♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, January 29, 2014

entry hari ini.. plan cuti CNY..

stop jap citer pasal bukit tinggi yang tak abis-abis tu. macam percutian mewah gamaknya nak wat sampai tiga empat entry. muahaha.. padahal tu mmg cuti bajet je takde bermalam-malam pun. ala.. gambar banyak...

korg pegi mana cuti lama CNY ni?

kali ni dah plan awal-awal. xde booking last minute cam selalu. dah bayar pun sbb beli voucher kat livingsocial. harapnya berbaloi la. hikkss..

insyallah, kalau menjadik we oll nak ke arah pantai timur. asyik2 belah utara dan selatan je. family hubby pun join jugak. bestkan pegi reramai ni.

hmm... pagi tadi baby aqil jatuh katil. ni kali kedua dia jatuh katil. sbb terlalu excited bergolek. siannya dia. mmg pasni dah takleh tinggal kat katil dah. mmg nak kena letak kat baby cot dia.


Tuesday, January 28, 2014

Sepetang Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

lepas ke Japanese Village, we oll terus ke colmar tropicale. nak amik gambar je pun. syok kan sejuk2 kat sini. tp, time tu takde la sejuk sgt pun. kengkadang angin lalu mmg menggigil jugak sejuknya.

we oll pun xnak lama-lama kat sini sbb nak singgah umah mak balik nanti. nak jumpa adik-beradik dan anak-anak sedara. sabtu ahad jela pun leh jumpa dorg. dorg pun rajin balik umah mak. leh kumpul-kumpul satu family. :)



baby aqil yang rileks je sbb sejuk
sebenarnya kan tu stroller baru beli
rasmikan kat sini.. ok.. mmg puas hati

dah dua kali beli stroller yg utk travel dedua hampeh
dedua dah patah..
kali ni beli yg mahal skit tu pun sbb ada diskaun
tak bajet nak beli pun
jenjalan kat jj saja pegi kat tmpt stroller nak survey-servey
skali tgk dia tulis harga RM159 dari RM219
tu jela yg mampu pun.. heheh
mmg sblm tu we oll dah survey kat manjaku
ni brand sweet cherry luna stroller
senang stroller camni sbb utk we oll yg suka jenjalan ni mmg berguna sbb tak byk space kan
xkan nak bawak yg besar gabak pulak mmg makan space
lipat pun cam bentuk payung gitu




layan budak ni bergambar.. hahaha







dah ke sini wajib amik gambar kat sini tau..



Monday, January 27, 2014

One Day Trip Bukit Tinggi - Japanese Village lagi..

selamat hari isnin. pening kepala arini. tabah berpose di saat kepeningan kepala.

tak abis lagi citer sebenarnya. tak sempat tepek gambar kat sini. ada korg kisah? kikiki...

masih lagi kat japanese village. mmg rugi kalau tak amik gambar kat sini sbb cantik sgt pemandangan dia. dgn pokok-pokok, kolam penuh dgn ikan, mmg cantik.



kakak echa good mood time tu
nak je dia pose amik gambar. huhu




rumah-rumah jepun
sebenarnya kalau we oll je kat sini takut jugak sbb mcm sunyi je
tp time tu ramai je orang


ha yg ni mmg anak-anak suka
bg ikan tu makin gemok



kat umah tu ada kerusi panjang
baby aqil dah start merengek nak susu
bg botol mmg dia taknak
dia lagi suka direct kalau mamanya ada
time tu seat tu ada yg duduk
takde choice sbb baby dah nangis2 pegila jugak masuk kat dalam tu
selak baju bagi baby susu
tgk awek sblh ni cantik je pakai kimono bagi pose itu ini
adeh.. rupanya dia tgh sibuk bergambar la
tp, kiter tgh bf baby ni... dah la baby tgh syok bf..
terasa macam mengganggu lak dia nak dapat pose cantik sbb ada pompuan tgh menyusu anak
tak pasal2 masuk magazine mana ntah.. hahaha.. ;p



terasa macam nak jugak sibuk2 amik gambar dgn kamera kecik we oll kat situ.. haha
amik gambar burung ke apa ntah
tp, mmg ramai cameraman kat sini sume bawak camere besar gabak 

dari sini nak kuar mmg jauh
lalu kat jalan yg kiri kanan hutan
ktorg kuar dari situ kol 3 lebih kot.

