♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, September 24, 2013

Cuti dah nak abis, mood keje lom mari...

Lama tak post kat sini kan... laptop wat hal lagi la.. bosan sgt.. minggu depan dah start keje. kejap pulak rasa 3 bulan ni. rasa cam nak tambah cuti. alahai.. dah lama dok umah mmg tersangatla malas nak start keje balik. camne la nanti dgn bulat boboiboy ku nanti tu. sian dia kena tinggal. sedeyy. tapi demi mencari duit kena la berkorban. insyallah sumenya dipermudahkan walaupun si kecik ni xnak sgt dgn botol susu. bukan tak bagi, bukan tak diajar. umur 2 minggu dah bagi puting susu botol. ok je dia minum. habis 4oz. dah masuk sebulan dah pandai refuse puting susu botol. memula bagi botol susu avent sbb satu set dgn breastpump. ok je dia hisap. lelama dia dah pandai tolak-tolak dgn lidah. mungkin dia dah rasa keras sgt kot puting tu. tukar dgn botol lain puting biasa pun wat main-main je. tukar puting susu leper kaler kuning brand NUK. kakak echa dulu pun taknak puting botol biler guna yg puting jenis ni mmg dah ok dah dia hisap. tapi si adik rayyan ni kejap ok, kejap tak ok. kadang senang je dia hisap, kadang memang taknak hisap botol langsung. jadiknya mungkin sbb dia tau mamanya ada, dia lagi suka nak direct breastfeed je.


ni dia budak yg cerdik tu
dah nak masuk 3 bulan dah
time  check up 2 bulan berat rayyan 7kg
alhamdulillah membesar dgn sihat
siannya adik nak kena tinggal mama pegi work nanti

seronok dok umah ni jadik suri rumah full time. rasa lagi penat dari keje opis sbb kalau kat opis takdela byk sgt bergerak. kalau dok umah tu dari dapur pegi ke depan, pegi naik bilik atas, pastu turun bawah, pegi luar jemur kain, angkat kain, lipat kain bawak naik atas... hah... penat je kan... tu yg cepat je badan leh turun padahal makan tahap melantak. hehehe...

ni baru balik dari holiday kat PD. balik johor sbb wedding kazen hubby. alang-alang tu balik stay kat PD bagi anak-anak mandi swimming pool...




No comments: