-agak ok je nak jual. kami jual. family dah membesar, duit pun banyak nak pakai.. ishh.. ni ayat kesian cam nak suh orang beli je kan..




rempeyek kacang tanah : RM20.00 sebalang tinggi
kalau amik banyak boleh bagi kurang
mmg mabeles
banyak rempah-ratus
mestila rangup
kacang pun banyak (mmg tak kira)
taknak kacang pun boleh
kalau nak beli leh whatsapp kiter tau : 012-270 8482



Tuesday, June 17, 2014

Cuti sekolah dah abis.. MELAKA..

Uwaaaa... xbestnya.. dah start skolah balik setelah cuti lama 2 minggu. haih... mak budak pun bosan tau. tak best je rasa. jalan sure jem balik, nak kena siapkan baju skolah, kemas beg skolah.. .

cuti sekolah aritu bwk anak-anak jalan blk kampung je pastu gi jalan melaka. senang satu arah kan.. dah book awal-awal hotel kat melaka. saja nak try hotel lain pulak. suka jalan-jalan melaka ni. byk tempat yg best leh bawak anak-anak. drive pun tak jauh sgt dari gombak. ada gak yg tak suka kalau gi melaka time cuti skolah. jem katanya. alah.. time jem la best. baru syok. kat bandar je yg jem. hehe.

dari johor terus ke melaka. gi pantai klebang nak tgk muzium kapal selam. ni makcik hubby yg rekemen suh pegi. okeh. kiter try tgk apa yg best kat situ. 

panasnya membahang. terik sgt. nak kuar kete pun malas. ramai jugak yg pegi situ. tgk dr jauh dah cukup kot. malas nak masuk dalam. tp dah sampai sini try gak la masuk. untung dapat hubby pun kaki jalan. sian lak dia dah bawak sini, tapi bini taknak turun. yela jomla masuk. feel-feel dalam lautan skit kat dalam kapal selam tu.

tiket harga seringgit. kanak-kanak 50 sen.



lorong sempit
udara terhad
leh lemas kalau lelama dalam ni
jalan laju je nak cepat2 kuar

camnela dorg yg bekerja camni leh dok dalam ni 
mmg respek




terus check in hotel sentral melaka. yg penting ada swimming pool. bebudak ni tau kalau dok hotel mesti ada pool. takpela kuar duit layan anak-anak asalkan dorg hepi..



malam tu ikutkan malas nak kuar. nak carik makan je. hubby lak ajak jenjalan. echa lak demand. nak naik beca la, nak naik bot la. okeh. layan... tp, xnak naik taming sari. cukupla dah penah naik sekali. malam bkn nampak apa pun.

layan la naik river cruise. kali kedua naik ni. leh la nak buang masa. pasni balik hotel terus tido je.





ayna nampak ni sibuk je ajak naik benda ni
we oll buat dek je.. hehe..

esoknya rasa xsabar je nak balik umah. byk keje lagi nak wat. anak-anak nak gi zoo pulak. malasnya mama korg ni. sbb cuaca panas kan. malas nak jalan pepanas. tp, pikirkan balik kat situ byk pokok2, ikut jela.













lama jugak kat sini. nak cukupkan round satu zoo, mmg sgt la penat. jalan skit pastu berhenti. jauhnya berjalan.

okla tu kan jenjalan cuti sekolah kami..



Thursday, June 12, 2014

kisah balik kampung johor, singgah ke melaka pulak...

sabtu lepas balik kampung hubby kat johor. lama jugak tak balik kampung ni. last balik tahun lepas. saja nak kumpul2 sebelum raya. ada wedding sebelah umah. tp, tak sempat pegi sbb sampai dah lambat. jem kat senawang dan pedas linggi. kol 8 pg we oll gerak, kol 2 ptg baru sampai. tak masuk dgn baper kali berhenti. ada anak kecik biasala kan. nak susu la, nak tukar pampers.. 

ramai jugak yg balik. tetap riuh umah pusaka ni..

gambar cilok kat whatsapp family.. huhu.. ampun makcik-makcikku yg vogue. curik gambar. takdan nak amik gambar sana sini sbb ada "handbag" mahal yg asyik nak berkepit je nih.. xleh dok diam sbb asyik nak memanjat tangga. huhu.


kampung yg aman damai
suka sgt suasana kampung camni
rindu pulak dgn umah kampung abah kat melaka yg lama dah terbiar
 



suka sgt kakak echa dapat jumpa geng cilik dia


mak-mak sedara
MIL kiter yg duduk tengah tu 


aktiviti petang




saja nak umpan anak-anak sedara balik la nih kan..

