♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, April 4, 2014

episod check in hotel

salam jumaat. alhamdulillah kejap je dah nak cuti weekend balik. yabedabedu!!

tak puas nak gomol cium anak-anak kat umah. ni balik keje pas maghrib sampai umah sbb tunggu kakak echa balik skolah naik bas sekolah akan stop kt umah nenek dia. mandi, makan, echa wat homework, ajar ayna baca, kol 9.30 malam dah ngantuk. baby aqil pun mmg time tido dia awal. ayna je yg tido lambat sbb dah tido siang umah nenek.

sambung lagi citer jenjalan cherating.. 

kol 3 lebih check in hotel. cam biasa kalau gi sini mesti stay kat suria cherating. amboi.. gaya macamla slalu benar gi sini. ni kali ketiga tido sini. lagipun sini senang. takyah nak deposit utk booking, cuti sekolah pun dapat harga utk gov staff , mandi pool tak kisah pakai baju apa.. tak kisahla kan. dapat harga murah sbb adik sales tu baik hati. huhuhu.. ikutkan harga utk cuti skolah RM245.00 tp kami dapat harga RM165.00. kira untung banyak jugak kan.. sayang sgt kat adik sales tu. pastu siap msg lagi taye jadik stay situ ke tak. and cakap kalau ada problem bagitau.. alololo....

tak kisah la dapat bilik apa. dapat ngadap mana pun xkisah dah. nak landing kat katil je. sbb dah lenguh sangat badan ni.

dapat katil single-single. takpe.. leh kasi cantum jadikla king.. hehehe.. lagi luas.. 5 beranak leh golek2 atas katil.


kakak echa yg demam
sian dia
tp dia kalau demam takde la merengek


ini budak yg akan selongkar segala benda
mmg wire phone hotel kena cabut
kang tak pasal-pasal room service datang
skrg dah ada dua ahli tukang selongkar, ayna n aqil

bebudak ni tau hotel ni ada pool dah tak sabar sgt nak mandi
echa yg demam pun nak jugak mandi
kol 6 ptg bawak bebudak mandi
kali ni mak budak pun nak join mandi
lama tak mandi kolam sejak ada baby kecik





suka aqil yer dapat mandi
air pun suam-suam je
syokkkk

malam tu nak carik makan
nak carik seafood
tp, mgm taktau nak makan mana kat sini
banyak giler kot restoran
belasah jela mana-mana
skali dapat restoran yg lembab sungguh
sejam baru dapat makanan
org ramai
mana yg datang, dah duduk terus bangun balik tgk ramai yg tak dapat makanan lagi
apa la nasib
mmg pangkah kedai tu
staff situ mintak la maaf kat kami 
dia kata tukang masak 2 org je. yg sorg lagi cuti
ookeh..


kak long echa

pagi tu semangat turun awal
ingat nak carik nasi kerabu pagi2
tp, tak jadik
layan breakfast kat hotel je
makan pun biasa-biasa je



ni je yg menu yg ada
bersyukurlah..

pastu jalan-jalan jap kat pantai tgk ombak kuat
sini takleh mandi


memula jalan berdua


tau papanya amik gambar terus ada sorg yg nyelit jalan depan







guna monopod lagi
kali ni dah pandai setting.. kihkih



best friend yg sama-sama membesar.. love u laa..
(^,^)
aritu 28hb mac birthday si dia
celebrate besday kat sini
moga abang murah rezeki dan jadi suami, anak, menantu dan papa yg baik k..


sambung mandi kolam lagi
jap gi nak check out dah


sebelum check out
kemas balik katil
kasi balik bentuk asal
sambil mengemas leh tgk kot2 ada benda yg tertinggal 
dah cun sume
mohla kita pegi dari sini
carik arah tuju lain


baby boolat mama


singgah beli keropok lekor dan sata kat sini
eeei.. sibuk je
org nak senyap-senyap je amik gambar
leh lak dia perasan 

hehe

plan memula nak tido kat kuantan
takpun naik genting
tp cam malas la pulak
baik balik je 

 
singgah jap kat pantai balok
teluk cempedak
pastu terus balik gombak





1 comment:

YanIrfanZur said...

wahh bestnya cuti2 kt cherating kan
sy tk penah smpi lg...

murah la tu dpt bilik rm165 saja..rege asal rm245 tu..untung2