♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, July 25, 2013

Hero kesayangan mama.. Muhammad Aqil Rayyan..

Ni dia orang baru yang akan mewarnai blog mama. geng beraksi dan posing dgn kakak echa dan kakak ayna.

header kat atas tu dah leh kasi tukar. tunggu raya nanti amik gambar berlima la. :)

bagi can mama taruk gambar adik baby lak yer. muka kakak-kakak dah slalu kan.

naper mama papa pilih nama Muhammad Aqil Rayyan?

sebenarnya time scan 7 bulan sebaik je tau yg baby dalam perut ni jangka boy, time tu dah pikir macam-macam nama dah. ada nama-nama yg mmg dah simpan lama time preggy pertama. ingat dapatla guna time preggy kedua. yang ketiga dapat gak lelaki.

tp, byk sgt pilihan nama lambat gak mama papa nak decide. hari ke 7 baru sepakat dgn papa. hari ke 11 papa gi JPN daftar nama.

nape sampai 3 patah perkataan tak macam kakak-kakak. ada 2 patah je. Aysha Maisara dan Ayna Nafeesa. Memula mmg mama nak sgt taruk Nur kat depan. tp, papa taknak pulak sbb kata panjang sangat. sian anak-anak mama nanti kat sekolah sure teacher panggil nama dorg dulu kan. tp think positive. mama papa tau anak-anak BOLEH. mama pun nak tunggu cikgu panggil nama mama pun lamanya nak tunggu.

Sbb apa ada Muhammad?

time tau je mengandung, nak sgt anak lelaki. jadi slalu amalkan doa ni.

"Ya Allah, sesungguhnya aku akan memberi nama anak dalam perutku ini dgn nama Muhammad, maka jadikanlah dia untukku seorang anak lelaki dgn mempunyai sifat-sifat mulia yakni Nabi Muhammad"

alhamdulillah.. dapatla anak lelaki. nanti ada masa dan kerajinan kiter share tips untuk nakkan anak lelaki. kiter hanya merancang dan berusaha.. Allah yang menentukan segalanya.

maksud nama..

Aqil - yang bijak
Rayyan - yang puas, pintu syurga untuk orang yang berpuasa (yg ni mmg kena sbb due ikutkan bulan Ramadhan, cuma dia nak kuar awal je)

papanya dah berkenan sgt nama Rayyan. kiter ikut jela sbb ni geng papa.




asyik menguap je keje dia
ngantuk bebeno macam penat sgt wat keje

hidung dia tgk macam hidung Adi Putra kan
time preggy sgt tergila-gilakan papa Ehsan teduhan kasih
tu yg ada iras-iras tu ye tak... (baik korg iyerkan saja, kalau tak meroyan kiter tau... hihikk...)

malam pun dia mmg good boy
bangun kejap-kejap je

menyusu pastu lelap mata balik
mmg cukup je mama tido

till now rasa tak caya dah ada anak tiga
dan tak sangka merasa gak nak timang anak lelaki

syukur Ya Allah atas anugerah ini..



10 comments:

Riedaffya ibrahim said...

comei agil rayyan....gigit kan

Kakzakie said...

Alahai.... kenapalah kakak tertinggal ni Ayu. Header blog nak kena tukar dah sebab hero comel kenalah masuk juga.

Comellah dia:)

Nafira usof said...

comelnye nama dia.. secomel tuan dia.. moga membesar dengan ahlak yang terpuji secantek namanye jugak..amin~

Mira Adzlia said...

Alhamdulilah..doa akak nk dpt ank lelaki da dimakbulkn...smuge beliau jd ank yg soleh :)

lia said...

Raya pertama sebagai ibu beranak 3 la ni yer :)

QueeN TerataI said...

ALhamdulillah.. Anugerah Allah ini mmg tak ada nilainya... comel Muhammad Aqil Rayyan... sedap nama

Aju Mohit said...

memang comel ayu, wahh bestlah papa ada geng nak
main badminton nnti ;)

Mooniqueen said...

Same mcm MQ pasal anak no 2 ni ingatkan nak 2 woed je tp sbb boy mq nak ade muhammad so jd la 3...lgpun elok kan ade muhammad ni

Anonymous said...

Can I simply just say what a relief to uncover someone that really understands what they are talking about on the
web. You definitely understand how to bring an issue to light and make it important.

More and more people need to read this and understand
this side of the story. I was surprised you are not more popular because you certainly have the gift.


Also visit my homepage :: Las Vegas GE Appliance Service

Anonymous said...

Remarkable! Its actually awesome paragraph, I have got much clear idea on the
topic of from this piece of writing.

My web-site: engine results