japanese village ni sampai kol 5.30 ptg jek  


perut lapar
kat situ ada pakcik ni jual makanan
memula we oll sampai situ dulu mmg takde saper
we oll je
kakak echa dah sibuk nak beli makanan kat situ
tgk pakcik tu macam org jepun je
serius je mukanya

cakap dgn hubby slow2
halal ke yer? risau je tak halal?

sekali biler makin ramai yg dtg pakcik tu cakap utara la
alahai... napela pikir macam2 lak ni

dah tgh ramai tu puas gak menyelit takut abis makanan2 kat situ
sbb pakcik tu cakap tinggal yg tu je
dapat la tangkap 2 makanan harga pun bg diskaun sbb dah tak banyak pun



mkn panas2 dlm cuaca yg sejuk mmg nikmat
kejap je licin


syok je dia tido sejuk2 ni


ayna ni sejuk pun nak mkn aiskrim lg

 gi kt kete blk nk pegi amik gambar kt colmar tropicale pulak
 

Friday, January 24, 2014

One Day Trip Bukit Tinggi - Japanese Village

Assalamualaikum sume.

arini ceria sikit sbb udah gaji lor. teeheehe...

cuti lama 3 ari time thaipusam tu mmg takde ke mana. sbb nak jenjalan pun ayna dgn aqil tak sihat. aqil penuh dada dgn kahak. alhamdulillah, pas makan antiobiotik dan ubat kahak, dah berkurangan la. kakak echa pulak ikut atok neneknya balik kampung Johor. pun we oll tak ikut sbb budak 2 orang tu tak sihat maunya meragam merengek tengah malam kang sume takleh tido.

trip bukit tinggi. again.. suka tau yg one day trip takyah nak bermalam-malam. save duit. pas abis rasa sejuk-sejuk tgk pemandangan, amik gambar sana-sini sampai anak-anak dah naik menyampah sbb mamanya asyik suruh pose amik gambar jek. huhu..

ktorg pegi hari ahad. pas makan tengahari kol 1 lebih gerak. baju pun main capai je mana yang ada. nak mengemas baju pun malas.

sampai sana kol 2 ptg. nak masuk situ kena bayar. cam kami kena bayar RM32 utk 2 adult + 1 child.





fuhhhhhhhh... penat naik tangga










memula gi Japanese Village dulu. guna tangga ni. nak daki bukit pun boleh tp kang tak ternaik pulak.

dah penah pegi sini time anak sorg. mmg tak ingat la naik atas umah jepun tu byk tangga-tangga. dah la we oll angkut stroller. sgt tak mesra stroller. jenuh mengangkat.... gilir2 dgn hubby. bertambah otot-otot lengan i tau..
 




amik gambar dpn umah jepun
tak dpt gi jepun betul-betul gi sini pun jadik la berangan-angan kengkonon

ada gak baju kimono kalau nak sewa utk amik gambar
harga sewa RM20/person
ingat nak sewa kasi ayna pakai pastu nak tukar dgn echa
tp cam leceh pulak nak kena tukar2 sbb nak ikat2 lagi..
kang kena bayar utk 2 org pulak
sudahnya.. tak payah la..


dgn ayna
dia skrg suka pakai baju ikut suka dia je
siang beriya pakai baju lengan panjang, baju sejuk bagai yg tutup kepala tu
malam pulak pakai baju takde lengan, pakai gown
 kalau nak dia mandi, kenala pakai baju yg dia suka
kengkadang kena sorok baju faveret tu kalau nampak mmg dia nak pakai tu jek
so, biler nak guna baju tebal yg tutup kepala ni mmg takdela 
tu yg takde baju dia tu.
 tu yg pegi sini pakai tak pakai baju sejuk.. dia pun tak kisah pulak.. hehe..


