♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, November 27, 2013

bosannya......

salam uolls.. taktau nak tulis apa kat sini. takde citer apa la. bosan giler kan takde apa nak citer. cuti sekolah pun takde lagi bawak anak gi mana-mana. tgh carik tempat nak pegi. suka tau carik hotel last minute ni. kang time tu la dah full baru la terhegeh-hegeh nak kol booking hotel. ;p

kakak echa pulak mengikut mak udanya balik bangi. nak main dgn kazen-kazen dia. rindunya la kat anak dara sorg ni. rindu lak nak marah-marah dia. hehe...




Wednesday, November 20, 2013

Echa Dah Darjah 1 - Hari Orientasi

16 November 2013, datang sekolah untuk orientasi echa dan sesi taklimat to parents. Awal kan sekolah Echa wat orientasi darjah 1? mungkin sbb nak elakkan jem kot sbb kat situ ada dua sekolah rendah.

beli baju sekolah echa pun ari selasa sbb nak guna sabtu. beli pun selai je dulu. tunggu betul-betul musim nak bukak sekolah baru nak sibuk-sibuk jugak beli. hehe.. baru la syok.. baru la rasa suasana berebut tu. kihkih (padahal mama papa nak tunggu gaji).

start kol 8 pagi, kol 8 pagi jugak la kami dah sampai kat skolah. ramainya parents....... maknanya ramai jugak la anak-anak yang sebaya echa. sampai-sampai je terus antar echa kat kelas dia. dah tau kelas awal-awal time gi wat pengesahan sekolah bulan ogos aritu. utk awal-awal ni takde ikut tahap mana anak-anak pun main letak je kat kelas mana-mana. dah saringan nanti ada exam baru tau kelas yang betul-betul.

sebenarnya time register online tahun lepas, mintak sekolah lain. tp takde rezeki echa nak skolah kat situ, dapat pulak sekolah lain tp sebelah jela. dah buat rayuan tapi takde apa-apa makluman jadik kami anggap tak berjaya la. takde rezeki echa nak skolah kat skolah papanya dulu. harap-harap ada hikmahnya. mungkin echa serasi kat sekolah ni kan.. manala tau..

ok..

utk register ni yg kena bawak:-

-gambar passport echa
-fail peribadi kena lekat gambar (ni kena beli kat kedai koperasi sekolah, beli aritu jugak..)
-salinan sijil lahir
-salinan buku imunisasi (yg ni nasibla simpan kat tempat senang carik, elok je dalam folder sijil)
-slip gaji parents
 -bawak la duit utk bayar yuran RM17.50.. huhu...


  


kakak Echa berbaju kurung
muka apa tu? cam muka takut, neves pun ada
sama je cam mamanya 
lagi risau dan neves
camne la agaknya budak manja ni nanti
  
risau dia kat kelas kawan dgn saper
risau dia dgn cikgu camne
risau kalau dia nak gi toilet saper nak temankan
risau camne la dia nak makan kat kantin skolah sbb echa ni cerewet skit pasal makan
camne dia nak beli-beli makanan kat situ
haihhhhhhhhhh...........
arghhhhhhhh......
byknya kerisauan melanda ni



dgr taklimat dari guru besar dan wakil jabatan pelajaran
 

angkut budak bambam ni
alhamdulillah tak byk meragam
 

larik jap dari taklimat nak ngintai anak dara ni
skodeng dia dari jauh
tgk ok je
duduk dpn cikgu
tekun je kaler.. hihi... 

dah lega..
dgr taklimat linus balik
 
time parents kat bawah, dorg kat dalam kelas..
biler dorg kat bawah, turn parents lak kat kelas..