BBQ nite!
 







my aqil dgn sepupu kecik dia
ni leh jadik geng sbb boboiboy kan
biler lasak bertemu ganas membuas
jadiknya lasak mengganas.. hahaha...

adoi.. kelakar tgk dorg ni main rebut barang

1 malam kat kampung mmg x puas
suka sbb kalau ramai2 pun himpit camne tetap ada port we oll tido.. kihkihkih...


 ni dah nak gerak dah balik
MIL dan adik2 ipar terus balik gombak
we oll je nak jenjalan lagi
cuti sekolah takde ke mana
baru la ni nak bawak anak-anak jenjalan

pasni we oll ke melaka
senang satu jalan je

hehe..


 




 

 

Wednesday, June 4, 2014

Terujanya nak berfamily photoshoot!!

lama dah teringin nak wat family photoshoot ni. dari bertiga, berempat, la ni dah berlima baru la ada can nak buat. bkn je takleh amik gambar guna kamera sendiri. kang nak kena adjust kamera, setting kamera, letak kat portable. nak kena edit sendiri. malas.. nak wat kat studio tak pegi-pegi. skali ada pulak member yg wat photografi wat promo utk photoshoot. 1 jam RM50. ni utk shoot n cd je. murahla kan. xpe. nanti album nak wat photobook cantik-cantik. heheh..

malam tu baru buat props sendiri. main gunting-gunting, lekat-lekat, asal jadik je.

set time kol 10 - 11 pagi kat presint 11, taman saujana hijau. tu je time yg ada kosonng. ptg dah full. sbb last minute booking. xnk arr tengahari. panas..

puyela blur weolls nak pakai baju apa.. nak tema apa. nak tema hari raya ke yek. kejap biru, kejap merah, nak hijau pulak kang dah sama dgn pokok pulak. sekali hubby nak jugak hijau. apa daa.. layan jela.. takpela hijau. tema weolls pokok ataupun penyamaran.. kahkahkah...

sampai sana ngam2 kol 10 pagi. ada couple tgh shoot pre wedding. 

mood echa dan aqil dah ok. mood ayna pulak yg tak baper ok. dia tido kol 1 pagi. kena bangun awal, mmg mengamuk la dia. lagi pulak org yg dia tak kenal nak amik gambar dia. mmg takdenya dia nak bg org amik gambar dia. pandang belakang la, tunduk muka la. dah ujung-ujung nak abis, baru la dia ada mood. abang photographer pandai amik hati budak-budak. kalau budak-budak taknak bergambar, dia kata biarkan je. jangan dipaksa. nanti dorg ok sendiri. yela.. mmg betul. ayna dah nak abis baru dia ok. apa lagi, mmg banyak la amik gambar dia sorg je.

ni gambar dgn hp kiter yg tak canggih. tunggu gambar yg betul puye dari photographer ekk.. hihihi.. 








sejam setengah jugak weolls berposing
panas sgt berpeluh2 dah memasing
sume dah sun burn.. hihi... kesian..

tak sabarnya nak tgk hasilnya camne

:)




Tuesday, June 3, 2014

salam jun..

wah.. dah june. naper cepat sgt masa ni. dah pun sampai ke tengah tahun. cepatkan masa berjalan. 




hmmm... 29 june ni baby aqil dah setahun. sekarang ni dah 11 bulan dah leh bertatih, jalan pun dah boleh 4 / 5 langkah. chaiyokk... terhuyung-hayang, jatuh, tp tetap gigih nak berdiri dan berjalan. huhu. love u sayang mama!! masih kuat menyusu badan lagi. kuat lagi bergayut dak boboiboy ni.

29 june tu jugak first ramadhan. insyallah.. kena arr celebrate birthday baby aqil awal skit la.

persiapan raya? 

takde lagi. nak beli siap jela kat pasar jalan tar nanti. dah tau nak tema kaler apa. tinggal rembat je mana-mana yg ok.



airasia ada wat free seats. 

hari-hari bukak airasia website tau, dah cam senarai tugas harian pulak. hihihi. suka tgk dan main-main klik nak gi mana ke mana. tgk2 rate. takde pun nak nak beli. sbb mahal kan. kali ni dgn adanya free seats ni terbeli la jugak tiket utk 5 beranak april depan. adoyai... abis dah duit nak gi holiday cuti sekolah ni. (=_=)