♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, January 13, 2014

Kalau la ada bersama dia sentiasa.. Echa Di Hari Persekolahan

tajuk agak panjang. lantak la kan. taktau nak letak tajuk apa. tu tajuk dari hati. baru feel.. hehe..

dah seminggu lebih sekolah, baru sempat dan ada kerajinan nak citer pasal echa masuk sekolah darjah 1. ye.. iyer.. anak kiter dah 7 tahun. dah darjah 1. dah terasa diri ini tua. kalau tak masih bayangkan yang kiter ni masih muda remaja yang ada anak-anak kecik tapi masih nak enjoy-enjoy. huhu.. dah sekolah betul-betul ni mmg mama papanya pun takleh la nak merayap mana-mana memalam sbb nak kena tido awal kang ngantuk echa kat sekolah. cuti pun nak kena plan bebetul. dah kena sibuk-sibuk nak gi jenjalan time cuti sekolah je la. 

dah seminggu sekolah ni mmg tgk dia ok je tp start semalam dia dah mula monyok sebak taknak gi sekolah kebangsaan. dia kata bosan sbb cikgu garang. alahai.. mmg tang cikgu tu mama takleh nak cakap apa. sbb mmg cikgu kena garang kalau nak suh anak murid dok diam. dah mmg ikut perangai mamanya cepat tersentap kalau kena marah atau ada orang tinggikan suara. sama je dgn mama wahai anak.. :(


ni gambar ari pertama sekolah
mmg dia sgt ok
tak nangis pun





time rehat pun kami kat situ
nak tunggu dia 
nak ajar dia beli makan minum
ajar dia beratur

sambil beratur sama dia tu hati ni terusik
sebak.. sedih.. kesiannya anak mama kena berdikari sendiri
kalau tak mmg tukang beli makan ke minum sume mama papa yang wat
ni echa kena wat sendiri.. manala hati tak sayu...
tabah..tabah... 

sekolah ptg jadik kena pastikan dia dah makan kat umah 
petang tu makan bekal je
takyah dia beratur beli makanan, beli air je


ni hari kedua
pun dia ok je
ari pertama dan kedua je parents leh masuk
tp lepas2 tu ada jugak parents yg masuk tunggu
kami terus tinggal je
balik dari opis terus gi skolah nak tgk dia naik bas camne
tgk dari jauh je
dia naik bas bukan main suka sbb ramai geng2 umah dia
fanatik citer geng bas sekolah
jadik dia suka la naik bas


taktau la camne kalau si kecik ayna ni skolah nanti
skrg ni pun cepat benar mengamuk.. huhu




muka selebet mama yang tak cukup tido
pikir anak nak sekolah
pikir itu ini.. macam2 la..

hari ini dia dah kol dah wat hal
taknak gi sekolah pulak dah
kena jawab soalan dia yg byk tu
kenapa kena sekolah 2.. sekolah agama dan sekolah kebangsaan?
kalau nak sekolah agama je tak boleh ke?
ala. kakak ni.. wat mama makin sebak je tau
tp, dalam sedih tu sekolah jugak dia
tp, nak kena amik hati dulu la..

kena pujuk dia..
bagi semangat kat dia..

anak-anak mama tak dapat mama uruskan gi skolah sbb mama keje kan
kalau la boleh mmg rasa nak berhenti keje je nak ngadap, nak ulit anak-anak, nak uruskan family 
apa kan daya.. huhu...

untung anak-anak mama sbb tinggal dgn atok nenek
mmg manja-manja, leh layan itu ini..

harap kakak Echa takde la sedih2 berpanjangan
memula je camtu, harapnya la

dia masih terkenangkan zaman tadika dia yg happy-happy, cikgu manja-manjakan dia..

Panduan tangani anak enggan ke sekolah (copy & paste dari pa&ma). Insyallah akan cuba pratikkan.

  1. Pujuk anak dan cungkil apa masalah sebenarnya. Selidik perkara ini ketika moodnya baik.  Dalam masa yang sama cuba nasihat dan bercakap dalam nada lembut dengannya tentang kebaikan pergi ke sekolah.
  2. Kenalkan anak dengan guru. Wujudkan rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Jika ada masalah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang masalah anak di sekolah. Mungkin boleh meminta bantuan guru untuk memujuknya (menerusi telefon) dengan mengatakan “Cikgu rindulah dengan Aifa, datanglah sekolah. Macam-macam boleh belajar.”
  3. Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.  
  4. Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan sengaja tidak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang dan menakutkan kanak-kanak membuatkan mereka kecut perut dan berasa tidak selamat berada di sekolah.
  5. Ceriakan waktu anak bersiap hendak ke sekolah. Ibu bapa janganlah cepat hilang sabar apabila anak kecil sukar bangun pagi. Bersabar dan jangan terus memarahinya kerana ini akan membuatkan mereka sedih dan tidak seronok untuk ke sekolah.
  6. Tidak perlu kita marah atau pukul anak-anak yang masih mentah ini. Kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah benda yang bermanfaat seperti buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula. Mereka adalah anak kecil yang suka menerima ganjaran.
  7. Masuk ke bilik anak, peluk dan ciumnya serta bisikkan kata-kata harapan bahawa papa dan mama mahu dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.
  8. Bacakan Surah Taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.
  9. Bacakan ayat Nabi Daud a.s yang bermaksud “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi"
  10. Lakukan solat hajat dan mohonlah agar ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan. Sesungguhnya doa itu senjata seorang mukmin.

korang ada pengalaman tak anak korg camni? apa nak wat yer? lehla share kat kiter ni.


4 comments:

Nafira usof said...

Alahaiiii... camtu pulakkk.
ade masalah kat sekolah ke?
cer tanya dia.

Kalo Anis setakat nih memang x de plak masalah x nak gi sekolah nih.
memang kena slow talk dengan dia. tanya ape masalah dia kat sekolah.

harap2 x berlarutan lah masalah nih.

Queen Teratai said...

kebiasaanya gitulah kalau xnk ke sekolah mst ada something wrong..

Rizziela said...

mula2 ajer tu..dah dapat kawan rapat nanti..sure hari2 nak g sekolah

Fiza Rahman said...

Napa kakak echa. Sian lah plak bila dia tye napa kena skolah ☺☺

So far kimi alhamdulillah. 1st day tu jer kami hantar. 2nd day biar dia sendiri.