♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, April 30, 2014

selamat hari pekerja





selamat bercuti korang
seronoknya cuti
jumaat kiter cuti
walaupun kena beku sbb ada program bulan mei ni
tp kiter dah wat surat 
sbb dah mintak cuti awal 2 minggu
nak wat camnekan
terima jela apa yg nak jadik nanti
family first..
sabtu pulak diarah kena keje lebih masa
insyallah, sabtu tu kena arr datang opis
nak wat camne
saya yang menurut perintah
 
:)

 

Tuesday, April 29, 2014

seminggu puye citer.. hehe..

...tak aci lagi update seminggu skali jek.

puyela tak sempat nak berblog. lately ni tersgt la busy. macam-macam nak kena setel cepat. taknak dah tangguh keje kalau boleh nak setel sume. tapi, tu target je kan. ada gak yg tertangguh. bestnya khamis jumaat kiter cuti. tu yg mcm-macam nak kena wat dulu. khamis cuti umum kan. jumaat kena cuti sbb mertua nak gi perlis amik SIL yg dah abis matriks kat situ. rasa cam nak ikut je tapi taktau lagi. byk bajet nak guna tu.




hai la boboiboy
susah nak mengajar kakak-kakaknya kalau dah ada otromen kat tgh-tgh ni
puyela lasak boy ni.. nak sgt kan boboiboy.. nah rasakan!!

dia mmg tak kira penat
tido pun cam org tua.. jap je tidonya
baru je nak baring sat, dia dah bangun

ni pun tgh kira-kira nak beli safety baby gate utk tangga umah atok neneknya
 aaaaiiii... anak dah tiga org baru la terpikir nak beli baby gate
abis camno.. yg dedua girl tu takde la sibuk nak memanjat tangga jek.. huhu


ahad tu semangat nak wat laksa
senang je pun guna sardin tin je
mmg pemalas nak rebus2 ikan ni.. campak-campak je
asal jadik.. okla kan.



ni nak pegi wedding kat mindef
banyak pic ayna je dari kakak echa
sbb kakak echa dah sombong
taknak dah amik gambar



bawak bebudak gi AEON wangsa maju
jenjalan lepak main games je


ni malam tadi bebudak nak pizza
meh mama wat pizza guna roti je.. huhu...
gunakan apa yg ado je



pic ayna lagi
dia mmg pantang kalau mama tgh selfie sensorg mesti dia pun sibuk posing.. haih...
tu baju beli kat vietnam
baru dua kali pakai dah ketat


ha.. ni bantal peluk busyuk yg mmg best
 baby aqil rayyan dah 10 bulan arini
baru baik demam

:)



Monday, April 21, 2014

Random Photo #birthday #anniversary

entry campur-campur. ni kes malas la ni.. huhu..





 celebrate birthday anak sedara / kazen anak-anak
alya @ yaya the explorer @ princess anna frozen.. kikiki..



celebrate anniversary mertua yg ke 34 tahun
moga kekal bahagia, loving loving hingga akhir hayat .. :)



ni lak main cikgu-cikgu
kesian.. cita-cita mamanya jadik cikgu tak kesampaian
dapat jadik cikgu pada anak-anak dah bangga dah kan..
 kikiki...

 



Friday, April 18, 2014

Kursus Cherengin Hills Janda Baik

... rindu..

teringat jumaat lepas, time ni kat janda baik tgh berkursus. kejapnya berlalu. ni dah jumaat balik.

biler dapat tau kena kursus kat luar, first thing ingat kat baby aqil je. sian dia. sbb dia menyusu badan lagi. malam mmg menyusu sampai naik lenguh badan ni. tabahkan hati jugak. kena kuat. kalau tak sampai biler tak kuar kursus jauh-jauh.

kursus ni khas untuk staff khidmat pengurusan je. bukan senang dapat kuar sume. dapat kursus sesama. kursus ni pun 3 hari 2 malam je pun. ok kot 2 malam tinggalkan baby.

padahal boleh jeee ken. untung mertua tinggal dekat. leh la tumpangkan anak-anak dgn bapaknya skali kat situ. hikkkkk..


muka hepi jek dapat naik bas
tak ramai pun yg naik bas sbb ada yg pegi naik van
leh dok sorg satu seat.. yeahh


bilik dia kecik je
tv flat skrin
ada astro
boleh laa

ni macam rehatkan diri, leh tido sorg2, leh depakan tangan dan kaki besar-besar
guling-guling kat katil senang-lenang
yela.. kalau ada baby aqil dia asyik nak berkepit jek


view dari bilik
ngadap dewan.. teruk tau urus setia ni 
yg dak laki sume ngadap swimming pool
sajer ler tu nak intai weoll jadik mak dugong nanti


kolam kat situ air masin

petang tu abis kol 6.00 ptg
mak-mak budak teringin beno nak mandi kolam
ni la peluangnya... hoho... bestnya mandi kolam tanpa kena pegang pelampung (anak-anak ler)

memasing tunjuk kehebatan berenang.. kihkih.. 