Wednesday, January 22, 2014

echa, ayna dan aqil

salam rabu yang sunyi.

ehh cepatnya dah rabu. rasa cam baru start keje. tak sabar nak tunggu jumaat sabtu ahad. nak lepak-lepak umah dgn anak-anak. nak cuti...

nak citer pasal cuti thaipusam we oll. cuti lama kalau dok umah pun bosan jugak. penat jugak dok umah sbb macam-macam nak wat nanti. tgk kapet ada habuk nak sapu la. anak-anak layan aiskrim, tumpah nak kena mop lantai. main mainan nak kena kemas serabut mata tgk. moh ler kiter berjalan-jalan. nanti arr citer..gambar tak transfer lagi. (macamla ada yg nak baca yer tak? hahaha)

sbb apa sunyi sbb kite sensorg je kat cawangan kiter ni. yg lain ada yg cuti, ada yg gi taklimat. tinggalkan kite terperap kat meja.

kakak echa alhamdulillah, minggu ni dia dh ok sekolah. muka pun hepi je mungkin dia dah dapat rasai keseronokan ke sekolah. senang hati we oll. balik sampai umah pun dah maghrib. mandi, makan, wat homework kalau ada, tgk tv kejap, pastu dah tido. kol 10 malam dah tido. sian sgt tgk. penat kan.. siannya.. 

ayna tahun ni rileks lagi sbb baru nak masuk 3 tahun. makin hari makin geram dgn perangai dia. bukan geram marah ke apa, geram dgn kecomelan dia.. haha.. puji anak sendiri la kenn... dah pandai sebut macam-macam word. kdg2 kiter pun tak sangka yg dia dah pandai sebut ayat tu ini. dah pandai buat ayat la.

aqil pulak makin besar dan lasak. check up 6 bulan aritu dan cucuk sekali. berat aqil skrg 9.8kg. mmg kuat makan, susu pun kuat jugak. tp, dia lagi suka susu mamanya. dah suka main-main tarik puting. dah ada gigi nak tumbuh kat gusi bawah. abisla.. pasni sure kena gigit.. 

sayang anak-anak. sumer nak yg terbaik utk anak-anak memasing. biler kiter dgr anak-anak org lain camtu, anak org lain camni, pandai itu ini, tapi anak kiter takde pun camtu, mula la rasa ehh salah ke cara kiter mengajar anak-anak ni. mmg mencabar kan dalam mendidik anak-anak. nak bentuk anak-anak dalam acuan yang cantik baik budi pekerti, bijak pandai. umur 24 tahun dah ada anak rasa time tu tak cukup ilmu keibubapaan. dan sekarang sampai bebila pun akan sentiasa belajar motivasikan diri.. belajar cara nak jadi parents yang baik dalam mendidik anak-anak kami. kami tak suka push anak-anak. tak suka orang compare anak-anak kami dgn anak-anak dorg. sbb kiter pun tak suka nak banding-bandingkan anak org sendiri dgn anak org lain.

bersyukurla dgn apa yg ada, dgn apa kiter dapat.



Monday, January 20, 2014

family day 2014 @ ulu yam - suka-suka hati

salam isnin. lemaunya arini sbb cuti lama 3 ari. nak wat keje pun tak baper ada mood. buat yg senang-senang dan urgent. yg tak urgent letak tepi dulu. hehe. camtu pun boleh.

sambung lagi citer pasal family day family belah kiter kat ulu yam. seronoknya lepak dan santai-santai, makan-makan. 

kali ni takde mood nak mandi. kalau ada baby kecik mmg malas nak membasahkan diri. suka tgk-tgk, amik gambar sana sini, main-main air kat kaki. 


anak sedara, adam


kakak echa
dah baper kali daa dia layan benda ni
naik turun dgn kazen2 dia

mmg syok je layan..

 





baby aqil pun nak mandi tp sejuk sgt la dik
tu ikan paus tu mmg dah ke hulu hilir we oll angkut.. heheh


baby aqil dgn mak uda





dah puas mandi kolam, sambung mandi kat sungai pulak
pastu mandi kat kolam lagi

 kol 2 ptg baru siap kemas nak balik umah memasing
esoknya anak nak skolah kan

apapun, mmg seronok time gini
nanti kiter plan family day camni lagi yer..

:)