♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, October 28, 2013

Layan Anak di Kidzooona Mini

Semalam bosan sgt dok umah. ajak hubby gi jenjalan kt AEON setiawangsa. nak shopping xde duit dah. huhu.. gomen kan dpt gaji awal. jadik mmg seksanya nak tunggu gaji bln dpn. geram tgk baju lawa2. tutupkan mata je. toksah nk beli baju sendiri. ada anak 3 ni kena belajar jimat cermat. dah xleh nak belanja sesedap rasa sesuka hati. uwaaa...
 
sampai je terus ke tingkat atas ke kidzooona mini. harga pun murah dan unlimited time. untuk weekday RM5 je dan weekend RM10. parents pun boleh masuk. leh la kalau nak shopping tu tinggalkan anak-anak main kat sini. kalau dah besar okla tinggal. kalau kecik lagi cam ayna ni mmg tak caya langsung. huhu..

ramai jugak semalam kat sini. anak-anak leh main puas-puas. parents leh layan FB. leh bawak charger phone sbb fius ada di mana-mana.. hihi..

macam-macam games ada kat sini. seronok je tengok.




my lil bambam, aqil
dia pun baik je semalam
alhamdulillah.. aqil kalau bawak jalan mmg tak byk songeh
diam je dia tgk orang, tgk kanan kiri
dia pun suka kalau jenjalan
mmg menurun perangai mamanya ni
huhu

tapi, lelama sgt pun bosan jugak
kenala upah susu kan..
 

ayna nak cucuk duit
leh belanja mama makan KFC


macam-macam tempat ada
leh gi supermarket pastu leh masak kat dapur
tak cukup duit leh gi cucuk kat atm bank
leh gi salun
haha..
 
 dkt 2 jam gak kat situ
puasla anak-anak main..





Friday, October 25, 2013

Sesajer Try Bisnes Online.. Tolong LIKE kengkawan

Santai-santai petang ni sambil dengar bajet 2014. dengar dengan harapan ada good news.. belum sempat nak blogwalking. nanti kiter gi singgah umah korg yek...

kalau nak carik baju baby atau utk kiddo boleh la online shopping kat Yumiz BabyKids

saje nak try bisnes baju kanak-kanak. kiter ni mmg suka sgt beli baju budak-budak yang comel-comel. tu yang semangat nak try jual pulak. kengkawan tolong la like yer tanda sokongan korg. 

hehe... leh la LIKE kat belah kanan page ni..


 




Thursday, October 24, 2013

Sedih kalau malam tanpa baby..

Khamis dahhh... asal rasa cepat sgt masa ni yeh. sedar sedar dah nak sabtu ahad. sedar sedar dah nak sampai hujung tahun. cepatnya...

Minggu ni amat busy nak blogwalking pun tak sempat. mmg takdan nak berblogging kat opis. kat umah apa tah lagi. macam-macam nak kena wat. nak kena cepat pulak tu. nak audit lagi, nak wat meeting, kursus jejauh la. nak jalan-jalan sgt sebenarnya kan.. susah hati la camni. nak tinggalkan baby malam-malam. sedih je sebab dia breastfeed kan.. kalau la boleh, rasa nak angkut laki dan anak-anak skali gi. :(


Wednesday, October 16, 2013

Aidil Adha kami... macam-macam gaya..

Pas puas tgk darah lembu, lembu terlepas, terus ke umah MIL. kalau kat umah mak kiter makan nasi arab ala padang pasir la.. umah MIL makan menu raya.. nasi himpit, lontong, rendang daging, kari ayam, kuah kacang.. 


 auwww.. 
sangat ayu kan.. ahaha..


dgn baby ZARA anak SIL




ni gambar first abah dgn cucu baru
atok dan baby RAYYAN mama
 

RAYYAN... yg dah start nak belajar meniarap



ayna with geng-geng sepupu kecik dia

malam tu ada wat BBQ pulak...
makan-makan lagi...






Aidil Adha kami... lembu terlepas...

salam aidil adha..

masih cuti lagi ke korang? sayang nak cuti sbb stay kat gombak je takde gi mana-mana. kiter keje arini. senin lepas pun keje. rugi cuti senin sbb boss besar bagi balik kol 12.30 tengahari.  baki cuti 13 hari nak simpan nak gi jenjalan dan utk cuti time kakak Echa masuk darjah 1 nanti. and of coz kalau ada emergency je.. hehehe...

ok. nak citer pasal aidil adha kami jela.

takde gambar raya kami sekeluarga. rasa rugi pulak tak amik gambar awal pagi raya. dah nak amik gambar, ayna lak nak tukar baju lain. pastu kakak echa pulak nak tukar baju lain sbb dia nak mandi rimas.

tahun ni raya pun xde prepare apa pun. no tema kaler. xde beria-ria beli baju baru sebab baju yang dah ada kat almari masih baru lom pakai lagi.. ehh tu bukan baju utk raya sebenarnya. sesaje terbeli sebab tersuka pulak.. heheh. \(^o^)/

tahun ni turn raya dgn family sang isteri. dgn family kiter la. sebab raya puasa aritu dah raya belah suami.

dapat raya sesama mak dan abah walaupun family kak long je takde. tapi takpe sebab dah jumpa 2 hari sebelum tu. time tu mak masuk sepital sbb kulit merah-merah allergic ubat. alhamdulillah mak dapat kuar sepital ari sabtu jadik dapat la beraya sama-sama. cuma kesian sgt kat mak. kena pantang makan. byk sgt dia xleh makan. sedih je rasa. kami makan sedap-sedap mak pulak takleh makan. menu hari raya kami nasi arab mak cuma makan nasi putih je.


menu kami di pagi raya
nasi arab mandi
jangan ditaye resipi sbb bukan kiter yang masak
ni kakak yang masak.. huhu..

pastu siap-siap pegi umah mertua
raya kat situ pulak
sebelum tu hubby bwk tengok lembu

cam tak complete raya haji kalau tak dapat tgk lembu kena sembelih
mmg dari kecik dah suka tgk lembu lagi2 kalau lembu nak kena korban tu

tgk lembu tu mengamuk, meronta-ronta..
seronok dan insaf rasa

kali ni bagi anak-anak lak tengok
alasan mamanya pun nak tengok gak.. huhu...


ehh.. sejak bila anak dah 4 ni
ramainya anak padahal muda je lagi..
ececehh..
yg sorg tu anak kakak, Yaya.
sepupu kamceng yang kejap baik, kejap gaduh kakak Echa

kat kawasan umah ktorg lembu cuma 2 ekor
nak ke sana dah tak sempat
lembu tgh lapah
cuti 1 ari ramai yg tak balik kampung
ramaila yg menolong
hubby nak nolong pun xsempat sbb pagi tu kat umah mak kiter

tu yg dia bawak gi kat taman belakang
byknya oooo lembu yg nak dikorbankan
dalam 20 ekor
mmg puas la tengok


kawasan surau ni skali dgn playground
anak-anak sambil tgk lembu suka la dapat main jap 



sayang mama.. bulat mama...
dua-dua sekali la.. hihi.. gerammmmm
kecik2 mama papa dah bawak tgk lembu ye dik..


suka benar tgk lembu lagi kalau dia mengganas


hubby nyorok yer takut lembu kejar...



 anak-anak letak atas ni
takdela berdiri je
lagipun risau kalau ada lembu terlepas

dan...... memang ada sekor pun terlepas tali ikat tercabut
perghhh... tak sangka yang dirisaukan tu la yg terjadi

anak-anak dah selamat dah dok atas tu
yg kami ni yg dah tak tentu arah masuk la kat celah-celah gelongsor.. hahaha...

tgh ramai-ramai kerumun leh lak lembu tu berlari kuar masuk kat satu lorong
pandai lak dia dah aim nak lari kat mana

kecoh kejap
kelakar pun ada
sebab ramai-ramai kejar lembu tu..

betul la kan ada pic kat fb tu lembu spain kejar orang
lembu malaysia kena kejar dgn orang
hahaha..

 insyallah tahun depan kalau ada rezeki nak wat korban utk anak-anak


Friday, October 11, 2013

Suatu Pagi di Tasik Metropolitan

Kejadian di hari sabtu lepas..

