♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, March 20, 2014

birthday budak jepun 3 tahun dan mamanya 31 tahun

citer 16 mac 2014. genap puteri keduaku Ayna Nafeesa 3 tahun. tgk dia kecik je tapi dah 3 tahun rupanya. sebab apa nampak kecik? sebab kazen-kazen baya dia macam lagi besar dari dia jek.. hehe...

takde nak celebrate beriya sgt macam tahun2 lepas. sbb bajet pun kena la kurangkan sikit. anak dah tiga yer tak.. cukupla celebrate dgn sepupu-sepupu je.

nak order kek pun tak sempat. sudahnya beli kek mana yang ada je. ayna yg pilih kek dia sendiri. sbb birthday girl, ayna kan dah besar, mama kasi ayna pilih sendiri.. huhu..





pandai pulak dia pilih kek
ada ala-ala korean jepun jugak




tiga sepupu sebaya


kami geng!

 hari ni 20 mac birthday kiter jugak tau
dah 31 tahun dah kiter.. huhu...




pasni kalau isi form apa-apa kena tick kat situ.. hikhikkk...





Wednesday, March 12, 2014

check up 8 bulan

arini check up baby rayyan 8 bulan. takde suntik. 1 tahun nanti baru suntik. alhamdulillah, dia sihat, sgt aktif dan lasak. berat pun dah naik balik.  panjang 73 cm, berat 9.9kg. fuhhh patutla makin lenguh tangan ni mendukung.

tadi pun lama settle padahal tak ramai orang pun. rupanya kat dalam tu ibu kena isi borang kaji selidik. kena taye itu ini. kena check tekanan darah, cek BMI. BMI sesuai dgn ketinggian dan berat. hehehe...



skrg dia suka main.. tu yg wat dia kurang nak tido (sian nenek atok dia jaga)
suka panjat
meniti
kuat gelak
kuat makan (tgk badan la)
kuat susu
 
#pray4MH370



Monday, March 10, 2014

Anniversary kami ke-7

masih lagi tertunggu-tunggu berita tentang MH370. topik kami laki bini sepanjang 3 ari ni banyak pasal MH370 je. semalam anniversary kami ke-7 tahun. tapi, kami takde mood nak celebrate. just wish je memasing dan luah perasaan hati ke hati. ikutkan mmg ada plan nak ke mana-mana tp cancel. cam tak best je hati senang lenang sedangkan ada hati yang sedang berdukacita.


HAPPY ANNIVERSARY
 
moga kami bahagia selama-lamanya hingga ke akhir hayat
dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat

#pray4MH370




Sunday, March 9, 2014

doa untuk MH370

sedih sgt. masa mula tau berita ni mmg sebak even tak kenal saper2 pun dlm flight tu. moga mereka selamat.

Friday, March 7, 2014

ada anak kecik dan bersekolah kena dengar ni!!!




 fuhhh... mmg terasa sgt nih
share copy n paste dr fb
sesama muhasabah diri
moga jadik ibu bapa yang terbaik utk anak-anak kiter
 
khutbah jumaat

:)



bila dia berdiri..

aqillllll............

mamaaaaaaaa........ tgk adik boboy ni..

jerit anak-anak dara.. echa dan ayna.

dorg mmg kalau adik dorg ni merayau je, panjat sana sini, dorg jadik mata-mata. nanti mulala bising suh kami amik.. echa kenkadang dukung jugak adik dia. dia dahla kurus keding, dukung adiknya yg bulat, huyung hayang jadiknya. hehe.

dia dah umur 8 bulan skrg. lagi lasak. penat sgt. tak kasi panjat sana, sini pulak dia panjat. sepanjang almari dia akan meniti, pastu tgn main lepas je, jatuh, nangis..

dinding pun dia nak berdiri jugak.

adoyai...... mmg nak kena tgk je.. tu la kan. beza anak laki dgn anak pompuan. nak sgtkan anak laki. nah.. rasakan... hehe...


apa pun, tetap bersyukur sbb dialah pelengkap hidup kami..

ni masa kat kidzoona aeon setiawangsa
puyela suka dia main

gasakla nak jatuh ke, nak terbaring ke..




kakak ayna dh besar nk masuk 3 tahun
senang sgt jaga dia
tak byk sgt songeh
dia mmg berdikari



sume tempat nk berdiri janji dia boleh berpaut
penat tp seronok...
 sayang dia...

 

Thursday, March 6, 2014

aktiviti petang


kat opis ni ingat lak kat  anak-anak 
mesti dorg menunggu kepulangan papa mama dorg

balik keje je kena terus kemas sbb kakak echa akan balik kat umah naik bas
sambil tunggu kakak echa balik leh la lepak-lepak kat luar dulu dgn jiran tetangga
layan kakak ayna main beskal
dia dah pandai kayuh
takyah ajar pun
pandai sendiri

gambar dari hp
tu yg kecik je.. hehe..

style ayna
safety first.. hehe
topi tu beli kat vietnam
tgk dia pakai topi tu macam tentera jepun pun ada.. haha



 

Tuesday, March 4, 2014

hellooooooo.. march.... :)

assalamualaikum..

menyepi jap kat sini. busy sgt lor. dah masuk bulan ketiga tahun 2014. cepat betul masa berlalu.

bulan ni byk special event tau. suka sgt bulan mac.



birthday bulan mac



abah : 10 mac
ayna : 16 mac
kiter puye besday : 20 mac
hubby : 28 mac


 wedding anniversary ke-7 tahun

 

nikah : 9 mac
sanding belah kiter : 10 mac
sanding belah hubby : 11 mac


 anniversary keje gomen ke 8 tahun




20 mac

umur first lantikan sama dgn besday kiter
so, senang nak ingat tarikh lantikan, tarikh sah pun sama..

hehe...

very special month in a year..

:)