dah abis taklimat, terus gi naik kelas
jumpa cikgu kelas echa
dgr taklimat skit dari cikgu
bayar yuran RM17.50
dapat resit leh gi amik buku teks

kelas yang skrg ni bkn kelas yg betul lagi
dah start skolah nanti ada exam saringan
time tu baru dapat kelas yang betul

cepat2 gi isi form, bayar yuran, sbb nak amik buku teks 
kepala dah pening


iyahh...... iyah.... ayna pun sibuk nak tolong bawak buku kakak
berat gak buku teks ni
ada 17 jenis buku sumenya

berat tangan memikul
berat lagi bahu nak pikul nanti

kena sorok kang tak pasal2 hilang satu
kang selak2 dah ada kaler2.. itu budak baju biru tu puye keje.. ;p


dah setel
kol 11 pagi dah boleh balik
carik2 echa manala dia tak jumpa
nampak sama je kan

skali elok je dia pandang mamanya ni
bknnya nak lambai2 tangan ke
alahai anak....

dah.. moh kiter balik
sambung cuti..
ada sebulan setengah lagi utk cuti
yeayyyyyyy
 

moga kakak Echa menjadi pelajar yang baik
diterangkan akal dan minda terima apa yg dipelajari
jadik insan yg berjaya
sentiasa happy-happy je ok.

nanti kite gi jenjalan yer..


 
 


Thursday, November 14, 2013

Plan cuti sekolah

salam....

ada yg puasa arini? insyaallah dapat abiskan puasa mengambil berkat puasa 10 muharram. buka puasa pun awal takde terasa lama sgt kan. byk ari kena ganti ni. utk mulakan ganti puasa yg byk kena ganti sbb dalam pantang. adoyai... tobat taknak dah bersalin bulan puasa. ehhh.. tp ni kes accident. nak wat camno. rezeki tuuu... perut ok je cuma kepala pening sbb byk pikir kot.. hehewww..

*tgh plan nk gi jenjalan maner cuti sekolah ni*
*mak budak yg lebih excited nak gi holiday*
*rasa cam nak gi oversea*
*sedar diri bajet takde byk sgt la weiiiiiiii*
*mula berangan kalau aku kaya*
 


Tuesday, November 12, 2013

Annual Ihtifal Convocation Echa

Ahad lepas kakak Echa konvo. skrg musim konvokesyen kan. anak kiter pun konvo jugak tau. hehe..

konvo Echa kat Hotel De Palma, Ampang. kelasss kan.. kecik2 dah konvo.. kat hotel lak tu..

start majlis kol 3 ptg. kol 1 lebih pas zuhur dah gerak kengkonon taknak jem and nak cop tempat duduk la. skali sampai sana awal tak jem la pulak. bawak kakak ayna je baby tinggal umah neneknya. tak payah susah-susah nak cop tempat, dorg dah siap kasik no meja. alhamdulillah dapat meja belah depan. senang nampak pentas. huhu..


kakak echa dan ayna


kami yang awal sampai.. huhu... 


layan ayna yg sibuk je nak naik atas pentas
dia cakap "ayna nak olah" (ayna nak sekolah)
alahai sayang mama yang manja ni
camne la agaknya yer..
ayna ni mmg manja sgt lambat nak mesra dgn org tak macam kakak echa dia yg suka berkawan


pentas anugerah..
tak sabar nak tgk anak dara wat persembahan
camne la muka dia tu


tiba acara yang dinanti-nanti
acara konvo
penyampaian sijil

mmg seronok je tgk anak-anak kecil ni beratur pakai jubah dan topi
bising dewan ni dgn jeritan mak ayah tgk anak memasing..

  

jalan... stop kat tengah.. tunduk.... hihihi..



gambar blur sbb tangan mengigil okeh
serius tangan menggeletar tgk anak dara atas pentas amik sijil
terharu, happy, sume ada
mengalahkan anak yang baru pas abis universiti..

  

alahai anak dara mama ni
comel sgt..

moga kakak cemerlang dalam pelajaran 
dapat catch up apa yg cikgu ajar

next year kakak dah Darjah 1
no more play-play
mama papa pun dah takleh sesuka hati bagi kakak cuti

uwaaaa....
 

persembahan kelas Tahun 6

  

kakak echa dan kawan-kawan yang berlakon jadik mak
kisah mengenai Palestin
kanak-kanak kena tembak

mmg sedih..






terus gantung kat dinding umah

;p