♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan.. time belajar meniaga..

Tiba bulan Ramadhan mula la ramai yang berjinak-jinak nak wat bisnes. dari tak penah meniaga, tup-tup dah sewa bazar ramadhan nak wat bisnes. time ni la nak belajar selok-belok business. dari kecil-kecilan mana tau leh jadik serius kan... tapi rata-ratanya nak carik pengalaman dan tambah pendapatan utk raya.

dulu ingat lagi ikut abang gi meniaga kat bazar ramadhan jual nasi ayam. time tu baru pas SPM kot. mmg susah nak meniaga ni tambah lagi musim hujan. mmg bkn rezeki kami sgt time tu asal petang je ujan. tapi, dapat la jual sesikit. ada la gak yang membeli. adik pun sebelum dapat keje tetap dia pun meniaga kat bazar ramadhan. jual pecal dan air soya. leh tahan laku gak. huhu..

tahun ni cik abang saya lak @ hubby nak meniaga. Amik kesempatan bini berpantang cuti bersalin, hubby pun nak meniaga gak. sbb kalau bini keje kena kejar nak amik bini kat opis. mmg tak sempat lak nak masak dan berniaga. hehe.. memula ni nampak bersemangat waja betul. memula try meniaga pecal. pastu dia penat agaknya nak bisnes air buah dgn roti jala. semalam la baru start menjala. yg kiter ni tlg watkan kuah kari ayam. arini menjala jugak tapi kuah kasi tukar kuah durian.  

taktau la hasil jualan arini camne... hihihi....

arini menu berbuka utk hubby...... masakkan dia nasi lemak.. takde gambar sbb tak hidang lagi.. aci tak? takde gambar tak caya la yek.. betul ni.. dah larat nak masak dah walaupun baru 20 ari pantang. aritu watkan nasi ayam. tapi xamik gambar gak sbb dah kebulur sgt terus makan. walaupun tak pose tak semestinya leh makan byk-byk. ttp kena jaga gak.







8 comments:

Mira Adzlia said...

wah rajinnya hubby akak...hehe..slmt bpantang :)

~MommyAida~ said...

Rajnnnya masak walau sedang berpantang..huhuh..kalau aida mmg tak la,,takut nak berenyah sangat..huhu..

Nafira usof said...

waahhh.. moga maju jaya biz en suami..:)

gigihnye masak sendirik dlm pantang~ :)

kesoma rai said...

gagahnya..20 hari pantang da memasak bagai.. perempuan zaman skang mmg berdikari sungguh kan.. :D

QueeN TerataI said...

pantang2 pun memasak gak? kalau mak queen masuk dapur pun x bg tau ayu... ;)

Riedaffya ibrahim said...

semoga perniagaan berjalan lancar,..

Mama Miraki said...

Semoga success bisness Iwan ye. Biasalah ayu cik nwb anak ke 3 pun pantang sendiri je...mak dah tak de mana ada org nak jaga...x leh manja2 sangat...kat rumah sendiri selesa lah kan..so far ok je....kita biasa mingu ke dua pun dah masak dah

Anonymous said...

Thanks for one's marvelous posting! I really enjoyed reading it, you
may be a great author.I will remember to bookmark your blog and may come back later on. I
want to encourage continue your great writing, have a nice morning!


Here is my web blog; Las Vegas Appliance Repair