♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, October 16, 2013

Aidil Adha kami... lembu terlepas...

salam aidil adha..

masih cuti lagi ke korang? sayang nak cuti sbb stay kat gombak je takde gi mana-mana. kiter keje arini. senin lepas pun keje. rugi cuti senin sbb boss besar bagi balik kol 12.30 tengahari.  baki cuti 13 hari nak simpan nak gi jenjalan dan utk cuti time kakak Echa masuk darjah 1 nanti. and of coz kalau ada emergency je.. hehehe...

ok. nak citer pasal aidil adha kami jela.

takde gambar raya kami sekeluarga. rasa rugi pulak tak amik gambar awal pagi raya. dah nak amik gambar, ayna lak nak tukar baju lain. pastu kakak echa pulak nak tukar baju lain sbb dia nak mandi rimas.

tahun ni raya pun xde prepare apa pun. no tema kaler. xde beria-ria beli baju baru sebab baju yang dah ada kat almari masih baru lom pakai lagi.. ehh tu bukan baju utk raya sebenarnya. sesaje terbeli sebab tersuka pulak.. heheh. \(^o^)/

tahun ni turn raya dgn family sang isteri. dgn family kiter la. sebab raya puasa aritu dah raya belah suami.

dapat raya sesama mak dan abah walaupun family kak long je takde. tapi takpe sebab dah jumpa 2 hari sebelum tu. time tu mak masuk sepital sbb kulit merah-merah allergic ubat. alhamdulillah mak dapat kuar sepital ari sabtu jadik dapat la beraya sama-sama. cuma kesian sgt kat mak. kena pantang makan. byk sgt dia xleh makan. sedih je rasa. kami makan sedap-sedap mak pulak takleh makan. menu hari raya kami nasi arab mak cuma makan nasi putih je.


menu kami di pagi raya
nasi arab mandi
jangan ditaye resipi sbb bukan kiter yang masak
ni kakak yang masak.. huhu..

pastu siap-siap pegi umah mertua
raya kat situ pulak
sebelum tu hubby bwk tengok lembu

cam tak complete raya haji kalau tak dapat tgk lembu kena sembelih
mmg dari kecik dah suka tgk lembu lagi2 kalau lembu nak kena korban tu

tgk lembu tu mengamuk, meronta-ronta..
seronok dan insaf rasa

kali ni bagi anak-anak lak tengok
alasan mamanya pun nak tengok gak.. huhu...


ehh.. sejak bila anak dah 4 ni
ramainya anak padahal muda je lagi..
ececehh..
yg sorg tu anak kakak, Yaya.
sepupu kamceng yang kejap baik, kejap gaduh kakak Echa

kat kawasan umah ktorg lembu cuma 2 ekor
nak ke sana dah tak sempat
lembu tgh lapah
cuti 1 ari ramai yg tak balik kampung
ramaila yg menolong
hubby nak nolong pun xsempat sbb pagi tu kat umah mak kiter

tu yg dia bawak gi kat taman belakang
byknya oooo lembu yg nak dikorbankan
dalam 20 ekor
mmg puas la tengok


kawasan surau ni skali dgn playground
anak-anak sambil tgk lembu suka la dapat main jap 



sayang mama.. bulat mama...
dua-dua sekali la.. hihi.. gerammmmm
kecik2 mama papa dah bawak tgk lembu ye dik..


suka benar tgk lembu lagi kalau dia mengganas


hubby nyorok yer takut lembu kejar...



 anak-anak letak atas ni
takdela berdiri je
lagipun risau kalau ada lembu terlepas

dan...... memang ada sekor pun terlepas tali ikat tercabut
perghhh... tak sangka yang dirisaukan tu la yg terjadi

anak-anak dah selamat dah dok atas tu
yg kami ni yg dah tak tentu arah masuk la kat celah-celah gelongsor.. hahaha...

tgh ramai-ramai kerumun leh lak lembu tu berlari kuar masuk kat satu lorong
pandai lak dia dah aim nak lari kat mana

kecoh kejap
kelakar pun ada
sebab ramai-ramai kejar lembu tu..

betul la kan ada pic kat fb tu lembu spain kejar orang
lembu malaysia kena kejar dgn orang
hahaha..

 insyallah tahun depan kalau ada rezeki nak wat korban utk anak-anak


4 comments:

Kuazue Mohd said...

mmmm selamat hari raya aidil adha...

Queen Teratai said...

kita pun xde gambar raya.. hehehe.. husband lps solat raya je dh ke masjid tolong lapah lembu yg dikorbankan tu.. so far xdelah lembu yg terlepas tu...

dah lama x tgk lembu kena sembelih.. ;)

Nafira usof said...

meriahnyeeee..
zura x sempat tengok lembu kena korban. sebab sebik balik mak zura plak lepas sembahyang raya. petang semalam dah standby nak balik shah alam..:(

Ann Ishak said...

boleh bayangkan betapa seronok anak2 masa tu kan, saya tak mampu nak tengok lembu kena korban ni...naik kesian tak sampai hati je nanti