suka kalau kursus kat hotel part makan je
banyak giler kot makan kat sana
style bufet
tak suka amik banyak-banyak
  amik satu dua lu
kang dah setel baru amik lain
apa dehal bangun banyak kali
tak kisah pun
amik je la kan.. hikkk












banyak sgt makan kat sana balik umah dah tak lalu nak makan

pagi sabtu hubby dtg dgn anak-anak
sukanya dapat jumpa dorg
tak jumpa 2 ari je rasa cam 2 minggu.. hehe

suka gak sesekali jauh dgn hubby
whatsapp dah cam zaman cintan-cintun 
rindu-rindu la konon.. haha





mandi kolam lagi
abis la gelap kulit anak-anak mama ni
time tunggu mama abis kursus, papanya layan dorg mandi lu
biler time coffee break kol 10.30 pagi, gi kolam balik nak uruskan baby aqil

kelas pun kol 11 dah abis.. dah boleh balik la.

suka kursus camni
tak serabut sgt kepala
dekat pun dekat
hubby leh datang
bukan jauh pun dari gombak
40 minit je


Thursday, April 17, 2014

Bersuka ria di Port Dickson

ni citer 2 minggu lepas. cuti-cuti holiday lagi dengan family hubby. sukanya kalau dapat pegi ramai-ramai satu family. kalau pegi lima beranak je bosan gak. kalau ramai-ramai baru kecoh dan syok. ni sorg adik ipar tak dapat join sbb nun jauh kat perli. sian dia.. 

memula SIL la ajak mandi laut kat teluk kemang ari sabtu tu. ajak balik ari je. ala.. anak 3 orang kecik2 lagi cam susah pulak nak balik ari. kang tak puas pulak mandi kan. jadiknya bincang puye bincang okla kiter tido situ satu malam. huhu.. leh sambung mandi kolam pulak pastu kan.. sebab last minit booking hotel, dah full la pulak. nak jugak yg dkt2 area teluk kemang. try sri intan tm dah penuh (tapi dah booking utk bulan 5.. nanti adik ipar leh join..huhu).

blue lagoon resort tmpt yg kami biasa stay pun dah full.

try search jumpa pulak sri bulan condo. sedang elok pulak dapat yg 2 bedroom. ngadap swimming pool. tp, xleh la masak. xkisah pun sbb 1 malam je kan. yg penting dkt dgn laut. risau jugak kot-kot tak menepati citarasa MIL. huhu.. mesti arr risau kang tak best pulak. hehehe..

kol 7 pagi we oll dah gerak. dgn semangatnya. anak-anak pun kami angkut je dgn baju tido. bajet sampai sana awal kol 9 leh terus terjun laut. 

sekali ujan daa..

kami yg first sewa khemah. skrg dah naik harga. rm40 satu ari.

ujan pun ujan la.. payung kan ada.. huhu..



kena pakai payung kang basah pulak.. nggeeeeee... (^,^)/


ujan pun mandi jugak
tak saper bisa menghalang 


bekalan dibawa
nasi lemak ayam goreng MIL masak
kiter bawak sandwich, sardin dan bihun goreng
SIL bawak sosej roll


ni budak yg mandi laut dgn pasir-pasir pun dia masuk mulut
dia nak merangkak kat pantai je
abis penuh satu badan dgn pasir


sejuk angin laut
dedua tido
bila kena tempias air ujan, dedua bangun.. 
aishhh.. kejap sgt tido nya. tak dapat mama nak berangan rilek-rilek kat bangku panjang sambil pakai spek mato.. 


kol 1 ptg dah siap-siap nak check in.. time tu MIL xsampai lagi sbb gi wedding dulu.

saspen gak camnela rupanya kondo sri bulan tu.

skali masuk................ wahhhh.... besarr... bersih........ dapat tgk swimming pool... wahhhhh...

mmg cantik. lagi besar dari blue lagoon. kira mmg best la. hehe..




bilik pertama
ada bilik air
ekon sejuk giler


bilik kedua
kami tido bilik ni
SIL dan hubby dia dan baby zara tido luar sbb baby zara lasak benar tidonya
tu mamanya yg cakap

dkt kol 4 jugak MIL dan FIL sampai.

petang tu anak-anak dah tak sabo nak mandi kolam. moh la layan anak-anak..
 



besar kolam dia
tp, mmg dalam
tinggi kiter yg 160 cm air takat dagu  

suka la anak-anak tu
minggu sebelum tu mandi kolam kat cherating
pastu mandi kat pd
ni baru minggu lepas mandi kat cheringin janda baik
terer arr berenang anak-anak mama nanti

ada 3 kolam
1 kolam kecik, 1 kolam besar skit (dedua untuk kanak-kanak), 1 kolam besar puye


malam tu pegi pasar malam
puyela banyak kami memborong



jenjalan laut esok paginya
segarnya pagi-pagi ni
nak gi laut ni dkt sgt
ikut pintu belakang je



pas mandi laut, sambung mandi kolam pulak





apartment kami kat situ tingkat 2
tp takde kena naik tangga ke apa sbb satu aras dgn parking


kol 12 dah check out. ingatkan nak jenjalan kat teluk kemang nak carik baju mandi utk aqil. tak sempat nak beli utk dia. tak jadik singgah teluk kemang. terus balik gombak je.

mmg best kat sini. next time nak datang sini lagi. boleh wat family day. ada tempat utk bbq.

oo ya.. ni nombor seri bulan kondo : 06-662 7030

:)