Bawak anak-anak jenjalan kat tasik. biasanya petang gi titiwangsa, kali ni ubah angin bawak anak gi tasik metropolitan. lagi dkt dgn umah. lagipun cuma nak layan anak-anak main kat playground je sambil layan mata tgk air tasik. time datang tu dah hujan sikit-sikit. dah janji puye pasal, dan sampai pun takkan nak balik pulak. standby payung. alhamdulillah.. tak jadik hujan. cuaca redup je. 

Leh lupa pulak nak bawak stroller. kenala dukung baby bulat ni yg tido. kalau tak, leh mama jalan pusing tasik kan... hihikkk... dah tu kena duduk jela. mmg takde can nak try sume bentuk alat senaman kat situ.

Ramai orang pagi tu. ada event kem. belia dan sukan rupanya. 

 

seronok tgk anak-anak main
ayna pun dah pandai main 
dia ikut je kakak dia



pastu lepak kat tepi tasik tgk boat
ada event powerboat kat situ
macam-macam gerai la yang ada



 mama dan kiddo
bkn main posing lagi.. huhu...




kakak Echa

ayna



puteri-puteri kesayangan mama
dah pandai bergaya memasing

:p

* nape ayat cam skema je yek sejak dua menjak ni. mungkin perubahan anak dah tiga kot *

Tuesday, October 8, 2013

Accident!

Berderau.. sentap... berdegup kencang jantung ni..

Citernya camni..

Pagi tadi gi keje cam biasa akan lalu DUKE sbb nak ke jalan Duta. mmg pagi standard la kan. JEM..JEM.. alkisahnya, ada kete dari lane laju nak masuk lane tengah yg kami tgh lalu. kete tu bagi signal jadiknya hubby pun slowkan kete nak bagi kete tu masuk. biler kete tu dah separuh masuk tetiba ada moto pecut dan terus langgar kete tu and jatuh betul2 dpn kete ktorg. mujur hubby dah tekan brek siap-siap. kalau tak, mmg langgar dah motor tu. 

rasa nak nangis tau sbb takut sangat jadik apa-apa kat mat motor tu.

driver yg bawak kete alza hitam pun keluar lambat-lambat je sbb cuak la kan. pompuan yg drive.

hubby mmg terus kuar time mat motor tu jatuh. kuar tgk kete dulu ke atau tgk mat motor tu? hehhhe..



alhamdulilah, mat tu takde apa. luka sikit je. kete pun tercedera skit je. calar jela.

takde pe pun.. mat motor tu tau salah dia kot tu yg dia pun tak kisah pun.

berdesup je pecut motor. mmg hati kering betul.

walaupun takde apa, still rasa fobia bila ada motor dekat-dekat ni. nak cilok sana sini. mmg seram je tengok.


Friday, October 4, 2013

Header baru.. sementara je tau!!

nampak x? nampak x? hihi.. ke tak perasan header blog kiter ni. ala.. ni wat sementara je sebab otak tgh tepu. tgh blur. malas nak mengedit comel-comel. nak jugak la ada ahli baru kat gambar header tu. jadi la kan.. hewhew..

 nanti ada masa dan kerajinan nak edit lagi kasi besar skit.

*masih lagi takde mood nak wat keje ni*





Thursday, October 3, 2013

Check up 3 bulan budak bulat

Semalam appointment baby rayyan 3 bulan. pegi klinik dulu sebelum gi kursus. suka gi appointment ni sbb leh masuk opis lambat. ada reason kan, so peluang nak masuk lambat tapi.. tapi tetap bangun awal sbb nak no giliran awal. kang datang klinik lambat, mmg lama la kena tunggu. sampai klinik kol 7.45 pagi kol 9.30 pagi dah setel. kira awal la tu sbb sistem kali ni dah cepat. tak macam dulu. letih nak menunggu.

3 bulan ni cam biasa check berat dan ukur lilit kepala, jumpa misi pastu kena inject... aiyooo... paling sedih tgk anak-anak kena cucuk ni. baby rayyan ok je bab inject ni takdela nangis pun. mama yg nangis ni..

alhamdulillah.. berat rayyan naik lagi sekilo lebih. berat dia 7.8 kg. hohoho... padanla lenguh benar nak dukung dia lelama. hehe...