♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, November 20, 2013

Echa Dah Darjah 1 - Hari Orientasi

16 November 2013, datang sekolah untuk orientasi echa dan sesi taklimat to parents. Awal kan sekolah Echa wat orientasi darjah 1? mungkin sbb nak elakkan jem kot sbb kat situ ada dua sekolah rendah.

beli baju sekolah echa pun ari selasa sbb nak guna sabtu. beli pun selai je dulu. tunggu betul-betul musim nak bukak sekolah baru nak sibuk-sibuk jugak beli. hehe.. baru la syok.. baru la rasa suasana berebut tu. kihkih (padahal mama papa nak tunggu gaji).

start kol 8 pagi, kol 8 pagi jugak la kami dah sampai kat skolah. ramainya parents....... maknanya ramai jugak la anak-anak yang sebaya echa. sampai-sampai je terus antar echa kat kelas dia. dah tau kelas awal-awal time gi wat pengesahan sekolah bulan ogos aritu. utk awal-awal ni takde ikut tahap mana anak-anak pun main letak je kat kelas mana-mana. dah saringan nanti ada exam baru tau kelas yang betul-betul.

sebenarnya time register online tahun lepas, mintak sekolah lain. tp takde rezeki echa nak skolah kat situ, dapat pulak sekolah lain tp sebelah jela. dah buat rayuan tapi takde apa-apa makluman jadik kami anggap tak berjaya la. takde rezeki echa nak skolah kat skolah papanya dulu. harap-harap ada hikmahnya. mungkin echa serasi kat sekolah ni kan.. manala tau..

ok..

utk register ni yg kena bawak:-

-gambar passport echa
-fail peribadi kena lekat gambar (ni kena beli kat kedai koperasi sekolah, beli aritu jugak..)
-salinan sijil lahir
-salinan buku imunisasi (yg ni nasibla simpan kat tempat senang carik, elok je dalam folder sijil)
-slip gaji parents
 -bawak la duit utk bayar yuran RM17.50.. huhu...


  


kakak Echa berbaju kurung
muka apa tu? cam muka takut, neves pun ada
sama je cam mamanya 
lagi risau dan neves
camne la agaknya budak manja ni nanti
  
risau dia kat kelas kawan dgn saper
risau dia dgn cikgu camne
risau kalau dia nak gi toilet saper nak temankan
risau camne la dia nak makan kat kantin skolah sbb echa ni cerewet skit pasal makan
camne dia nak beli-beli makanan kat situ
haihhhhhhhhhh...........
arghhhhhhhh......
byknya kerisauan melanda ni



dgr taklimat dari guru besar dan wakil jabatan pelajaran
 

angkut budak bambam ni
alhamdulillah tak byk meragam
 

larik jap dari taklimat nak ngintai anak dara ni
skodeng dia dari jauh
tgk ok je
duduk dpn cikgu
tekun je kaler.. hihi... 

dah lega..
dgr taklimat linus balik
 
time parents kat bawah, dorg kat dalam kelas..
biler dorg kat bawah, turn parents lak kat kelas..

dah abis taklimat, terus gi naik kelas
jumpa cikgu kelas echa
dgr taklimat skit dari cikgu
bayar yuran RM17.50
dapat resit leh gi amik buku teks

kelas yang skrg ni bkn kelas yg betul lagi
dah start skolah nanti ada exam saringan
time tu baru dapat kelas yang betul

cepat2 gi isi form, bayar yuran, sbb nak amik buku teks 
kepala dah pening


iyahh...... iyah.... ayna pun sibuk nak tolong bawak buku kakak
berat gak buku teks ni
ada 17 jenis buku sumenya

berat tangan memikul
berat lagi bahu nak pikul nanti

kena sorok kang tak pasal2 hilang satu
kang selak2 dah ada kaler2.. itu budak baju biru tu puye keje.. ;p


dah setel
kol 11 pagi dah boleh balik
carik2 echa manala dia tak jumpa
nampak sama je kan

skali elok je dia pandang mamanya ni
bknnya nak lambai2 tangan ke
alahai anak....

dah.. moh kiter balik
sambung cuti..
ada sebulan setengah lagi utk cuti
yeayyyyyyy
 

moga kakak Echa menjadi pelajar yang baik
diterangkan akal dan minda terima apa yg dipelajari
jadik insan yg berjaya
sentiasa happy-happy je ok.

nanti kite gi jenjalan yer..


 
 


8 comments:

Nafira usof said...

haah laaa.. awalnye wat orientasi.
bagus jugak tuh. x de lah semua nak buat last minit yer.

Ratu Hatiku said...

Dah besar dah ya.. Oo awl plak la ya orentasi tu..

Queen Teratai said...

awal betul orientasi darjah 1 ni.. dh besar anak ayu... ;)

nita said...

awalnya.. anak saya masih tunggu surat dari sekolah..
macam2 kerisauan si mama ye, InsyaAllah semuanya kan baik2 je.. ^_^

Riedaffya ibrahim said...

wah..echa da darjah 1...sekolah rajin2 ye echa..

~aYu~ said...

@Nafira usof mmg kan.. gi skolah setelkan apa yg patut pastu leh sambung cuti lagi..

~aYu~ said...

@nitainsyallah.. moga segalanya dipermudahkan Allah.

Fiza Rahman said...

Dah orientasi yer. Cepat nya. Saya 28/12 ni.