♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, April 17, 2014

Bersuka ria di Port Dickson

ni citer 2 minggu lepas. cuti-cuti holiday lagi dengan family hubby. sukanya kalau dapat pegi ramai-ramai satu family. kalau pegi lima beranak je bosan gak. kalau ramai-ramai baru kecoh dan syok. ni sorg adik ipar tak dapat join sbb nun jauh kat perli. sian dia.. 

memula SIL la ajak mandi laut kat teluk kemang ari sabtu tu. ajak balik ari je. ala.. anak 3 orang kecik2 lagi cam susah pulak nak balik ari. kang tak puas pulak mandi kan. jadiknya bincang puye bincang okla kiter tido situ satu malam. huhu.. leh sambung mandi kolam pulak pastu kan.. sebab last minit booking hotel, dah full la pulak. nak jugak yg dkt2 area teluk kemang. try sri intan tm dah penuh (tapi dah booking utk bulan 5.. nanti adik ipar leh join..huhu).

blue lagoon resort tmpt yg kami biasa stay pun dah full.

try search jumpa pulak sri bulan condo. sedang elok pulak dapat yg 2 bedroom. ngadap swimming pool. tp, xleh la masak. xkisah pun sbb 1 malam je kan. yg penting dkt dgn laut. risau jugak kot-kot tak menepati citarasa MIL. huhu.. mesti arr risau kang tak best pulak. hehehe..

kol 7 pagi we oll dah gerak. dgn semangatnya. anak-anak pun kami angkut je dgn baju tido. bajet sampai sana awal kol 9 leh terus terjun laut. 

sekali ujan daa..

kami yg first sewa khemah. skrg dah naik harga. rm40 satu ari.

ujan pun ujan la.. payung kan ada.. huhu..



kena pakai payung kang basah pulak.. nggeeeeee... (^,^)/


ujan pun mandi jugak
tak saper bisa menghalang 


bekalan dibawa
nasi lemak ayam goreng MIL masak
kiter bawak sandwich, sardin dan bihun goreng
SIL bawak sosej roll


ni budak yg mandi laut dgn pasir-pasir pun dia masuk mulut
dia nak merangkak kat pantai je
abis penuh satu badan dgn pasir


sejuk angin laut
dedua tido
bila kena tempias air ujan, dedua bangun.. 
aishhh.. kejap sgt tido nya. tak dapat mama nak berangan rilek-rilek kat bangku panjang sambil pakai spek mato.. 


kol 1 ptg dah siap-siap nak check in.. time tu MIL xsampai lagi sbb gi wedding dulu.

saspen gak camnela rupanya kondo sri bulan tu.

skali masuk................ wahhhh.... besarr... bersih........ dapat tgk swimming pool... wahhhhh...

mmg cantik. lagi besar dari blue lagoon. kira mmg best la. hehe..




bilik pertama
ada bilik air
ekon sejuk giler


bilik kedua
kami tido bilik ni
SIL dan hubby dia dan baby zara tido luar sbb baby zara lasak benar tidonya
tu mamanya yg cakap

dkt kol 4 jugak MIL dan FIL sampai.

petang tu anak-anak dah tak sabo nak mandi kolam. moh la layan anak-anak..
 



besar kolam dia
tp, mmg dalam
tinggi kiter yg 160 cm air takat dagu  

suka la anak-anak tu
minggu sebelum tu mandi kolam kat cherating
pastu mandi kat pd
ni baru minggu lepas mandi kat cheringin janda baik
terer arr berenang anak-anak mama nanti

ada 3 kolam
1 kolam kecik, 1 kolam besar skit (dedua untuk kanak-kanak), 1 kolam besar puye


malam tu pegi pasar malam
puyela banyak kami memborong



jenjalan laut esok paginya
segarnya pagi-pagi ni
nak gi laut ni dkt sgt
ikut pintu belakang je



pas mandi laut, sambung mandi kolam pulak





apartment kami kat situ tingkat 2
tp takde kena naik tangga ke apa sbb satu aras dgn parking


kol 12 dah check out. ingatkan nak jenjalan kat teluk kemang nak carik baju mandi utk aqil. tak sempat nak beli utk dia. tak jadik singgah teluk kemang. terus balik gombak je.

mmg best kat sini. next time nak datang sini lagi. boleh wat family day. ada tempat utk bbq.

oo ya.. ni nombor seri bulan kondo : 06-662 7030

:)



9 comments:

:: idzwa :: said...

uhhh seronok giler!!

Normi Nieza said...

bestnya g pantai..:)

lia said...

1st two pic tu chantek...

menarik gak tmpt tinggal ni... dgn kolam besar, ok sgt la...

Mama Miraki said...

Cam best je ayu...bila nak gi lagi......

Lily@MamaZaraZareef said...

wahhh..sakan mandi yek..dari laut ke swiming pool..mesti enjoy habis anak2..=)

Kakzakie said...

Kakak tengok gambar-gambar pun tahu seronok bukan main Ayu.

Baby dua yg baik tu. Syok betul mereka tidur atas tikar dah payah aircond sebab angin sejuk kan..

Anonymous said...

berapa RM semalam ayu?

-anisa

Ayu Ayunie said...

hehe.. mmg best je kalau pegi dgn family kan.

Ayu Ayunie said...

anisa,

kalau tgk kat dia puye brochure tu harga utk 2 b/room yg seaview RM200.00 kalau 3 /room harga RM260. tp aritu aku dapat murah harga rm180 je. :)