♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, May 6, 2014

cuti 1 mei jenjalan perlis dan penang

..mood keje..

time rehat jap ni curik-curik bukak blog.. hahaha...

citer cuti umum 1 mei aritu..

mertua nak gi amik adik ipar kat matriks arau perlis. dia dah abis setahun kat situ. kejap je rasa. time dia daftar tu hubby dan mertua je yg pegi. rasanya time tu kiter tgh sarat preggy baby aqil.

cuti dah plan awal 2 minggu. mmg kena cuti gak jumaat tu sbb anak-anak mertua jaga. kena la cuti nak jaga dorg. hotel awal-awal  booking 2 bilik mana la tau kan kot-kot we oll terpegi.

cam taknak ikut sbb banyak duit nak guna. awal bulan banyak hutang nak kena bayar. so, kami wat taktau jela. mmg cakap awal-awal kami tak ikut. kalau kami ngikut dah sampai 2 kete pulak. 

huhuhu....

dalam taknak-taknak pegi tu, baju jalan anak-anak simpan jugak kang terpakai. dok pikir-pikir jugak dgn hubby. bestnya kalau ikut. bestnya nasi kandar.. bestnya itu..bestnya ini.. hahaha..

skali... 

last minute. suka wat plan giler. suka wat surprise. terpegi jugak. 

takpela larik bajet. nanti kiter gali balik duit..

ari rabu baru bagitau kami nak follow. pagi khamis tu dah nak gerak dah.

kol 3 pagi semangat angkut anak-anak bawak masuk dalam kete. tenang gi pagi-pagi buta sbb anak tido lagi, jalan tak jem, kiter pun leh sambung tido.. ehh.. ;p

kol 6.30 berhenti kat rnr mana ntah. alahai hilang ingat pulak dah..

singgah mandikan anak-anak, subuh kat situ, makan nasi lemak MIL masak. makan kat pondok situ je.

kol 10.30 pagi sampai dah kat kolej adik ipar.





seronok this time baby kuat tido
masuk kete je.. tido..
senang nak handle.. huhu..



tinggal SIL je kat sini sbb kengkawan lain ramai dah balik
sian dia sensorang kat situ


selfie beramai-ramai
sporting kan sume.,
kakak echa je yg tak sporting

lapar dah.. kami makan kat restoran nasi kandar yasmin. hubby penah makan kat situ time antar SIL dulu. 


perhhh,, mmg sedap.. mabeles sgt dgn ayam goreng panas-panas

time check in hotel
kami dok kat hotel putra palace kangar
dapat check in awal 12.30 tgh
takde kena extra charge apa

utk family hubby, amik family room yang ada katil king + single bed
utk kami, amik bilik biasa je, dapat 2 katil single (kejap je dah jadik king size.. sbb kasi gabung ler).. hehe
dpt bilik connecting room
dah jadik cam umah pulak sbb mmg besar bilik dia
ligat baby aqil merangkak
 price pun murah 
mmg puas hati
 
 

katil bilik kami sebelum bergabung


sebelah tu bilik family hubby


 rehat tido jap kang petang nak gi padang besar. bagi driver-driver rehat puas-puas. hehe..


dua jam lebih jugak kat sana



malam pulak makan kat restoran mana ntah. skali lagi hilang ingatan. sbb dah penat sgt time tu. mana dorg berhenti, di situ la ku melangkah.

pagi jumaat..

breakfast kat hotel. anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam. actually kan.. mmg malas nak layan dorg mandi kolam ni. baju mandi pun mmg sengaja taknak bawak. time datang sini dorg taye ada kolam tak. cakap la takde. skali leh lak kantoi ada budak-budak dgn baju mandi kat lobi.. haishhh... layan la dorg mandi kejap. sbb panas sgt.
 





best jugak sbb besar dan ada gelongsor



time check out kol 10.30 pagi
dah janji awal-awal dah officemate, sikin nak jumpa
dia balik kampung
dia pulak supplier harum manis
order kat dia jela
hehe..
delivery kat hotel lagi tau..

ingat nak pegi wang kelian
sbb panas sgt tak jadik
taktau nak pegi mana. nak gi taman ular kang lambat pulak nak balik kl
sok sabtu kiter kena keje ot
singgah jap kat taman anggur
amik gambar je pun 
tak masuk sbb buah kecik lagi
nak masuk kena bayar rm3
kat luar pun dah leh tgk buah anggur tu





masuk jap penang
nak bawak dorg gi makan nasi kandar line clear
kami penah makan kat sini.. tu yg nak bawak dorg tu
 
jem pulak time tu sbb ari jumaat org baru pas abis solat jumaat
ada yg baru masuk opis lunch hour

perut dah lapar sangat
sampai sana kol 4 ptg ramai pulak org
takde tempat duduk
kena beratur panjang lagi

alhamdulillah.. dapat jugak meja kosong
leh order hidang
order laju-laju.. huhu..


 nasi kandar kari kepala ikan yg mabeles
berbaloi jugak masuk penang dapat makan kari sedap.. huhu...

saja nak try jambatan baru pulau pinang
mmg panjang 22 km wakaupun jauh nak ke sana
sbb ikut bayan lepas lagi
takpe la. saja jenjalan
ntah biler lagi dapat dtg sini lagi




sampai umah kol 9.30 malam
awal jugak sampai kan..
 





4 comments:

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer..

Mama Miraki said...

Syoknyaaaaaaaa

ieedaz @ mama_isha said...

bestnye jalan2.... maaf lame tak singgah cni :)

Mama Janet said...

cik mek tgk katil era yg dh kosong.rasa sedih pulak.